27 June 2009

Kehilangan...

Jamuan Selepas Ratib

Masa berlalu begitu pantas...
Kekadang kita dalam mengejar masa, kita selalu terlupa kepada Pencipta...
Jika kita amat-amati baru kita sedar yang dunia ini banyak menipu kita. Sedar tidak sedar kita sebenarnya semakin tua, ajal semakin dekat, umur semakin pendek, penyakit semakin banyak, amal semakin...
Bila ada kematian dikalangan kita barulah kekadang kita tersedar yang kita juga semakin menghampirinya...
Aku bercerita bab ini kerana, minggu lepas aku kehilangan seorang nenek dari sebelah isteriku.
Setelah berbelas tahun nenekku terlantar di atas katil, minggu lepas ia telah dipanggil oleh Allah swt semasa berumur 80 tahun.
Bercerita bab umur ini, aku teringat Ibnul Jauzi, yang telah membahagikan umur manusia kepada lima masa :
-Masa kanak kanak
-Masa muda (lima belas hingga tiga puluh lima tahun
-Masa dewasa (Tigapuluh lima hingga lima puluh tahun
-Masa tua ( lima puluh hingga tujuh puluh tahun)
-Masa usia lanjut (tujuh puluh tahun hingga akhir umur.

Sekarang, aku di tahap umur dewasa, dan pada aku yang paling penting adalah umur 40th kerana pada umur inilah Rasulullah mendapat wahyu dan diutus kepada sekelian manusia sebagai basyir pembawa berita gembira) dan nadzir (pembawa berita ancaman). Biasanya dalam umur dewasa ini akan tampak tanda2 kecenderungannya yang sebenar. Kearah kebaikan atau kearah kejahatan. Sehingga dikatakan apabila sesorang mencapai umur empatpuluh tahun, sedang kebaikan tidak melebihi kejahatannya , maka syaitan akan menyapu wajahnya seraya berkata"Demi ayahku wajah ini tidak akan berjaya"

Diriwayatkan oleh Hudazaifah ibnul Yamani r.a katanya " Mereka berkata"Ya Rasulullah saw, berapakah ketetapan umur-umur umatmu?" " jawab beliau "saat kematian mereka antara usia enampuluh dan tujuhpuluh" Mereka bertanya lagi " Ya rasulullah bagaimanakah dengan umur delapanpuluh tahun" Jawab beliau " Sedikit sekali umatku yang dapat mencapainya. Semoga Allah merahmati orang2 yang mencapai umur tujuhpuluh tahun dan semoga allah merahmati orang2 yang mencapai umur delapan puluh".

Semua yang berlaku ada hikmahnya yang tidak terjangkau dek akal kita, bayangkan 11 tahun terlantar sakit,kita nampak ia penderitaan dan menyusahkan tetapi disisi allah ia adalah penghapus dosa dan penambah pahala. Dalam hadis Qudsi dikatakan "Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"
Dan itu juga satu peluang untuk anak2 berkhidmat kepada orang tuanya. Sebenarnya allah memberi peluang yang terbentang luas di hadapan mata untuk memdapatkan ganjaran sebanyak mungkin dari khidmat itu.
nabi bersabda "Berbakti kepada orang tua lebih utama dari pada solat, sedekah, puasa, haju, umrah dan jihad fisabilillah"
Nabi bersabda "Orang tua itu kunci pintu syurga.Peliharalah itu jika kamu mahu, atau kamu tingalkan saja"
Abu yala dan lainya berkata"siapa berbakti kepada kedua orang tuanya beruntunglah dia, Allah akan panjangkan umurnya. Alhakim merawikan :memaafkan isteri orang, maka isterimu akan memaafkanmu dan berbaktilah kepada kedua orang tuamu, maka anakmu akan berbakti kepadamu.

20 June 2009

Seni...

Selepas menyelongkar kabinet, barang barang ini telah di susun atur oleh abby untuk menjadi sebuah hasil seni...

Abby ingin menamakan hasil seninya ini sebagai "Wajah Si Tempang"

Ianya sempena mengambil nama kucing tempang yang di bela oleh aman secara tidak rasmi...


Jika ada penaja yang sedia untuk menaja abby, abby berharsat untuk mengadakan pertunjukan di galeri seni perdana...


16 June 2009

Bcop..



Dah 2 hari kepala ni sakit2, malam tadi ke klinik...
Tekak perit, hidung berair, kepala sakit nak kerja memang tak selesa...
Yahoo dapat MC hari ni...
Pagi ni sebelum talipon bos...bos dah talipon dulu....
Bos "zam saya half day hari ni..."
Aku "sorry la bos, saya MC la, dari semalam lagi dah tak sihat"
Bos "ehhhh..... hari ni big bos tak ada kan"
Aku "Yupp... dia org gi meeting kat kl"
Bos" hari ni tak ada, apa2 kan"
Aku "yes.. semua dah beres semalam, sahdi sorang pun ok kot"
Bos "ok la...tengok la nanti"

Sahdi ni budak baru, jadi tak boleh tinggal sorang. banyak benda yang dia tak tau lagi. Semalam demam2 pun aku kerja, cos bos aku bercuti lagi.

So aku pun call sahdi, inform yang aku MC dan bos aku half day, dan kalau ada apa2 kemuskilan just call aku je...(tanggungjawab).

Sempat juga aku hantar abah aku gi hospital untuk monthly checkup dia, balik rumah...
dari bawah lagi aku terdengar tv dipasang dengan kuat, aku dah remind anak2 jangan buka kuat2...
Bila aku naik tingkat atas aku nampak bibik tengah syok melayan dangdut...
Dia tak sedar aku balik, aku malas nak cakap banyak just tenung je muka dia... dia perasan aku... terus dia tutup tv.

Aku cari mana budak2, rupa2 nya abby, bcop, ejah & aman kat atas, tengok cerita CORALINE depan komputer. tak tau aku dah berapa kali abby tengok cerita tu sampai dia dah hafal jalan cerita...

Bila nampak aku bcop dan abby minta dokong...

Aku bawak mereka masuk bilik aku...
Bcop baring sambil hisap jari, abby keluar masuk...
Aku letak laptop atas perut, surfing...
Aku cakap bcop.."Gi amek buku, baca"
Bcop pun keluar, masuk semula dengan kamus bergambar...
Sampai bilik aku, dia mula menyelak halaman sehelai demi sehelai... then dia koyak...
Aman yang berada berhampiran merampas....
Wahhhhhwahhhh bcop menjerit kemudian dia menghempaskan badan kat tepi katil...
Abby menjerit ayah darahhhh....

Darah memancut dari dahi bcop...
Aku panik... menjerit kat aman, suruh aman ambil first aid box...

Aku dan Abah memecut gi klinik..

Klinik pertama aku ji Kinik Naveen (panel aku)
Sampai sana, aku blank no kad aku tak ingat, pembantu dia ingatkan aku, opp terima kasih...
(macam mana dia boleeh ingat no kad aku, aku pun tak tau)
Bila Dr Naveen pegang bcop, mula lah bcop menangis ....waaaaa waaaa waaaa....
Dr naveen cakap aku, batter awak gi pakar...
Aku tanya kenapa, dia kata kalau saya jahit dan budak ni menangis nanti tak cantik...
Aku tak pe lah Dr, dia kata ehhh tak boleh nanti dia meronta...
Aku bengang betul lah...
Dia tanya awak nak gi puteri atau Johor specialist...
Aku kata puteri la, dekat sikit...
Then dia pun bagi aku surat untuk gi puteri...
Dalam hati aku apalah Dr ni... ni pun tak boleh buat...

Aku pun menuju KlinikAida, di Seri Alam...
Sampai je,aku dibawa masuk ke bilik rawatan, dibius nya 2jarum, kesian bcop melalak lagi waaaaaa...
Aku dapat rasakan betapa sakitnya...


Kemudian wife aku sampai...
Wife aku memeluk bcop, aku pegang kaki dia, Dr jahit dahinya... Tiga jahitan yang akan meninggalkan bekas untuk bcop sehingga dewasa...
Terima kasih Dr...
Apalah Dr Naveen ....bla bla aku cakap kat wife aku, buang masa je aku gi klinik dia...

12 June 2009

Indah1...


Saat indah di toyota larkin, walaupun pahit...



Ni yang paling seronok, abby pekena milo suam...

Ha ha ha, pose istemewa dari abby...

10 June 2009

Hancur2....

Seperti yang dijanjikan oleh Toyota kereta aku akan siap pada selasa 9 jun 2009, cuti ku
untuk isnin dan selasa aku batalkan, pagi isnin ramai terkejut melihat aku tersengih ditempat keja...
Ehhh tak jadi balik kampung ke tanya bos aku
Aku "Ada masalah la, kereta meragam masuk bengkel"
Bos "Mujur kau datang, kalau tak kalut juga ni. hari ni student UTM&Denmark dtg sini"

Aku sebenarnya dah tau, mereka student UTM&Denmark seramai 8 org datang ke kilang aku. mereka adalah pelajar2 yang mengambil master dan sedang membuat case study berkaitan tentang industri. Tapi aku buat tak tau je, kerana otak aku dah set nak balik kampung.

Semasa sedang bersiap2 di bilik meeting, sambil setup komputer aku didatangi oleh 8 orang pelajar tersebut, masih muda belia...
mereka berasal dari pertugal, iran dan seorang pelajar malaysia...

Tiba2, ehhh Abang azam, apa khabar sapa pensyarah pelajar tersebut
Aku" Khabar baik, ehhh linda"
Aku "lama tak jumpa, masih tak berubah ye, macam dulu juga"
Dia "Yee ke"
Aku "Lama saya nak contek linda tapi tak dapat, ada beberapa kali saya hantar email pun linda tak balas. sihat ke sekarang"
Dia: yee ke, tak dapat pula email tu, macam ni la sekarang"

Dr haslinda tu adalah class mate aku & Isteri dulu masa di UTM, dia pangil aku abang kerana aku dulu direct entry dari UITM dan lebih tua dari dia.
Dia juga merupakan best frenn wife aku, serumah sewa dan se class.

Bukan setakat dia je kat UTm tu yang aku kenal, kebanyakan pensyarah di falkuti FKKSA (Fakulti Kejuruteran Kimia Dan Sumber Asli) adalah class mate aku...
Dan kebanyakan mereka sekaang memegang title Dr (pHD) ekarang...

Kembang juga hidung aku bila pensyarah yang datang ketempat keja aku mengenali aku, jelous juga la bos2 aku bila melihat aku begitu mesra rakyat dengan mereka. Sebelum ni pun dah berkali kali pensyarah2 yang lain datang membawa pelajar mereka ke tempat keja aku...
Bos aku akan tanya "macaam mana kenal dia(pensyarah tu)"
Aku "Kawan masa belajar (sambil kembang hidung)"
Bos "ooooooooo"

Ooo berbalik kereta aku, seperti yang dijanjikan, tengahari selasa Toyota call aku.
"Abang kereta dah siap"
Aku " Ok man, kejap lagi saya datang ambil"
Aku pun, inform bos aku yang aku half day nak ambil kereta.

Semasa, dalam perjalanan ke Larkin, aku dan wife berangan yang petang ni kami akan ke melaka, menginap di sana dan esok rabu berjalan2 keliling kota. Eh seronoknya... ye la nak lepaskan tension tak dpt balik kg.

Sampai di sana setelah menunggu beberapa minit, syahman pekerja Toyota dtg berjumpa aku....
Syahman " Bang sorry bang, tadi kereta abang dah ok, tapi sekarang tak mau hidup la...."
Aku "??????, macammana boleh jadi macam ni"
Syahman " tak tau la, bang tapi kita tengah troubleshoot ni..."
aku "Ok....(hilang kata2..........)

Aku pun duduk smula, entah berapa cawan kopi aku minum sampai sakit kepala aku...
selepas sejam dia datang semula..
Syahman "Saya dah check, Elektronik card abang ok, fuse pun ok. Sekarang kita tengah check emmobiliser plk"
Aku "Ok...."

Selepas sejam dia datang lagi.... bang emmo abg pun ok, tapi keta tak mau hidup juga.
Aku "Apa masalah nya"
Dia " Semua system keta abang ok, tapi api ke plug tak ada"
Aku " Awak dah check plug"
Dia "Plug ok, semua ok, saya dah check"
Aku 'Wiring macammana, mungkin ada yang putus"
Dia "Ok bang, kita akan check wiring satu persatu ni, banyak wire tu..."
Aku "habis nak buat macammana, tak pe la man, kau buat la apa yang patut"

Jam menunjukkan, 6 petang. mereka berpeluh2, lebih kurang lima orang mengelingi kereta aku utk mencari punca masalah...
6:30 ptg, man datang lagi dan "maaf bang, nampaknya masih tak dapat lagi..."
aku "Tak ada kes macam ni ke, sebelum ni"
Man "Ni first time bang... tapi abang jangan risau, esok kami buat brain storming utk selesaikan keta abang ni"
Aku "Tak pe la, esok pagi call saya, sebab saya plan nak gi melaka ni..."
Man "Ok, bang sorry sekali lagi...."

Aku pun berjalan dengan longlai keluar dari Toyota...
Aku menuju masjid larkin untuk solat Asar, Selepas solat aku berdoa supaya masalah aku selesai...

Semasa hendak meninggalkan masjid aku didatangi seorang pemuda.
Pemuda " Assalamualaikum bang"
Aku ' Waalaikumussallam"
Pemuda "Saya tak tau la bang, setiap orang yang hendak memakai kasut keluar dari masjid ini, bila saya datang dan cakap dengan mereka, mereka lari, tak tau la... jahat ke saya ni"
Aku "kenapa dengan awak "
Pemuda "Saya sebenarnya dari gemas, ada kerja kat kempas, lepas tu saya call mak saya cakap dengan dia, saya nak gi Danga bay tempat sureheboh tu, tapi bila saya singgah sini bag saya kena curi, saya nak balik rumah tak ada duit, saya ada minta dengan orang kat sini dapatlah RM15, sekarang saya kurang RM6.50 lagi , saya harap abang boleh tolong"

Aku rasa dah banyak kali aku kena macam ni, tapi hari ini aku memang berniat nak tolong dia. Samada betul atau tidak cakap dia, bukan kerja aku untuk menilai hatinya, ini kerja Allah. Apa yang aku boleh buat bila ada orang mintak tolong, ialah cuba setakat termampu...

Aku pun menghulur RM 20 kat pemuda itu, dia terkejut ehhh betul ke ni bang katanya.
Aku ' Tak pe la, saya faham masalah awak, saya pun tengah susah ni, kereta saya dah 5hari rosak, makanik pun tak tau apa masalah kereta saya..."
Pemuda "Ehhh terima kasih bang, nama saya ...... dia bercerita panjang lebar"
Aku "tak pe la, dah nak maghrib ni saya jalan dulu"
Pemuda "Terima kasih bang, saya solat maghrib kat sini"

Aku beredar dengan sangkaan sebaik mungkin untuk pemuda tadi, sambil merayu kepada Allah supaya menyelesaikan masalah aku"
Aku yakin, dengan sedekah dapat menolak bala... Banyak terdapat dalam kitab2 bagaimana bala tertolak dengan sedekah...

ye la mungkin aku terlupa... selama ini, sebab itu Allah menguji aku.

06 June 2009

Hancur...

Tak sabar aku untuk bercuti setelah lebih kurang sebulan aku melatih staff baru...
Penat terasa, setiap hari. Semua kerja perlu aku buat supaya dia bolah mengambil alih kerja aku.
Bos aku juga beri aku kerja dia, supaya aku boleh buat bila dia tiada. Jadi aku banyak kerja...
Untuk monitor budak baru ni dah cukup membuat aku tension ditambah lagi oleh student UTM yang buat latihan praktikal di bawah jagaan aku...

So jumaat adalah hari yang ditunggu2 kerana aku akan bercuti bersama family aku ke terangganu, balik kampung isteri da...

Cuti aku selama seminggu telah diluluskan... barang telah dikemas. Bag2 baju telah diletakkan di depan pintu rumah, menunggu masa untuk di angkut ke dalam kereta.
Balik dari kerja petang khamis, aku berbelah bagi nak bertolak malam ni atau pagi2 sebelum subuh hari jumaat. Setelah mesyuarat kecil bersama isteri akhirnya kata putus esok pagi di pilih. Budak2 apa lagi semua merengek nak balik malam khamis juga.

So malam sebelum bertolak aku ajak budak2 untuk pergi mengisi minyak, untuk persiapan esok. Selepas mengisi minyak penuh mereka ajak aku pergi membeli burger...

Selepas mengambil burger yang dibeli, aku pun menghidupkan kereta....
Tapi tak tak tak tak, tak mau hidup....
Aku penik, baru aku teringat seminggu sebelum aku ada berkata pada isteri ku "Bagus betul bateri kereta ni, dah nak masuk 4 tahun masih ok lagi"
Aku pun cakap kat isteri aku, awak tunggu dlm kereta dengan budak2 saya nak pergi kedai bateri depan nu....
Aku berjalan menuju kedai bateri, tapi dah tutup nak ketuk dia tak duduk situ...
Aku ambil Hp, call Zaki (Mawar 6560) tanya dia betul ke masa bateri dia ada masallah keadaan kereta dia sama macam yang aku hadapi sekarang. Jawapan nya hampir sama.

Aku tengok jam menunjukkan 10:30 malam, mana aku nak cari bateri ni. Aku call abang ipar yang di pasir gudang, dia janji akan datang dengan bateri dia yang baru di cas... Lega aku mendengarnya...

Setelah setengah jam menunggu, dia datang dengan bateri nya. Setelah jump start menggunakan bateri itu kereta aku telah bernyawa semula... alhamdulillah.
Kemudian dia suruh aku menggunakan bateri dia tu dan bila dah jumpa kedai baru beli, aku setuju. Aku pun mematikan kereta aku dan bateri dia dipasang di kereta aku.

Setelah dipasang, kereta aku tak mau hidup, kalau sebelum ini tak tak tak tak mau bunyi, tapi sekarang langsung tak berbunyi... So dia cuba guna kereta dia untuk jump start. Aku yang tak tau ni hanya memerhatikan saja. Setelah positif dengan positif bersambung, kini giliran negatif dengan negatif pula, tapi apa yang berlaku bateri yang dipasang tadi berasap, dan dengan pantas abang ipar aku memutuskan sambungan.

Aku dan dia pening, ramai orang jadi pemerhati, maklumlah dikawasan kedai...
Selepas itu radio aku pun tak mau hidup, tingkap pun tak mau naik, aku bertambah panik. Ya Allah apa dah jadi ni, tengah aku duduk berfikir dan berdoa aku terpandang No Toll Free Toyota di cermin hadapan aku, apa lagi aku call la. Aku meminta dia menghantar bateri untuk aku, setelah 15 min dia memberi jawapan Bateri untuk kereta aku tak ada stok. Lalu dia mencadangkan kereta aku ditarik ke pusat servis..... aku setuju dan tengah malam itu kereta aku di angkut ke pusat servis di Larkin.

So esok pagi aku bersama isteri bergegas ke Larkin, untuk mengambil kereta yang ku jangka akan siap pagi dan kemudian aku akan pulang ke kampung... Sampai di sana setelah 2 jam mereka memeriksa kereta ku, mereka memberi jawapan "Encik kereta encik ada masalah bateri dan Fusible link encik juga ada masalah"
Dia kata "Mungkin masa encik jump start positif dan negatif terbalik, so fusible link encik terbakar"
"Encik nak kena tukar keduanya" kata dia. Aku tanya berapa kos. Dia kata "Fusible link dalam RM 380 dan bateri dalam RM 250 dan upah dalam RM 70" Aku kata ok tukar la.
Setenggah jam kemudian dia datang lagi" Encik fusible link tak ada stok, tapi saya akan ganti guna wayar buat sementara, bila barang sampai saya pangil encik" Ok kata aku, saya nak guna kereta balik terangganu ni....

Setelah lama menunggu aku jumpa dia, dan bertanya "macam mana kereta saya"
Dia kata "encik kereta encik tak boleh siap hari ini, wayar tu saya tak boleh pasang kerana melibatkan safety" Kalau saya pasang wayar dan kereta ada masallah, maka akan bertambah masallah encik, kerana elektronik kad akan terbakar"
So aku tanya dia bila boleh kereta saya siap, saya nak balik kampung ni?
Dia kata esok public holiday, ahad cuti, isnin baru barang sampai mungkin petang, selasa la encik"
Apppppppppaaaaaa dalam hati aku, saya nak balik kampung ni, cuti saya sampai rabu je.
Dia kata " Maaf encik saya tak boleh tolong lagi, itu je yang saya mampu"

Setelah berfikir sejenak, aku mengambil keputusan untuk mencari sendiri fusible link tu di kedai spare part. So dia setuju dan memberi aku part number. Aku bergegas ke larkin pedana dan pergi ke satu kedai spare part. Di kedai itu jawapan nya isnin baru boleh dapat barang dari kl. Hampa aku kedai kedua pun sama, Aku call mazlan dan surip driver kat tempat aku kerja, suruh mereka tolong mencari spare part aku tu. Surip tunjuk aku satu kedai di JB, dia kata kedai ni yg membekal spare part ke kedai2 lain, kalau kedai ni tak ada maknanya kedai lain pun tak ada. So bila aku pergi kedai tu, jawapan nya sama, Isnin baru ada barang, ini barang order KL maa, aku tanya kenapa spare part ni susah dapat dia kata ini barang susah rosak maa.

So aku akhirnya menyerah kalah, aku call Toyota semula dan menyuruh dia order spare part tu. Dan Hari selasa kau ambil kereta aku. Bini Aku bersedih, anak2 apa lagi mereka dah plan untuk balik kampung. Apa boleh buat Allah tak izin kita balik, dan itu semua ada kebaikan yang kita tak nampak.


Wajah isteri masih sedih .hatinya masih rawan ,jadi utk mengubat hati yg lara, hari ini dia mengajak aku balik ke kampung aku di kulai, untuk ziarah kubur... Aku pun setuju dengan kereta kancil, aku isteri dan lima Nur bertolak... sampai dia sana aku menuju rumah dahulu kerana bcop hadas kecil... habis berbau satu kereta. Sampai di rumah aku membersihkan rumah beramai2, bapa aku yang telah dua hari disitu kerana menjangka aku akan ke terangganu bersama2 bergotong royong...

Esok aku akan berjalan2 lagi mencari ubat untuk mengubati hati isteri yang lara dan anak2 yang kurang ceria...
Terpaksalah aku membatalkan cuti aku pada isnin dan separuh hari selasa...

Ya Allah apa saja yang berlaku adalah dalam pengetahuan Mu, aku memohon supaya kau memberi keselamatan dan kesabaran pada diriku sekeluarga...

Aku masih berharap, semoga allah memberi kami sekeluarga rezeki di terengganu pada minggu depan. Semoga Allah membatalkan cuti Bos aku minggu depan dan aku dapat balik kekampung.

Kita merancang, Allah merancang dan Allah sebaik baik perancang. Allah buat ketetapan tentang rezeki kita lama sebelum kita lahir ke dunia, jika kita usaha macammana pun tapi Allah tak izinkan maka kita tidak akan berjaya. Tok Maa dah membeli lauk pauk untuk menyambut kami sekeluarga, tapi rezeki kami tidak ada disana maka kami tak dapat kesana walau bag dah ditepi pintu, cuti dah lulus, duit belanja dah dikeluarkan dari bank dan minyak dah diisi penuh.

01 June 2009

Lalai...

"Dan Berilah Peringatan Maka Sesungguhnya Peringatan Itu Memberi Menafaat Kepada Orang-Orang Mukmin".


Manusia atau "Annas" yang nama asal dari kalimah "Nasia" yang bermaksud lalai atau lupa. Atas dasar ini maka manusia memerlukan manusia yang lain bagi mengingat tatkala lalai atau terlupa. Kita memerlukan manusia sekeliling kita sebagai pengingat.Sebagai contoh isteri, anak-anak, kawan kenalan malah alam ini juga menjadi sebagai pengingat agar manusia teringat akan kehebatan dan keagungan Tuhan. Pengingat yang terbaik adalah Kalamullah dan kalamurrasul.


Kalamullah Al-Quran bukan sahaja pengingat terbaik tetapi sebagai sumber hidayat kepada manuasia dan pedoman dalam segala aspek kehidupan. Maka sesiapa yang mengambil Al-Quran sebagai pengingat maka pasti dia tidak akan terlalai. Pastinya setiap hari kita perlu membaca dan menghayati isi kandungan kalamullah ini.


Kalamurrasul Hadis dan Sunnah juga pengingat terbaik umat ini. Hati kita akan diketuk bila mendengar setiap sabdaan rasul yang mempunyai "Nur". Maka pasti bagi setiap manusia yang tidak mahu terlalai dan terlupa perlu mendengar,membaca menghayati dan bercakap atas kamurrasul ini.


Kemudian sesudah itu untuk menafaat kepada kita dan semua manusia agar tidak terlalai dan terlupa maka Islam telah meminta agar kita sering ingat memperingati. Sebagai contoh apabila manusia lalai dan lupa maka pastinya akan terjebak dengan amalan yang melalaikan serta masiat dan dosa. Maka ingat memperingati ini perlu dibuat yang mana dalam bahasa yang lain dahwah perlu dilaksanakan. Ketika bangsa arab di dalam kejahilan, dosa da maksiat, maka nabi diperintahkan untuk mengubah suasana kelalaian dan kejahilan tadi dengan bagun untuk memberi peringatan yakni dakwan kepada bangsa arab tadi. Hasilnya manusia dan suasana berubah dari kelalaian dan kejahilan kepada keimanan dan ketakwaan.
Oleh itu marilah kita kita sama ingat memperingati sesama kita agar kita tidak terlalai dan ianya juga akan merubah kehidupan peribadi, keluarga dan manusia sejagat. Insyaallah.


video