15 May 2009

Isteri Solehah...


Hayati lirik lagu kumpulan Az-Zikr ~ “Isteri Solehah”

Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata,
Penawar hati penajam fikiran,
Dirumah ia isteri dijalanan kawan,
Diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan,

Padangan kita diperteguhkan,
Menjadikan kita tetap pendirian,
Ilmu yang diberi dapat disimpan,
Kita lupa dia mengingatkan,

Nasihat kita dijadikan pakaian,
Silap kita dia betulkan,
Penghibur diwaktu kesunyian,
Terasa ramai bila bersamanya,

Dia umpama tongkat si buta,
Bila tiada satu kehilangan,
Dia ibarat simpanan ilmu,
Semoga kekal untuk diwariskan…

Solat...


FADHILAH SHALAT


Shalat adalah :

1. Perintah pertama yang diwajibkan Allah swt dan yang pertama akan dihisab dihari kiamat.

2. Sempadan antara seseorang muslim dengan musyrik.

3. Tanda-tanda keislaman ( seorang mukmin akan shalat dengan sepenuh hati dikerjakan tepat pada waktunya serta senantiasa memperhatikan rukun dan sunnahnya ).

4. Tiang agama dan sebagai anak kunci surga

5. Nur bagi hati orang mukmin

6. Jihad yang afdhal dan qurban bagi orang-orang yang bertaqwa


Fadhilah :

Shalat dapat membuat mulut syaitan menjadi hitam

Shalat yang ditunaikan pada waktunya adalah amalan yang dicintai dan disukai Allah swt dan paling afdhal.

Iman dan shalat adalah kewajiban yang paling afdhal diantara semua perintah Allah swt.

Allah swt tidak akan menghukum seseorang yang benar-benar menjaga shalat.

Allah swt mengharamkan api neraka pada orang yang telah bersujud pada-Nya dan sangat suka pada orang yang sujud dengan perasaan penuh hina dan Allah swt paling dekat pada seseorang ketika sedang bersujud pada-Nya.

Rahmat Allah swt bercucuran ke atas orang yang berdiri dalam shalat.

Kedudukan shalat dalam agama seperti kedudukan kepala dengan badan.

Seseorang yang shalat ibarat sedang mengetuk pintu rumah Allah swt dan akan dibuka.

Seseorang yang berwaudhu dengan sempurna dan shalat dengan khusu dan khudu`, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Seseorang yang mulai berdiri shalat selama dia tidak melakukan hal-hal yang makruh, maka Allah swt akan membuka pintu surga dan menyingkapkan tabir antara dia dengan Allah swt

Seseorang yang shalat 2 rakaat lalu berdo`a minta sesuatu maka akan dikabulkan.

Jika menunaikan shalat fardhu maka satu dari do`anya akan Allah kabulkan.

Jika suatu musibah turun dari langit maka orang yang selalu memakmurkan masjid akan selamat.

Jika seorang muslim dilemparkan ke neraka karena dosa-dosanya, maka api tidak akan membakar tubuhnya yang telah bersujud dalam shalatnya.

Jika seorang muslim menjaga shalat 5 waktu terus menerus maka syaitan akan selalu takut kepadanya, tapi bila shalat tidak dijaga dan acuh tak acuh maka syaitan akan menguasainya dan menyesatkannya.

Bagi seseorang yang menunaikan shalat 5 waktu dengan penuh perhatian,ruku`, sujud dan sebagainya dan benar-benar dilakukan sempurna, maka surga diwajibkan untuknya dan neraka diharamkan baginya.

Tanah yang diatasnya didirikan shalat untuk mengingat Allah swt, maka dia akan bangga dari tanah lainnya.

4 rakaat sebelum shalat zhuhur dihitung sama dengan 4 rakaat shalat tahajud.

Firman Allah swt, “ Hai anak adam, jangan malas untuk melakukan shalat 4 rakaat pada permulaan pagi, karena Aku akan mencurahkan rezekimu pada hari itu.

Barangsiapa daoat menjaga takbiratul ihram ( takbir pertama ) dalm shalat berjamaah selama 40 hari tanpa tertinggal takbir pertama satupun dengan imam, maka akan terhindar dari api neraka dan sifat munafik. ( H.R Tirmidzi ).


13 May 2009

Bantal...


Terdapat beberapa kaitan antara bantal dan perwatakan seseorang:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul...
Pergilah kedai beli satu...
Tak pun datang sini, banyak bantal bucuk, ambik la satu...

12 May 2009

Melentur Buluh...



Pepatah melayu berkata "Melentur buluh biar dari rebung"
Kenapa pula rebung?
Kerana semasa itu, buluh belum menjadi buluh..

Kenapa kalau dah jadi buluh?
Kerana kalau dah jadi buluh, buluh akan patah dan tak dapatlah ia dilentur...

Macammana nak melentur rebung?
kita kenalah berfikir dan berusaha macammana bentuk lentur buluh yang kita mahu...

Berapa lama nak melentur buluh dari rebung?
Terpulang, yang penting kita tak jemu berusaha...




10 May 2009

Ayah Cik...

Semalam wife aku dapat sms dari ayah cik...
"Ayah cik di JB. Plan to go to your house after Asar. Ada Rumah? Bagi Add."

Aku pun dengan pantas membalas sms tersebut...
"Selamat Datang... Address No 16 Jln...... "

So selepas tu, kami berdua berbincang apa nak masak...,
wife aku kata kita masak nasi la,
Ehhh aku kata takkan petang2 nak makan nasi plk... kan tea time tu...

So selepas berbincang, kita org ambil keputusan menu hari ini adalah mee bandung....
Walaupun last year kami gi rumah ayah cik di Bukit Jelutung, menu yg sama dihidangkan...
Bukan nak melawan sapa sedap masak, tapi saja je nak tunjuk handal....hehe

So kami pun membuat persiapan...
Bukan susah pun kalau nak buat mee bandung ala ala mee bandung muar ni rupanya...
Aku pun boleh...
Senang aja....
Sebelum di tunjukkan macam mana nak buat mee bandung ni, kita tengok dulu hasilnya...

So semasa makan, kami pun bersembang....
Antara yang kelakar adalah...

Aku " Bila Nurul habis belajar ?"
Cik cik " Tinggal setahun lagi "
Aku " Nurul tak nak sambung ke?"
Cik Cik " Tak tau la, Nurul kata dia minat dengan Mental section...during rotation course, masa dia jaga wad mental ada patient tu kata kat dia ur my daughter, ur beautiful.... but stupid."
Aku " hahahahahahhahahahahahhaha"


So banyak jugalah yg kami sembangkan, maklumlah boleh dikira masa untuk kami dapat berjumpa....

Opps siapa yang berminat, untuk mengetahui bagaimana mee bandung ini dapat dihasilkan sila email...
Resepi ... Biarlah rahsia...

09 May 2009

Take 5...

Untuk kawan kawan semua, sayangi lah diri anda...

Pesan2...

Sedikit Nasihat...

1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1. Banyak jimak
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air
sejuk (masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat
syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak.Selepas makan atau sebelumnya.
3. Ketika sedang makan.
4. Selepas memakan buah-buahan.
5. Selepas keluar dari bilik mandi.
6. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari
badan

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur

2. Hindarkan dari tidur lewat malam.

3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil

4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur

5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

Wallahualam