23 May 2009

Tips Temuduga...

Ketahui serba sedikit latar belakang syarikat yang menawarkan anda pekerjaan.

Datang awal di tempat yang ditetapkan bagi mengelakkan suasana kelam kabut.

Pastikan anda membawa pelbagai dokumen penting seperti surat temuduga, sijil dan dokumen lain yang menyokong tawaran kerja anda.

Berpakaian kemas kerana ia menggambarkan imej peribadi anda.

Ketika masuk, berilah salam atau ucapkan selamat pagi atau petang.

Duduk dengan baik dan sopan. Jika boleh, duduklah setelah anda dipersilakan duduk.

Jawablah setiap pertanyaan dengan lancar dan yakin. Jangan tergagap-gagap atau menjawab pura-pura tahu.

Boleh bertanya: “Sekiranya saya diterima bekerja, apa skop tugas saya dan apa faedah yang saya peroleh.’’

Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih dan meminta izin keluar.

Atau...

22 May 2009

Hebatnya Pencipta...

Lihatlah betapa hebatnya Allah pencipta segala makhluk, mencipta makhluk ini...
Tiada yang mustahil bagi Allah...
Kita sebagai hambanya wajib bersyukur, atas segala nikmatNya...
Tiada nikmat yang lebih berharga, selain dari iman dan islam dalam diri...
Biar apa pun keadaan kita, selagi dalam diri ada iman dan amalan mulia selagi itu kita berjaya...
Oleh itu peliharalah Iman dalam diri, dan suburkan lah ia dengan amalan soleh, supaya kita sentiasa hampir padaNya...



19 May 2009

Minggu Ujian...

Mid Year Exam...

Muhammad Study...Esok Math kertas 1, Sivik & Seni Visual



Rahman Study... Esok Math kertas 1 & 2, Bahasa Arab & Seni Visual...



Khadeejah Study... Esok Math kertas 1 & 2, Bahasa Arab & Seni Visual...

Abby Study... Dulu kini dan esok ngan kucing...

Muhammad kena paksa baru study..
Rahman kena paksa baru study...
Djah sekarang pun dah malas, sama kena paksa...
Abby tak payah suruh, habis semua dinding, buku dll ada gambar kucing...

16 May 2009

Hari Guru II...

Selamat Hari Guru Untuk:

Ayah Mertua - Ex Sir Omar Bin Ismail
Abang Ipar - Sir Azhar Bin Omar
Beras Merangkap Isteri Abg Ipar - Cikgu Nor Zaliza Bt Mohd Noor
My Wife - Cikgu Juhaida Bt Omar
Adik Ipar 1 - Cikgu Fatimah Warda Bt Omar
Adik Ipar 2 - Cikgu Fatimah Asilah Bt Omar
Adik Ipar 3 - Cikgu Praktikal Fatimah Amira Bt Omar

Tak Lupa juga Untuk Bekas Guru2 ku dan Juga kawan2 isteri ku, cikgu lama, kawan2 Spekmataku, Isteri kawan2 ku dan semua2 guru2 yang sewaktu denganmu....

Untuk Bakal Cikgu2 baru yang akan posting, video ini khas untuk anda...
Manalah tau spekmataku and the gang akan ke sana...


Selamat Hari Guru...


Selamat Hari Guru untuk semua guru guru seluruh dunia...
Selamat Hari Guru untuk guru guru yang ada title guru atau pun tidak.
Yang mengajar di sekolah rendah atau menengah...
Yang mengajar di masjid masjid atau di mana mana sahaja...
Kerana kamu semua aku menjadi seperti ini...
Terima kasih semua yang pernah menjadi guru ku...
Semoga Allah swt saja yang boleh membalasnya...

Apa yang aku mampu hanyalah berdoa...
Ya allah peliharalah guru guru ku sebagaimana mereka memelihara ilmu Mu ya allah..
Tambahkan lah kefahaman agama dalam diri mereka, sebagaimana bertambahnya murid2 nya...
Isikan lah hati hati mereka dengan Nur agama sebagaimana mereka mengisi diri kami dengan ilmu yang berguna...
Ya Allah ampunkanlah dosa guruku, sebagaimana mereka memaafkan kesalahanku...




15 May 2009

Menguap...



Menahan menguap sekadar termampu:

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillaah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallaah!’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya
.
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

Makruh mengangkat suara ketika menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.


Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.