10 May 2009

Ayah Cik...

Semalam wife aku dapat sms dari ayah cik...
"Ayah cik di JB. Plan to go to your house after Asar. Ada Rumah? Bagi Add."

Aku pun dengan pantas membalas sms tersebut...
"Selamat Datang... Address No 16 Jln...... "

So selepas tu, kami berdua berbincang apa nak masak...,
wife aku kata kita masak nasi la,
Ehhh aku kata takkan petang2 nak makan nasi plk... kan tea time tu...

So selepas berbincang, kita org ambil keputusan menu hari ini adalah mee bandung....
Walaupun last year kami gi rumah ayah cik di Bukit Jelutung, menu yg sama dihidangkan...
Bukan nak melawan sapa sedap masak, tapi saja je nak tunjuk handal....hehe

So kami pun membuat persiapan...
Bukan susah pun kalau nak buat mee bandung ala ala mee bandung muar ni rupanya...
Aku pun boleh...
Senang aja....
Sebelum di tunjukkan macam mana nak buat mee bandung ni, kita tengok dulu hasilnya...

So semasa makan, kami pun bersembang....
Antara yang kelakar adalah...

Aku " Bila Nurul habis belajar ?"
Cik cik " Tinggal setahun lagi "
Aku " Nurul tak nak sambung ke?"
Cik Cik " Tak tau la, Nurul kata dia minat dengan Mental section...during rotation course, masa dia jaga wad mental ada patient tu kata kat dia ur my daughter, ur beautiful.... but stupid."
Aku " hahahahahahhahahahahahhaha"


So banyak jugalah yg kami sembangkan, maklumlah boleh dikira masa untuk kami dapat berjumpa....

Opps siapa yang berminat, untuk mengetahui bagaimana mee bandung ini dapat dihasilkan sila email...
Resepi ... Biarlah rahsia...

09 May 2009

Take 5...

Untuk kawan kawan semua, sayangi lah diri anda...

Pesan2...

Sedikit Nasihat...

1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1. Banyak jimak
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air
sejuk (masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat
syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak.Selepas makan atau sebelumnya.
3. Ketika sedang makan.
4. Selepas memakan buah-buahan.
5. Selepas keluar dari bilik mandi.
6. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari
badan

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur

2. Hindarkan dari tidur lewat malam.

3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil

4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur

5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

Wallahualam

06 May 2009

Alam...

Minggu lepas seorang sepupu ku yang 2 tahun lebih muda telah kembali kerahmatullah...
Allah huakhbar... cepat nya masa berlalu... Sempat juga berjumpa dengan jenazah beliau dan menatap wajahnya sebelum beliau di kebumikan...

Kemudian bersama2 menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Setahun lepas aku juga kesana semasa pakcik ku yang juga ayah simati ini dikebumikan. Semasa jenazah disembahyangkan dan dikebumikan hanya adik2 beliau, isteri dan tiga anak yang bersamanya, manakala emak dan abang beliau tidak dapat bersama sama kerana mengerjakan ibadah umrah...

Semoga Allah merahmati roh Zulkarnain...

Sedikit Nasihat:

Adalah sunnah bagi orang yang meletakkan mayat di liang kubur membaca ...
"Dengan nama Allah dan atas millat (syariat) rasulullah" (H.R Tirmidzi)

Orang yang berada di dekat liang kubur itu hendaklah mengepal tiga gumpalan tanah dan memasukkanya ke dalam lubang itu sambil membaca....
Yang pertama " Minhaa Khalaqnaakum" dari tanah Kami mencipta kamu
Kedua "Wa Fiihaa Nu'iidukum" dan kepadanya Kami kembalikan kamu...
Dan yang terakhir " Wa Minhaa Nukhrijukum Taaratan Ukhraa" dan daripadanya Kami keluarkan kamu sekali lagi.. (Q.S 20:55)

Kemudian barulah ditimbus lubang kubur itu dengan tanah sedikit demi sedikit dengan perlahan lahan. Apabila lubang kubur itu telah diratakan , maka hendaklah orang yang hadir itu tunggu sebentar untuk membaca Alquran sambil istighfar bagi mayat itu, dan mendoakan agar Allah swt memberinya keteguhan kerana pada saat itulah ia sedang menghadapi pertanyaan.

Tersebut dalam hadis Nabi bahawa mayat itu akan ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir, yang merupakan ujian yang berat bagi mayat tersebut...
Kedua Malaikat itu akan bertanya " Siapakah Tuhanmu?, Apa Agamamu?, Siapa Nabi mu?"
Orang yang dikurniakan keteguhan oleh Allah swt pada masa itu akan menjawab " Allah tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad Nabiku"

Akan tetapi orang yang disesatkan oleh Allah akan bingung dan ragu ragu. Sebagaimana kehidupan di dunia dahulu yang penuh dengan keraguan, kesesatan dan selalu meremehkan perintah perintah Allah swt serta melangar larangan Nya.
Maka dia akan menjawab " Aku tidak tahu". Demikianlah seperti yang diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih.

Maka ketika itu kedua Malaikat tersebut akan memukulnya, menghimpitkan serta memenuhi kubur itu dengan berbagai azab dan seksa (H.R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi)

Untuk orang mukmin yang diteguhkan imannya serta lurus perjalannya, penuh ketaatan kepada Allah swt di masa hidupnya, maka kedua malaikat tadi akan menggembirakan nya dengan berbagai berita baik, kuburnya dilapangkan, serta dipenuhi dengan cahaya dan kenikmatan.

Semua amalan salehnya seperti solat, sedekah, puasa, membaca AlQuran dan zikrullah akan mengelilinginya dan menentramkan hatinya serta menjaganya dari berbagai ketakutan dan bencana.
Rasulullah bersabda "Kubur itu ada kalanya suatu taman dari taman taman syurga atau suatu lubang dari lubang lubang neraka"
Rasulullah bersabda lagi " Tiada pemandangan yang pernah ku lihat lebih menyeramkan daripada kubur"

Usman bin Affan r.a setiap kali berada di perkuburan selalu menanggis sehingga air matanya membasahi janggutnya. Ketika beliau di tanya orang " Bila mengingati syurga dan neraka, anda tidak pernah menangis seperti ini, apa sebabnya" Maka beliau berkata "Saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda "Kubur adalah tempat perhentian pertama dari tempat tempat di akhirat, Siapa yang selamat di situ, maka setelah itu semuanya akan menjadi lebih mudah dan lebih ringan baginya, tetapi siapa yang gagal maka tempat tempat seterusnya akan dirasai lebih berat"

Di antara yang mendatangkan menafaat bagi mayat di dalam kubur adalah doa, istighfar dan sedekah atas namanya.
Di riwayatkan bahawa Saad bin Ubadah ra berkata kepada Rasulullah saw, "Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara tiba tiba. Sekiranya ia masih sempat berbicara nascaya ia akan bersedekah. Dapatkah aku bersedekah untuknya?". Bahginda menjawab "Ya". Lalu Saad ra pun menggali sebuah perigi dan menyedekahkannya atas nama ibunya. (H.R Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Daud dan Ahmad).

Berkata seorang lelaki kepada Rasulullah saw "Ya Rasulullah! ibu bapaku telah meninggal dunia, adakah suatu bakti yang dapat kulakukan untuk mereka?"
Bahginda menjawab " Empat perkara yang dapat kau lakukan, berdoa dan beristighfar bagi keduanya, melaksanakan pesan pesan mereka, berbuat baik kepada kawan kawan mereka dan menghubungkan tali silaturrahim yang tidak bersambung kecuali dengan perantaraan keduanya"

Nabi bersabda "Umatku adalah umat yang dirahmati, mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa dosa setinggi gunung dan keluar dari sana dalam keadaan terampun segala dosanya, yaitu dengan adanya istighfar, sedekah, doa dan bacaan AlQuran yang dilakukan orang orang hidup untuk mereka. Para malaikat membawa semua itu di dalam pinggan pinggan besar terbuat dari cahaya yang ditutup dengan kain sutera sambil berkata kepada mereka yang menerimanya ' inilah hadiah yang dikirimkan sifulan untukmu' Maka sipenerima itu akan merasa senang dan gembira"

Semoga setiap orang tidak akan lupa untuk berdoa dan beristighfar serta bersedekah bagi orang yang telah mati dikalangan ahli keluarganya. Jika kita tidak melakukan perkara ini dikhuawatiri kita akan dilupakan pula oleh ahli keluarga kita kelak apabila kita mati....

Sesiapa yang ingat orang lain, maka dia akan diingati...
Sesiapa yang lupa maka dia akan dilupakan...
Sedang Allah swt tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan....

Ya Allah Ampunkan lah dosa ibuku...
Ya Allah Ampunkan lah dosa ibuku...
Ya Allah Ampunkan lah dosa ibuku...

Ya Allah Tukarkan lah keburukan ibuku kepada kebaikan...
Tukarkanlah dosa ibuku kepada pahala...
Tukarkanlah kemurkaanMu terhadap Ibuku kepada rahmat dan kasih sayang...

Ya Allah...
Luaskan lah kubur ibuku seluas mata memandang...
Jadikanlah kubur ibuku sebuah dari taman taman syurga...
Jauhkanlah kubur ibuku dari sebuah lembah lembah api neraka...

05 May 2009

Bulu...

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata nya bicara, "Saya yg memandangi."
Diikuti pula oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang berjalan kearahnya."

"Lihat sekarang, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan burukmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat menafikan lagi. Ia putus asa dan amat berduka cita, sebab sebentar lagi dia bakal dicampakkan ke dalam jahanam. Padahal, sebelum itu ia merasakan yang ia boleh bebas dari tuduhan itu.


Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba tiba terdengar suara yg amat lembut dari sehelai bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Pada suatu tengh malam yg sepi, aku pernah dibasahi dengan air mata nya ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah Nabi pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba yang bertaubat, walaupun sehelai bulu matanya saja yg dibasahi air mata, maka diharamkan dirinya dari api neraka? Maka dengan ini saya, sehelai bulu matanya, tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian sehelai bulu mata ini, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan sehelai bulu mata."

04 May 2009

Nombor...



Pagi isnin, pagi yang membosanku...
Pagi ini lah aku akan bergelumung dengan nombor nombor yang memeningkan ku...
Seawal jam 7:10 aku sampai ke tempat kerja, walaupun secara rasminya waktu pejabat aku 7:45 hingga 5:00 petang.

Selepas swipe card, aku terus menuju ke penjuru Control Room, dimana Komputer Buruk atau nama glamour nya DG20 aku menunggu. Usia CPU tu je dah dekat 15 tahun, yang baru cuma LCD monitor je...
Disinilah setiap pagi aku akan menekan butang2 papan kekunci untuk menghasilkan angka angka yang mencecah beribu ribu lemon... opss beribu ribu nombor...

Jika pada setiap hari hanya beberapa minit diperlukan, untuk menghasilkan beberapa nombor, tetapi untuk hari isnin, setiap 20 hb dan setiap awal bulan masa yang perlukan untuk manghasilkan beribu2 nombor itu boleh mencecah beberapa jam...

Kekadang tu tengah2 menekan2 papan kekunci, datang pulak kekawan yang bertanya khabar atau ajak berborak maka lagi pening la aku...
Keliru, confuse... aku dah tekan ke belum, kekadang tu aku ulang sekali lagi...

Sebenarnya apa yang aku buat ni adalah Biling Report ke TNB...
Maklumlah kilang aku menghasilkan tenaga elektrik yang akan dijual kepada TNB dan kemudian TNB akan menjual kepada kamu semua...
So Biling report aku ini lah yang akan digunakan oleh kilang aku memaksa TNB membuat pembayaran...

Oleh kerana plant ini ada 3 generator yang menghasilkan kuasa elektrik maka ketiga2 nya terpaksa dikira untuk mengetahui berapa banyak kuasa elektrik yang telah disalurkan ke TNB.
Dan setiap satu ada 3 pecahan lagi iaitu main, backup dan check...

Dari print out printed paper di transfer ke excel, kemudian dijadikan satu report setebal 31 muka surat yang dipenuhi nombor2....
Poning pokcik....

Setelah dipastikan nombor2 ditransfer dengan betul, maka aku ke TNB Stesen Janakuasa pula untuk berjumpa Shift Manager, untuk meminta pengesahan yang angka2 itu adalah betul...

Setelah selesai di TNB aku balik semula ke station untuk meneruskan pengiraan dan penelitian terhadap angka2 tersebut....

Selepas semuanya dipastikan betul barulah report tersebut aku hantar ke KL ...
Dan selepas itu barulah aku bersarapan...
Dan kemudian meneruskan kerja lain...
Tapi yang pasti, tepat jam 5:00 ptg aku dah bersedia untuk balik.

02 May 2009

TNB vs YTL



Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami
dengan nada manja seraya berkata, "Ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak
pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat
dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa
pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh
pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan
dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad
ker?" "Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan
lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss
saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas
balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni
sebulan lewat?!"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:
"Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam
komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu
lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun
awak semua boleh tahuuu!"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan
"Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada
yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan
pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan
suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar
dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu
oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti
dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai
TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya
berkata,

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun
nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni
semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan
kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii?
Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni
berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik,
sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu,
Kita terpaksa 'potong' encik punya...."

Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri
saya di rumah nak pakai apa?"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya
isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."