28 April 2009

Cat Abby

Mari melukis bersama abby....
Kelas ini tidak dikenangkan sebarang bayaran...
Sijil akan diberi pada sesiapa yang difikirkan layak oleh abby...

video

24 April 2009

Pasar...

Hari ini adalah hari pertama Bcop menjejakkan kakinya ke pasar.
Pengalaman pertamanya, menjadikan dirinya berani untuk bergaul dengan manusia dan hiruk pikuk dunia ini.
Jika sebelum ini dia hanya duduk dirumah bersama bibik, tapi hari ini dia meronta2 untuk ikut sama...
Bila sampai di pasar dan duduk di troli dia begitu gembira...
Bila ditunjukkan ikan disebelahnya dia begitu teruja dan begitu beria2 untuk memegang ikan tersebut.
Tapi bila terdengar penjual menjerit IKAN...IKAN... kelihatan dia kecut, pucat muka....

Sempat bcop berbisik..."ayah jangan lupa baca doa masuk pasar"

Aku.. " macam ni ke bcop, Dengan Nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada engkau akan kebaikan apa saja yang ada di dalamnya serta aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan pasar ini dan kejahatan apa saja yang ada didalamnya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan pula kepada Engkau kalau sampai aku terkena suatu sumpah yang palsu atau jualbeli yang rugi..."

Bcop..."ye la tu yah... yang penting ayah amal dan sampaikan.."
Aku..." Insaallah"

23 April 2009

Terima Kasih Cikgu...

Untuk cik cyla yang baru beberapa bulan mengajar, untuk cik myra, untuk stu_comot dan rakan2 yang sedang practicum di sekolah masing2...

Pengalaman pertama anda semua sungguh berharga...
Semoga beroleh kesabaran dalam mendidik anak bangsa...




22 April 2009

Seni...


Nama caya Abby ( Nur Maryam), caya suka melukis diatas papan tulis saya. Umur caya 3 tahun.
Caya suka lukis, muka orang, kucing, buaya, cj7, sponge bob, pa tik, candy la (tupai)...



Tengok ni yah... abby lukis buaya...
Kenapa lidah buaya ni besar bby...(ayah tanya)
Tak pe la yah...buaya nya jadi kuat... (abby jawab)



Ni pilak gambar cj7
Mana abby blajar lukis cj7 (ayah tanya)
Abby tak blajar ngan capa... abby la... (jawab Abby)


Abby nak cakap apa lagi, nanti ayah tulis (ayah tanya)
Abby tak nak cakap apa lagi...(jawab abby)
Abby nak... abby nak... ayah diam dulu...
Abby nak tempat tulis baru la yah...
Ok la bby (insaallah)

18 April 2009

Apa nak jadi...

Last week gi Segamat hantar kereta utk Cik Cyla, bila balik rumah baru perasan ada small printed notice or flyer cerita ttg Transfer Factor kat keta aku. Dari testimoni yang hebat2 kat flyer tu teruja juga la sesiapa yang membacanya. Kemudian wife aku pun memanggil aman untuk pass flyer tu kat atuknya. Bila abahku baca dia kata bagus ubat ni abah nak try la. Aku pun on la...

So esoknya abahku dapat call nama yang tertera kat flyer tu, yg tertulis Dr di depan namanya...
Setelah bercakap2 dengannya dan bertanya harga barangnya bapa ku pun bersetuju untuk mencuba.

Dia mengarahkan bapaku untuk bank in ke account nya, kemudian just sms nama dan alamat. So untuk lebih meyakinkanku maklumlah zaman sekarang... aku cuba call dia tapi telefon ku tak diangkatnya...

Jadi aku membuat keputusan untuk mencari product tu di internet. Setelah ku faham serba sedikit apa maksud dan fungsi product tu maka aku pun memerangkan kat abah ku apa bahan2 dan fungsinya.

Esoknya dia call bapaku dah bank in duit ke belum, bapa ku kata belum. So dia kata cepat bank in sebelum terlambat dan sakit bapaku merebak...
Sekali lagi dia hantar no accaunt nya kepada abahku.

Minggu lepas semasa aku nak membuat account transfer melalui maybank aku cuba call dia dahulu aku rasa 4-5 kali aku dail tapi tak diangkat. Then Aku buat keputusan untuk masuk je duit tu demi kesihatan abahku. Setelah duit dimasukkan aku sms seperti disuruh. Dengan sepantas kilat juga sms aku berbalas esok barang akan dihantar dengan courier. Dalam hati ku pandai pulak balas sms, call tak angkat...

Selepas menunggu 2hari barang masik tak diterima...
Aku cuba untuk mendapatkan kepastian. Aku call tapi tak diangkat, aku call lagi tak diangkat juga, aku call lagi tak diangkat juga, aku call lagi tak diangkat juga, aku call lagi tak diangkat juga, aku call lagi tak diangkat juga, aku call lagi tak diangkat juga, aku call lagi tak diangkat juga, aku call lagi tak diangkat juga,pada kali ke sembilan baru diangkat, aku pun memperkenalkan diri dan bertanya bila barang aku akan sampai aku kata dah dua hari aku menunggu, aku tanya u dah hantar ke belum? apasal lambat sangat dan bla bla???.... (aku sebenarnya tension dengan bunyi ring tone dia tadi), so jawapan pertama yang keluar dari mulut dia adalah boleh tolong cakap baik sikit tak!....

Aku pun hairan, kenapa? aku call u banyak kali dah la susah nak angkat... barang pun masih tak sampai lagi... dia kata lagi boleh tolong cakap baik sikit ! Dr sibuk ni... Aku cakap mana aku tau kau sibuk, lain kali kalau aku call angkat je la, atau call aku balik.... Dia terus letak talefon....tut.

Apa lagi aku bertanduk la...
So bermula dari saat ini aku masih berperang sms dengan dia....
Masing masing tak mahu mengaku kalah...
So laporan terkini. dia kata Dr dot dot (MD ukm) akan bank in duit u semula....
Aku bagi no account aku dan kata jangan berbangga dengan MD ukm kau tu ( aku geram sanggat kerana dari dulu lagi kalau dia bercakap dengan aku atau abah ku dia akan membahasakan dirinya Dr)....

Sebelum ni bukan dengan dia je aku deal untuk meneroka product baru, ramai dan yg lain tu tak pernah ada masallah dan freindly lagi...

Memang tidak ditakdirkan rezeki aku dgn Dr dot dot tu lah....

17 April 2009

Nasihat...

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda: 'Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!'


Nabi Muhammad SAW bersabda: 'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat

13 April 2009

Zakat..

Cukai pendapatan belum buat lagi, walaupun e filing senang dan dihujung jari, tapi budaya last minit tetap bermaharajalela dan tak dapat dielakkan...
Biasanya awal bulan april aku dah hantar cukai pendapatan, tapi tak taulah tahun ni malas betul, zakat pun belum bayar walaupun dah cukup nisab dan haul...
EA form dah dekat dua minggu aku dapat, itu pun tak buka lagi ... malas betul nak bagi duit kat gov...
Alhamdulillah ada kebaikan rupanya aku buat lambat, cos company aku bagi exemption letter yang menyatakan elaun rumah dan transport aku dikecualikan cukai....
So aku bila ambil surat tersebut pagi ni, terus berazam untuk kepejabat agama bagi menyelesaikan zakat harta aku...
Hari ini aku mengkorbankan waktu tidur aku antara 12 - 1 tengahari dan biasa terbabas sampai 1:30( aku tak biasa gi lunch, kecuali terlalu lapar).
So waktu rehat aku terus memacu kancil aku, untuk ke Pusat Bandar Pasir Gudang bagi menunaikan kewajipan aku pada Agama.
Semasa dalam perjalanan,di hati aku Iman dan Nafsu berperang....
"Jangan la bayar, TAk aku mesti bayar..."
"Jangan la banyak, Tak aku tak kira kalau lebih kira sedekah"
"Banyak duit ni blh beli Hp, Tak aku tak mau aku nak guna duit ini untuk Agama"
Walaupun iman aku yg nipis dan Nafsu aku yang serakah sedang berperang aku buat bodoh je, aku dah nekad...
So sampai je kat office Zakat Jabatan Agama Johor, aku terus buka pintu beri salam dan menyatakan hasratku untuk menunaikan zakat...
Di kaunter ada dua org ustz dan seorang ustazah, masih muda dalam lingkungan dua puluhan...
Tiada jawapan dari mereka, juga tiada kata2 aluan untuk aku, mereka dengan bersahaja meneruskan kerja mereka...
Seorang sedang menatap komputer selang beberapa minit bercakap dgn Hp, seorang lagi sibuk membetulkan kertas di printer manakala ustazah pula kehulu kehilir membawa fail atau buku...
Aku yg dengan tak malu lagi muka tebal yang dari tadi duduk walaupun tak disuruh terus memandang mereka, mula mula dengan tanda tanya??? kenapa mereka tak layan aku...
Setelah beberapa minit Nafsu serakah aku dengan bantuan syaitan yang direjam kembali membisik....
"Aku nak bagi kau duit kau sombong, Cobaan...."
"Aku keluar baru tau, Sabar mungkin mereka sibuk..."
"Apalah uztaz & ustzah ni buruk nya akhlak, Aku apa kurangnya.."
"Eh mana akhlak mereka ni, aku keluar baru tau, Kalau aku keluar Akhlak aku lagi buruk dari mereka..."
Dan bermacam macam lagi yg bermain dan berperang di benak hatiku....
Aku mula hilang sabar walaupun aku cuba menahan...
Perlahan aku keluarkan Hp baru ku sambil muka ku masam mencuka...
Baru aku menekan Game Suduku yg baru ku download malam sebelumnya...
Uztaz itu bersuara No IC Cik dengan kuat....
Terkejut aku...
Aku pun memberi no IC dan wang sekali, setelah menerima resit, akad berjalan diikuti doa.....
Alhamdulilah selesai tugas aku...
Tapi aku gagal dalam menundukkan Nafsu Serakah Aku, sepatutnya aku berzikir tadi bukan mengeluarkan Hp untuk bermain game....
Istighfar untuk aku....
So aku malas nak komen hal mereka..... biarlah aku cuba mengikhlaskan perbuatan aku... walaupun hati ku kembali berperang...
Sebenarnya dalam berzakat banyak menafaat...
Dapat membersihkan harta...
Harta menjadi berkat...
Dapat membantu orang susah...
Dapat membela agama....
Dapat pahala...
Untuk menafaat dunia pula adalah dapat rebet cukai...
So malan ni aku akan buat efiling untuk menunaikan hak ku pada negara pula...

10 April 2009

Kenduri...

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang...

Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga jari kaki..

Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki.. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama- sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah.

Wallahu a ’ lam


So moral of the story: Mulakan sesuatu perkerjaan dengan membaca bismillah...

06 April 2009

Kasih Sayang...

Aku dapat email ini daripada Sham Tiger dari Saudi Kayan, ceritanya berbunyi...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka,, belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

03 April 2009

Anak Itik Tok Wi...



Anak itik Tok Wi

Mandi dalam kolam

Sakit apa Tok Wi

Sakit sendi tulang

Ubat apa Tok Wi

Ubat limau lelam

Sakit apa Tok Wi

Sakit sengal tulang

01 April 2009

Ayah Long...

Ayah Long ku datang lagi...
Seperti biasa di awal bulan, Ayah Long isteri ku dari Terengganu akan datang ke Johor bersama sama isterinya. Isterinya yang setia menemaninya dari dahulu lagi... tak tau aku dah berapa lama, tetapi dah berbelas tahun aku kawin dan menetap di Johor ini setiap bulan dia akan datang. Dalam setahun 12 kali kalau dah 12 tahun aku kawin maknanya dah 144 kali beliau berulang alik, tu baru dikira dari usia aku berkawin, sebelum tu.....

Usia beliau sekarang 65 tahun, masih kuat untuk beliau memandu sejauh 560+ km untuk sehala perjalanan, aku yang masih muda remaja ni kalau balik terengganu tu pun terpaksa berkongsi memandu dengan isteriku untuk sampai ke sana... Tapi beliau memandu seorang diri.

Mengikut kata isteriku, yang sekarang disebelahku sewaktu aku menulis perenggan ini, beliau telah datang ke Johor sejak 1972 lagi, dulu beliau menetap disini, sejak 1980an sehingga sekarang beliau berulang alik setiap bulan...

Perniagaan import export... keropok lekor, keropok kering, barang kemas, barangan tembaga, batik, songket dan lain lain dari terengganu di bawa ke johor dan kain ela dibawa dari singapura ke terengganu (dulu la bukan sekarang) untuk pelanggan tetapnya... Dengan rezeki hasil perniagaan inilah beliau menyara 5 orang anak2 anaknya dan membina rumah yang cukup selesa untuknya di terengganu dan yang penting dapat menunaikan rukun islam kelima bersama isterinya...

Walaupun sekarang anak2nya telah besar beliau tetap datang ke sini untuk meneruskan usaha beliau. Oleh kerana ekonomi dunia merundum dan harga emas meningkat maka perniagaan barang kemas terpaksa dihentikan...
Perniagaan beliau yang masih aktif hanyalah keropok lekor dan keropok kering serta sedikit batik terengganu...

Beliau jugalah yang menjadi courrier express untuk isteriku dan keluarganya...
Beliau berada di Johor hanya untuk beberapa hari sahaja, setelah selesai menyampaikan barang2 dagangannya kerumah regular customernya beliau akan pergi mengutip sewa dari dua buah rumah sewanya dan kemudian balik semula keterengganu... beginilah rutin bulananya...

Sebelum beliau datang kerumah ku, aku selalu buat homework tentang keadaan politik semasa... kerana dengan bercerita tentang politik aku melihat beliau begitu bertenaga dan excited...
Kedatangan beliau juga menyeronokkan kami kerana dengan kedatanganya dapatlah kami sekeluarga makan akok sejenis kuih tradisional, penganan juga sejenis kuih tradisional, ketupat goreng dan yang penting keropok lekor yang masih panas....
Keropok Lekor (RM 15 / 10 batang): Ramuan Isi Ikan, Tepung dan garam secukup rasa

Di sekolah tempat isteriku juga sudah ada pengikut nya yang setia yang selalu menanti2 kedatangnya ke sini. Sejauh ini sudah ada lebih kurang sepuluh orang guru (peminat fanatik keropok lekor terengganu) yang awal2 lagi sudah mengorder k lekornya sebelum beliau tiba kerumahku...

Tapi memang tidak dinafikan keropok lekor yang di bawa dari seberang takir memang tiptop. Kalau dulu keropok lekor losong no satu, tapi kini k lekor losong dah tak sedap (pada aku dan peminat setianya la), sekarang k lekor seberang takir menduduki carta teratas k lekor dari terengganu... Menurut Ayah Long ku, beliau terpaksa menunggu satu hingga dua jam untuk mendapatkan keropoknya kerana orang terlalu ramai menunggu giliran...

Ini Keropok Keping (RM 8.00/setengah kilo),
sedap kalau dibuat ulam sambil makan nasi goreng...

Keropok keping ini juga kalau nak dibandingkan dengan keropok lain begitu jauh sedapnya (hasil kajian rambang dari pembeli setianya)

Aku doakan semoga bisness beliau bertambah maju dan berkat, serta perjalanan beliau pergi dan balik ke Terengganu dipermudahkan oleh Allah swt...amin