18 September 2010

Ragam...


B'cop dan bobo menahan lapar...

Abby memaksa sicomel berpuasa... 1/2 hari.


Dahi b'cop berjahit...


Menahan lapar...


Hari ke 26 berpuasa, D'jah semakin kurus...


Aman tertidur kelaparan menunggu berbuka...

15 August 2010

Kesan Dari Berpuasa Di Siang Hari Dan Beramal Di Malam Hari

Dipetik dari http://hambalialorstari.blogspot.com



Hadis Nabi saw: Dari Abu Hurairah ra berkata telah bersabda Rasulullah saw, " Barang siapa berpuasa Ramadhon dan berdiri pada malannya dengan penuh iman dan ihtisab akan diampunkan oleh Allah swt segala dosa-dosanya yang lepas." ( Riwayat Bukhari / Muslim)

Diceritakan bahawa tiga bersaudara dari negeri Syam ikut berperang bersama tentera muslimin di dalam satu jihad menentangi tentera Rom. Nasib tidak menyebelahi mereka, ketiga-tiga saudara berkenaan di tawan oleh pasukan musoh lalu dibawa sebagai tawanan perang mengadap Raja Rom ketika itu. Raja Rom meminta mereka murtad dan memeluk agama Kristian dengan ditawarkan dengan jawatan tertinggi serta berkahwin dengan putri baginda. Tawaran Raja Rom berkenaan mereka tolak dengan mentah-mentah.

Di atas penolakkan tawaran berkenaan, Raja menjadi murka lalu memerintahkan agar api dinyalakan serta 3 kawah besar berisi minyak yang dipanaskan. Minyak yang dipanaskan itu dibiarkan mendidih selama tiga hari dan dalam waktu yang sama ketiga-tiga mereka masih lagi ditawarkan dengantawaran berkenaan selama beberpa hari. Namun iman mereka begitu kukuh serta ketiga-tiga mereka menolak tawaran berkenaan. Raja bergitu murka lalu memerintahkan sudara tertua mereka dicampakkan ke dalam minyak panas berkenaan. Hancur luluh badannya dan ianya gugur syahid di Jalan Allah. Kemudian diikuti pula dengan saudara yang kedua. Badannya juga hancur di dlam minyak panas berkenaan serta juga gugur syahid di Jalan Allah.

Ketika sampai pada giliran yang termuda, dia dirayu-rayu agar meninggalkan agama Islam. Apabila dia menolak untuk berbuat demikian, Raja memerintahkan agar dia juga ditolak kedalam minyak yang panas berkenaan. Ketika itu salah seorang pegawai istana berkata, “ Tuanku, patik meminta pemuda ini diserahkan kepada patik agar patik perintahkan putri patik merayu agar beliau meninggalkan agamanya. Semua rakyat di negeri ini mengetahui bahawa putri patik adalah wanita tercantik di negeri ini. Patik juga memahami bahawa bangsa Arab mudah tergoda dengan wanita cantik. Raja bersetuju dengan cadangan pegawainya dan pemuda itu diserahkan kepadanya dengan diberi masa selama 40 hari.

Ketika pemuda itu berada di rumah pengawai istana berkenaan, beliau di tempatkan didalam satu bilik bersama putri pegawai istana berkanaan. Namun selama berada di rumah pegawai istana berkenaan, pemuda berkenaan sentiasa berpuasa di siang hari, manakala di malam hari beliau bangun menghabiskan masa bertahajud dan bermunajat kepada Allah swt. Kesan dari amalan puasa di siang hari dan bertahajud di malam hari, godaan putri pegawai istana berkenaan tidak menggugat iman pemuda berkenaan.

Apabila hampir habis tempoh waktu yang telah diberikan, putri berkenaan masih gagal menggoda pemuda Islam tersebut. Pegawai istana berkenaan bertanya kepada putrinya dengankatanya, “ Mengapa kamu masih gagal menggubah agama pemuda Islam tersebut?”. Jawab putrinya memberi alasan, “ Mungkin pemuda Islam berkenaan terkenang-kenang tentang kematian kedua saudaranya. Alangkah baiknya jika ayah meminta kepada raja agar memberi tempoh masa tambahan. Dalam masa tersebut letakkan kami di satu bilik di tempat yang jauh dari sini. Di sana anakanda akan cuba menggodanya untuk kali yang terakhir.”

Pemintaan putri pegawai istana itu dikabulkan dan kedua-dua mereka di tempatkan di satu tempat yang jauh dari istana di satu tempat yang terpecil. Namun pemuda berkenaan terus berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam. Namun putri berkenaan gagal menggoda beliau. Di saat hampir habis tempoh tambahan waktu, bukan pumuda Islam yang tergoda dengan putri berkenaan, sebaliknya putri berkenaan pula yang terkesan dengan ibadat puasa dan amalan bungun malam pemuda Islam berkenaan.
Akhir sekali putri jelita itu mengakui bahawa beliau begitu kagum dengan amalan kesolehan pemuda Islam berkenaan dan kejituan iman yang ada pada pemuda tersebut . Di akhirnya beliau ingin memluk agama Islam. Bila didengari oleh pemuda Islam tersebut, maka beliau meminta agar putri berkenaan berusaha agar mereka boleh melarikan diri dari negeri berkenaan ke negeri Syam.

Kedua-dua mereka berjaya melarikan diri dan putri itu pun memeluk Islam serta berkahwin dengan pemuda Islam berkenaan. Pada malam perkahwinan mereka berdua, pemuda berkenaan bermimpi kedua-dua saudara lelaki beliau yang gugur syahid datang menziarahi perkahwinan beliau. Beliau bertanya kepada mereka bagaimana mereka rasai ketika disiksa oleh Raja Rom berkenaan. Mereka menjawab bahawa ianya hanya sebentar sahaja dan mereka mendapat nikmat yang besar dari Allah swt.

(Disusun semula dari kitab “IrsyadulIbad” : Ibnu al-Jauzi melalui galur Abu Ali Al-Barbari)

31 July 2010

1 + 1 =


Tolong selesaikan... pening... pening...

28 July 2010

Seni...


Mari melukis...


Homework D'jah... Bila berkerjasama semua jadi mudah....


Karya D'jah


Karya B'cop


Karya Abby

24 June 2010

Lawatan...

Semalam aku di minta mewakili syarikat ke Logi Air Semangar kota Tinggi, sempena hari Mesra Pelanggan. Perjalanan 45 minit melalui Lebuhraya Baru Tanjung Langsat Tiram adalah sesuatu yang menyeronokkan. Keadaan bas yang membuai kiri kanan mengingatkan aku pada zaman remaja… Rasanya dah berbelas tahun aku tak menaiki bas. Dan dah lama juga aku tidak mengikuti mana mana rombongan bersama kawan kawan. Biasanya kalau aku keluar adalah untuk menghadiri seminar ataupun training, itu pun pergi sendiri. Tapi hari ini berlainan, bersama 32 orang dari syarikat sekitar Pasir Gudang aku ke sana. Sampai ke logi Semangar kami di sambut oleh Pengurus Besar SAJ dan pegawai pegawainya. Setelah di jamu dengan jamuan ringan, kami menuju ke bilik kawalan untuk mendengar taklimat keselamatan dan proses rawatan air di logi ini.



Selamat datang ke Logi Air semangar kota Tinggi






Taklimat Sedang Di berikan di bilik kawalan.



Penerangan di makmal.

Apa yang menarik di sini ialah baju yang di pakai oleh Pegawai SAJ ini sama dengan baju aku, yang berbeza adalah logo syarikat kami saja …, so aku kalau sekali pandang kira staff SAJ la kat sini, tu yang ramai tersalah tanya aku tentang proses rawatan air…, mujur juga latar belakang aku adalah Water Treatment so boleh setakat proses kat sini kacang je…. Tapi lepas aku jawab soalan yang menanya tu dan setelah dia terpandang logo syarikat aku, diaorg kata opps sorry…. hahaha



Di belakang aku tu WaterFall

Proses pertama air yang di pam dari sungai, dan di biarkan jatuh bertingkat untuk menghilangkan bau dan menambah kadar oksigen didalamnya.
Dari sini air yang mengalir ke proses seterusnya akan di tambah Lime (kapur) untuk meningkatkan pH dan juga Alum, sejenis bahan kimia yang akan mengumpulkan semua perpejal terampai.
Kemudian air akan menuju ke clarifier, di sini pepejal terampai akan mendak ke bawah dan air bersih di atas sebelum mengalir ke proses seterusnya. Pepejal yang mendak akan di pamkan ke Sludge Lagoon ( di sini pasir dan batu kerikil di guna sebagai penapis) sebelum air buangan menuju ke sungai semula.
Air yang bersih dari clarifier tadi akan melalui satu lagi penapis ( pasir dan Batu kerikil) sebelum menuju ke tangki simpanan dan di tambah klorin untuk membunuh kuman dan Florida untuk tulang dan gigi yang sihat….heheeh





Inilah Clarifier dimana sludge dan air bersih di asingkan. Banyak juga anak ikan yang kelihatan, menandakan air selamat untuk diminum.



Dari clarifier air bersih melalui satu lagi filter sebelum menuju ke tangki simpanan.




Backwash Filter sedang dijalankan, setiap 3 hari sekali untuk membuang keladak2 yang melekat di filter.




Stor Klorin gas, adalah kawasan larangan untuk pelawat pelawat demi keselamatan.



Setelah banyak penerangan yang di berikan kami munuju semula ke bangunan utama untuk menikmati jamuan makan tengahari.


Bas yang akan membawa kami pulang dah sedia…so balik la…

Air adalah anugerah yang paling bernilai dari Allah swt untuk kita umat manusia, tanpa air manusia akan susah dan menderita. Menjadi tangungjawab kita untuk menjaga sumber yang tak ternilai ini.

19 June 2010

Beramal dan Menyampaikan

Dari Abu Sa’id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah keluar (dari kamar Baginda lalu) datang kepada kami. Pada waktu itu kami sedang membincangkan tentang Masih Dajjal. Baginda SAW telah bersabda: Mahukah aku khabarkan kepada kamu sesuatu yang pada pendapatku lebih berbahaya bagi kamu berbanding Dajjal? Kami berkata: Ya Rasulullah! Khabarkanlah kepada kami. Baginda SAW telah bersabda: Ia adalah syirik khofi. (yang contohnya ialah): Seseorang berdiri untuk sembahyang dan dia memperbaguskan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya bersembahyang. (HR Ibnu Majah)