04 June 2010

MSDS...

Minggu lepas, cuti 3hari, tak tau nak gi mana, tak plan pun nak gi jalan... Balik dari solat subuh, aku tido ngantuk sangat la... Bangun semula jam 9 pagi, ajak org umah gi cari roti canai. balik solat jumaat , aku tengok bag dah siap kat tepi pintu... nak gi mana? Org umah kata Jom gi KL...

Aku kata jom...
Bertolak kira kita jam 3 petang ... berhenti di pagoh solat asar dan meneruskan semula perjalanan...
Sampai di KL on GPS terus sampai ke subang...
Sampai kg Melayu subang jam 8:30 mlm
Ada kenduri kesyukuran...malam tu
Di sebelah tengahari plk ada jamuan makan-makan..
My mertua masak nasi dagang dan laksa...
Memang sedap, sampai menjilat pingan aku makan...

Best memang best, ramai sedara mara yg aku jumpa sambil makan2...
Anak aku paling seronok dapat jumpa sepupu dia...

Tapi aku tak boleh lama kat sini banyak saudara mara belah aku kat KL ni sebenarnya, nenek, pakcik, sepupu sepapat, kakak, adik ada kat sini ...

Kekadang tu memang tak sempat nak gi semua, banyak benda nak cerita bila lama tak jumpa...

So lepas maghrib hari sabtu aku bertolak ke Cheras rumah kakak...
On the way ke rumahnya dia call, dia nak gi klinik anak bongsu di TERTUMPAH GAM kat kepala...
Aku ternganga bila dengar ... gam apa macammana boleh kena dll...

Sampai di rumahnya bau Gam menusuk hidung ... pening ... ... aku jadi selsema.... selepas beberapa ketika aku jadi imune...

Abang aku call dari GH, Docktor nak cakap dengan aku...
Doc ; Boleh tak awak cari bekas Glue tu
Aku: Ok ada ni
Doc; Apa nama company.. Brand... No tel dll
Aku: Companu xxx, No tel tak ada, macammana nak guna ada tapi macam mana kalau kena tak ada..
Aku: Dr u can refer to MSDS, and find all info from there..
Doc: MSDS???
Aku: i tak ada internet connection, u can find MSDS from internet...
DOC : ok ..ok

Sejam kemudian abang aku call, masih tak ada perubahan, gam memenuhi kepala telingga hingga ke pipi...
Aku tanya abang aku broadbend ada tak, dia kata ada kat umah, aku pun suruh anak dia cari, pas tu connect dan surfing...

Dapat MSDS...Mention there, skin contect ... guna air dan sabun...
Pas tu aku call GH beritahu supaya guna air dan sabun... Alhamdulillah selesai

Beginilah rupa anak sedara aku bila balik...



Rambut tak dapat di selamatkan...

So penting untuk kita tahu bagaimana untuk bertindak bila terkena bahan berbahaya atau bahan kimia, MSDS atau Material Safety Data Sheet mengandungi maklumat kimia dan langkah langkah keselamatan untuk mengatasi bahan itu...

Tiga klinik semua tolak, tak mau merawat, di GH doc kata ini lah kali pertama dia menerima pesakit yang tertumpah gam.

So ada masa cari la MSDS untuk chloroc, biasa kita guna kat rumah, Gam Dunlop pun selalu ada.. so belajar belajar la sendiri...

09 May 2010

Baked Sweet Potato

Orang rumah mengajak ke jusco permas malam ni, katanya nak makan Baked Sweet Potato. Aku senyum je... Teringat aku masa mula2 aku terbeli baked S potato ni, dia terperanjat bila aku kata seketul keledek bakar ni berharga RM6...hahah apasal mahal sangat dia kata...
Aku sebenarnya nak beli chestnut (berangan) tapi bila tengok keledek bakar terliur plk... So aku ambil seketul dan timbang. Bila makan peehhhh sedap. aku pun hairan manis macam madu, macam mana keledek kampung kita tak semanis keledek jepun ni... Apa amalan mereka sampai keledek mereka manis... dia tuang gula k masa menanam...
Hebat Allah s.w.t dari pokok keledek keluar keledek yang rasanya manis...
Yang baru lepas keluar dari oven sedap.. panas panas...
Sejak dari hari tu, orang rumah aku ketagih. aku pun...
Kekadang tu gi sana just beli roti dan keledek ni je... lepas makan balik...
Aku teringat masa kecik dulu, masa tu suka main api buat unggun kayu, pas tu masukan beberapa ketul ubi dalam api tu... sedapnya... makan panas2. Seronok...
Kekadang tu tak terfikir plak macamana keledek bakar tu boleh dikomersilkan dulu kat kampung kalau makan macam tak ada kelas je, lepas makan gigi hitam kena arang... hahaha
Tapi hari ni kat sini dia jual mahal plk....


Sorry la dah habis baru teringat kawan....

Dah kenyang...

Djah & yg lain tak hirau pun dgn keledek ni...

Bcop dah mengantuk...

24 April 2010

Keta...Baru...

Satu petang, selepas meeting yang memeningkan....

Aku mencapai Hp dan mendail Perodua Masai....

Aku: Bang harga viva 850 full spac brapa.
Sale M: Dalam RM36900
Aku: Interest bank brapa..
Sale M: Sekarang dah naik... dalam 4%
Aku: Eh tingginya...
Sale M: memang la, ni pun nak naik lagi...
Aku: Kalau saya nak loan RM 11000 je berapa interest...
Sale M: Ehhh... mana boleh, semua bank minimum loan RM 20000...
Aku; Apasal tak boleh pulak, kalau boleh saya nak beli cash tapi nanti takut Income Tax datang rumah susah nanti...
Sale M: Memang tak boleh, kalau nak loan kena minimum macam tadi la...
Aku: Ok kalau loan RM 20000 so interest brapa...
Sale M: Ok kalau macam tu interest rendah sikit.. dalam 3.95% je
Aku: Ok...Ok... Kalau nak trade in kancil lama boleh tak...
Sale M: Boleh... datang la kita runding...
Aku; Ok nanti saya call semula...


Kira..Kira jam 6 petang, semasa aku di rumah.

Mr H: GP, aku dapat satu kedai ni, dia bagi RM36500
Aku: Interest brapa...
Mr H: Kedai ni best, dia boleh bagi loan RM11000 dan interest 3.65%
Aku:Tadi perodua kata minimum loan RM20K, apa cerita...
Mr H; Mana ada, kedai ni kata tak kisah berapa nak loan dan kereta pun ada...
Aku; So macam mana kau dah booking ke...
Mr H; Dah.. dah aku dah booking tadi... So minggu depan dapat kot...
Aku; Ok selamat berkereta baru...

12 April 2010

Lega...

Sejak kebelakangan ni, aku terlalu sibuk, sampai tak sempat nak update blog. Pukulan OHSAS 18000 membuat kebebasan aku diragut dengan kejam. HIRARC yang perlu di siapkan tanpa bantuan dan meeting merapu yang di buat setiap minggu hampir2 mencabar kesabaran aku.

Cuba bayangkan kerja dibagi mengikut departmant, aku mewakali Chemical and Environment (C&E) dikehendaki membuat HIRARC paling kurang 10. setelah siap 9, baru diberi taklimat dalam awarness training bagaimana cara membuat HIRARC dengan betul. Entahlah apa nak jadi. Tapi aku bertekad untuk membuat yang terbaik...

Minggu lepas balik rumah dapat surat amaran....
Tension... Surat amaran dari PBT, aku renovate rumah tanpa paperwork...
Sebenarnya selepas selesai rumah aku pecahkan baru aku teringat nak buat Plan. tapi sebab dah dalam proses maka aku teruskan je. Alih2 dapat surat, mujur bukan aku sorang, kiri kanan depan belakang semua dapat surat cinta tu. Aku call kawan aku minta uruskan...

Semalam masa aku nak ke kedai, aku serempak dengan seorang pemuda sedang leka menampal iklan pinjaman berlesen (Along kot) tiba2 aku naik angin lagi aku bagi HON bertalu talu, sampai dia melompat terkejut.
Geram aku ada ke patut semua tanda jalan dia tampal tak sekolah betul budak tu.
Dah la nama jalan semua tak nampak. Tanda arah, papan tanda, tiang lampu, no telefon polis trafik jika lampu isyarat rosak pun dia tampal.... Geram betul la.
Tanda arah untuk masjid pun penuh dengan nombor mereka....ni lagi buat darah aku naik.


Contoh iklan yg ditampal. Awas jangan cuba dail merana nanti...

So aku rasa kalau semua orang marah pada orang yang tampal iklan tu mesti dia akan takut dan tak berani tampal secara terang terang. Jangan harap la PBT nak ambil tindakan buang masa je diaorang ni hangat2 taik ayam je. Kat tempat aku ni cukup, tak ada satu pun papan tanda yang bersih dan jelas kecuali papan tanda IPD Seri Alam... Tau dia takut.

Satu lagi sabtu lepas, masa aku tunggu anak aku balik sekolah, kereta depan aku buka tingkap lalu mengeluarkan dekat sebakul sampah... aku yang sedang asik mendengar lagu Saleem terperanjat... aku pantang tengok orang yang tak bertanggungjawab ni. Kereta nak bersih tapi persekitaran dikotorkan tanpa rasa bersalah. apa punya mentiliti la... Aku ingat pun nak tegur dan kalau semua orang tegur apa yang dia buat tu aku rasa dia takkan buat lagi... Tapi aku tak jadi tegur, bila dia keluar dari kereta... cunnya awek rupanya... sayang wajah je cun tapi akhlak hancus.

So aku selalu pesan kat anak aku jangan buang sampah keluar dari kereta kecuali bila jumpa tong sampah...

sorry la nak lepas geram....

Huuuuuu lega.........

26 February 2010

Batu Bersurat...

Dah berbelas tahun aku menjadi orang trengganu, baru kali ini aku menjejakkan kaki ke Muzium Terengganu di losong. Bukan jauh pun ada la berbelas km je dari rumah, tapi hati ni tak tergerak plk nak pergi.

Ini pun ke sini disebabkan Muhammad yang beria sangat mengajak ...


Rombongan kami...



Pintu Masuk...


Sampai kat pintu masuk, setelah membayar tiket,

Djah menjerit ... "Ayah kamera tak boleh bawak masuk la..."
Aku yang menyorokkan kamera aku dalam poket seluar tersengih je geram pun ada. Pengawal kemudian menghampiri aku dan meminta aku meninggalkan kamera aku di kotak simpanan.... bengang je...



Line Clear...aku guna Hp...

Banyak yang menarik disini tapi aku teruja bila melihat batu bersurat ni....
kagum...dengam orang yang memahat batu tu...

So apa itu batu bersurat?....

Jawapannya ialah....

Batu Bersurat Terengganu
yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malausia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang , Hulu Terenganu pada tahun 1899.

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Putri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Musiun Negeri Trengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu





Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.

Muka pertama

  1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
  2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
  3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
  4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
  5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
  6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
  7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
  8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
  9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
  10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
  11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua

  1. Keluarga di Benua jauh kan
  2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.
  3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
  4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
  5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
  6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
  7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
  8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
  9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
  10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
  11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
  12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika....

Muka ketiga

  1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
  2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
  3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
  4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
  5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
  6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat

  1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
  2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
  3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
  4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
  5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.
Banyak lagi yg menarik, tapi aku tak larat nak tulis semua, sebab masa kat sana pun aku taklarat nak melihat semula kerana Bcop ada di belakang aku(dokong).
Dia pun penat so dia tak nak jalan... Terpaksa la aku dokong...

sekian

23 January 2010

Penasihat...

Raja bin Haiwah menceritakan, katanya"Pada hari jumaat pertama dalam bulan Safar tahun 99 Hijrah, saya berada bersama Amirul Mukminin, Sulaiman bin Abdul malik di Dabiq (Sebuah tempat di Halab Syria). Baginda telah menghantar satu angkatan tentera yang lengkap ke Konstantinopal yg diketuai oleh adiknya sendiri , Maslamah bin Abdul Malik, anaknya Daud dan beberapa org kenamaan dalam keluarganya. Baginda bersumpah tidak akan meninggalkan kota Dabiq kecuali setelah Allah mengizinkanya untuk menakluk Konstatinopal ataupun baginda yang mati.

"Apabila hampir masuk waktu solat Jumaat, khalifah pun mengambil wuduk. Kemudian baginda memakai pakaian dan serban bewarna hijau. Baginda melihat cermin dan terasa kehebatan dirinya dengan usia yang masih muda. Baginda ketika itu berusia 40 tahun"

"Baginda kemudian keluar untuk bersama sama org ramai menunaikan solat Jumaat. Malangnya setelah pulang dari masjid baginda jatuh sakit akibat di serang demam. Sakitnya semakin teruk dari sehari ke sehari. Ketika itu baginda meminta supaya saya sentiasa berada disisinya. Satu ketika ketika saya masuk menemuinya saya melihat baginda menulis sesuatu.

Saya pun bertanya" Apakah yang engkau lakukan, wahai Amirul Mukminin?"

"Saya sedang menulis wasiat perlantikan khalifah untuk anak saya Ayub, jawab baginda"

"Saya pun memberanikan diri dan berkata: wahai Amirul Mukminin, satu perkara yang akan memeliahara sesorang khalifah di pusaranya nanti dan akan membersihkan dirinya di hadapan Allah nanti ialah apabila dia melantik seorang lelaki soleh sebagai khalifah menggantikannya. Anakmu Ayub masih terlalu kecil belum pun bermimpi lagi. Engkau sendiri pun tidap pasti apakah dia sesuai ataupun tidak.

Sulaiman pun terhenti seketika dan berkata "saya sekadar menulis, Saya sebenarnya masih meminta pertunjuk dari Allah dan saya belum lagi membuat keputusan."

Lalu baginda mengoyakkan wasiatnya tadi. Selepas sehari atau dua Sulaiman memanggil saya dan berkata "Apakah pandanganmu tentang anak saya Daud, wahai abu Al Miqdam?"

Saya pun menjawab " Dia sedang bersama tentera islam di Konstantinopal. Engkau pun tidak pasti apakah dia masih hidup atau sudah mati".

"Jadi siapakah yang layak pada pandanganmu, wahai Raja" Tanyanya lagi

"Semuanya terserah kepada pandangan Amirul Mukminin," jawab saya pula.

Saya sebenarnya mahu menunggu org2 yang Sulaiman sebutkan supaya saya dapat ketepikan mereka satu persatu hingalah saya dapat menaikkan Umar bin Abdul Aziz.

Sulaiman bertanya lagi "Apakah pandanganmu tentang Umar bin Abdul Aziz?"

Saya yg menunggu soalan ini pun terus menjawab :"Demi Allah, sepanjang pengetahuan saya beliau adalah seorang yang baik, sempurna, bijak dan berpegang kepada agama."

Sulaiman membenarkan kata2 saya " Benar, demi Allah itulah sifatnya. Cuma jika saya melantiknya dan saya ketepikan anak anak Abdul Malik, sudah tentu akan membawa musibah. Mereka tidak akan sama sekali membenarkan Umar memimpin mereka."

"Jika demikian, pilihlah salah seorang diantara mereka dan lantiklah dia selepas Umar bin Abdul Aziz" cadang saya.

Nampaknya Sulaiman bersetuju dengan cadangan saya dan berkata "betul pandangan itu kerana ia akan meredakan perasaan mereka dan mereka akan bersetuju." Baginda kemudian mengambil sehelai kertas dan menulis sendiri:
" Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Surat ini adalah daripada hamba Allah, Sulaiman bin abdul Malik, Amirul Mukminin kepada Umar bin Abdul Aziz bahawa saya telah melantiknya sebagai khalifah selepas saya dan selepas beliau pula saya melantik Yazid bin Abdul Malik. Hendaklah kamu mentaatainya dan takutilah Allah. Janganlah kamu berselisih hingga membuka ruang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan."

Sulaiman pun meletakkan cop mohornya dan menyerahkan nya kepada saya. Selepas saya memanggil Kaab bin Hamiz, ketua polis. Baginda kemudiannya memberikan arahan :"Panggil semua ahli keluarga saya supaya berkumpul dan beritahu mereka bahawa surat yang berada di tanggan Raja bin Haiwah adalah surat saya. Perintahkan mereka supaya memberikan sumpah setia mereka kepada orang yg tercatat di dalam surat itu."

Apabila mereka berkumpul, saya pun berkata kepada mereka "Ini adalah surat Amirul Mukminin. Di dalam surat ini baginda telah menyatakan org yg bakal dilantik menjadi khalifah selepasnya. Baginda telah memerintahkan saya supaya mengambil sumpah setia daripada kamu untuk orang yang dilantiknya ini" beritahu Raja.

"Kami menerima perintah Amirul Mukminin. Kami akan taat khalifah selepasnya. Mereka memohon untuk menemui amirul Mukminin untuk mengucapkan salam kepadanya" Apabila mereka masuk, Sulaiman pun berkata kepada mereka "Surat yang berada di tanggan Raja bin Haiwah adalah surat saya. Didalam surat itu ada dinyatakan orang yg saya lantik sebagai khalifah selepas saya. Dengar dan taatlah kepada nya. Berikanlah sumpah setia kamu kepada orang yang saya nyatakan dalam surat itu."

Mereka pun memberikan sumpah setia seorang demi seorang. Setelah itu saya pun membawa keluar surat yang bercop mohor itu. Tiada seorang pun yang tahu siapakah yang dinyatakan dalam surat itu selain saya dan Amirul Mukminin.

Setelah semua bersurai, Umar bin Abdul Aziz datang menemui saya. Beliau berkata "Wahai Abu Al Miqdam, Amirul Mukminin seorang yang terlalu baik dengan saya. Dengan kemurahan hati dan kemesraannya, baginda telah mengurniakan saya segala galanya. Saya bimbang jika baginda ada menyerahkan apa apa yang berkaitan dengan perkara ini kepada saya, jadi dengan nama Allah, saya berharap kepadamu dan saya memohon dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang saya kepadamu agar engkau memberitahu saya jika kandungan surat Amirul Mukminin itu ada apa apa yang membabitkan saya supaya saya dapat memohon untuk menarik diri sebelum masa terlambat."

Saya menjawab "Demi Allah, saya tidak akan memberitahu walau satu perkataan sekalipun mengenai apa yg ingin engkau ketahui" Umar pun pergi dalam keadaan hampa.

Tidak beberapa lama kemudian datang pula Hisham bin Abdul malik, sambil berkata "Wahai Abu Al Miqdam, semenjak sekelian lama saya amat menghormati dan menyayangimu. Saya juga amat berterimakasih kepadamu. Apakah boleh jika engkau beritahu kepadaku kandungan surat Amirul Mukminin. Jika diserahkan kepada saya, saya akan diam tetapi jika diserahkan kepada orang lain saya akan membantah. Orang seperti saya tidak sepatutnya dihalang daripada perkara ini. Saya berjanji demi Allah saya tidak akan menyebut namamu selepas ini.

Saya berkata "Demi Allah saya tidak akan memberitahu kepadamu walau satu huruf pun, kerana Amirul Mukminin telah meminta saya merashiakanya" Hisham pun pergi sambil menumbuk numbuk tangannya.

Setelah Khalifah Sulaiman meninggal dunia, dan sumpah setia diambil daripada semua orang maka jawatan khalifah diberikan kepada Umar bin Abdul Aziz, walaupun dia tidak menyukainya.

Bertuahlah khalifah Sulaiman kerana baginda telah membersihkan dirinya dihadapan Allah apabila melantik seorang lelaki yang soleh. Tahniah juga kepada penasihat khalifah yang jujur Raja bin Haiwah. Beliau telah memberikan nasihatnya kerana Allah, RasulNya dan untuk kepentingan umat islam.

03 January 2010

Cahaya


Saat malam makin tua.
Tanpa undangan untuk mata kita melihatnya.
Mataku mulai terbiasa dalam kegelapan yang seakan mengejek kelemahan manusia.
Aku sadar hal yang tergaris ini.
Dengan kata yang boleh menutup hati.
Dengan bisikan yang boleh mengeruhkan hati.
Dengan pendangan yang boleh menyakitkan hati.

Gelap memang terasa, ku harap terang hatiku dalam keheningan ini.
Mataku, semakin perih, dipaksa menangkap setiap bias cahaya yang tak dapat menyatu,
Bertarung melawan gelap tanpa senjata, seakan tersiksa tak mampu di lawan.


Kuharap datangnya cahaya.
Cahaya yang akan menghambat kegelapan ini.
Cahaya yang akan menerangi semula dunia ini.
Cahaya yang dapat menghindari kaki dari tersandung.
Cahaya yang dapat menyuluh jalan yang gelap.

Aku bersyukur bila datang cahaya.
Kegelapan sedikit demi sedikit menghilang.
Cuma...
Sampai bilakah cahaya ini akan bertahan.
Aku tak mahu berada dalam kegelapan lagi...