12 February 2011

Zoo Johor...

Pagi ni, orang rumah dan muhammad ada program merentas desa. Bcop yang bangun awal merengek hendak jalan-jalan cari makan. Plan awal nak hantar atok balik kampung di Kulai, dah hampir dua bulan atok disini, selepas sarapan soto di taman rinting dan bincang dengan atok, atok setuju untuk stay lagi seminggu.

Aku memang tak sampai hati untuk biarkan abah duduk keseorangan di kampung. Sebelum ni pun kalau balik cuma 3 atau 4 jam saja, untuk hilangkan rindu di kampung lepas tu balik semula rumah aku. Tapi kali ini abah plan nak gi KL rumah anak2 yg lain. Tu yang dia nak balik seminggu dua sebelum ke KL.

So selepas sarapan, aman dan Djah kata... jom gi zoo ayah... minggu lepas tak puas la...
Minggu lepas aku satu family gi zoo johor untuk pertama kali dalam sejarah aku... kalau zoo melaka dah berkali2 tapi di sini tak pernah, tak tau kenapa. Mungkin kurang publisiti kot zoo johor ni.

Minggu lepas dia org tak puas cos sendal Djah putus selepas beberapa minit masuk, so kami terpaksa balik awal....

Masuk Tiket pun bukan mahal. Dewasa RM3, kanak RM 2 je....
So kalau nak masuk bagus belah pagi, kerana... masa ni la waktu untuk haiwan2 tu makan...
Masa ni la dapat tengok mereka aktif....





04 February 2011

Perihal Tujuan Manusia Diciptakan

Perihal Tujuan Manusia Diciptakan








Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa



Setiap hari manusia keluar berkerja,bermain,tidur,makan,minum dan berespirasi.Ada manusia keluar ke sekolah,universiti atau ke pasaraya.Ada yang keluar untuk beribadat;ke masjid,gereja,tokong atau sebagainya.Setiap hari mereka membuat pelbagai kegiatan.Namun seringkali mereka lupa apakah tujuan mereka diciptakan.

Ada yang berkerja sebagai jurutera contohnya,dia amat tahu apa tujuan mesin-mesin atau jentera-jentera diciptakan.Seorang jurutera kereta amat tahu apakah tujuan kereta diciptakan.Seorang jurutera kapal terbang amat tahu apakah tujuan kapal terbang diciptakan.Seorang chargeman B4 misalnya tahu apakah tujuan stesen penjana diciptakan.Dia juga tahu apakah tujuan gas circuit breaker,oil circuit breaker atau vacuum circuit breaker diciptakan.Dia juga tahu apakah tujuan transformer,switchboard,generator set ataupun RMU diciptakan.Seorang jurutera enjin tahu mengapa enjin V8 atau V12 diciptakan.Dia amat tahu tujuan carburator,crank shaft,heat plug atau piston diciptakan.Seorang jurutera perisian amat tahu mengapa HTML,Perl,SQL injection dan Apache diciptakan.Seorang programmer tahu apa tujuan C++,Pascal,COBOL,FORTRAN dan Micro-C diciptakan.Seorang hacker tahu tujuan NMap,OpenSSH,JohnTheRipper,Aircrack,Kismet,NetCat dan BackDoor diciptakan.Seorang tukang masak tahu tujuan mesin pengisar dan ketuhar diciptakan.

Tetapi seringkali mereka lupa APAKAH TUJUAN DIRI MEREKA SENDIRI DICIPTAKAN.



Seorang gadis yang menyertai pertandingan Dewi Remaja tahu apakah tujuan segala mekap diciptakan.Dia tahu apakah tujuan SunSilk,Pantene,SilkyGirl,Dove dan sebagainya diciptakan.Dia tahu apakah tujuan pengering rambut,mask,conditioner,shower gel dan syampu diciptakan.Namun dia seringkali lupa apakah tujuan dirinya diciptakan.

Cuba lihat manusia di dunia.Mereka sibuk berbincang tentang bisnes,politik,cuaca,ekonomi dan lain-lain.Sibuk bekerja.Ada yang jadi kuli.Ada yang jadi bos.Ada yang pangkat besar ada yang pangkatnya kecil.Kadang-kadang mereka berkerja sehingga lupa untuk apa diri mereka diciptakan.Kadang-kadang mereka sibuk berhidup di dunia tanpa tahu apakah tujuan sebenar mereka dihidupkan.Adakah mereka diciptakan hanyalah untuk bermain-main?Adakah mereka tercipta secara kebetulan?


"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main"

(Ad-Dukhan ayat 38)



Ada manusia yang amat megah dengan kenderaannya.Dia amat megah dengan kekayaannya.Katakan dia memiliki RX-7,maka sebenarnya keretanya itu bukanlah tujuan dia diciptakan di dunia,malah semua kekayaan itu bukanlah sebab dia diciptakan di dunia.Tuhan bukan ciptakan dia di dunia untuk kumpul harta benda berkoyan-koyan sampai 7 keturunan tidak habis makan.Tuhan tidak ciptakan dia semata-mata untuk memiliki Lamborghini Miura SV ataupun Jaguar XJ6.Tuhan tidak pernah ciptakan dia di dunia semata-mata untuk beli tanah berlot-lot di Diamond Height.Tidak perlu semua itu.Manusia tidak perlukan semua itu untuk memenuhi TUJUAN DIA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Lihat seorang mekanik.Dia amat tahu fungsi jentera yang dibaikinya.Dia tahu semua perkara tentang jentera itu.Dia tahu TUJUAN JENTERA ITU DICIPTAKAN.Namun adakah dia tahu TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?

Adakah Gottlieb Daimler yang mencipta enjin pembakaran dalam tahu tujuan dirinya diciptakan?

Adakah Bill Gates yang mencipta perisian Windows tahu tujuan diri diciptakan ke dunia?

Adakah Wak Karman yang sedang berkerja di tapak pembinaan di kilang SunPower di Melaka tahu untuk apakah dirinya diciptakan?

Fatihah,gadis jelita yang menyertai pencarian Dewi Remaja amat tahu tujuan maskara diciptakan oleh manusia.Namun adakah Fatihah tahu tujuan manusia yang mencipta maskara itu DICIPTAKAN OLEH PENCIPTA-NYA?

Dan adakah Fatihah juga tahu untuk apa TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?





Ramai wanita mengejar kecantikan dan kesempurnaan tubuh badan.Kulit yang gelap dicerahkan.Mana yang kecil minta dibesar-besarkan.Mana yang muram,biar ceria dan cantik dipandang.Yang tak lentik,dilentikkan.Yang nampak kosong ditampal-tampal bedak,dilukis,diwarnakan dan dicat-cat bagaikan kanvas lukisan.Tambah bulu mata palsu.Tambah bulu kening.Itu belum lagi bab aksesori.Pasang anting-anting di telinga.Pasang rantai di leher.Itu belum bab rambut lagi.Pendek kata memang rumit bab kecantikan wanita ini.Patutlah manusia yang paling cantik di dalam dunia adalah LELAKI.Orang lelaki tak perlu semua itu.Tak perlu nak di cat-cat mukanya.Semua semulajadi dan original.

Namun adakah semua itu adalah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN?Wanita seringkali lupa bahawa kecantikan paras muka bukanlah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN TUHAN.

Ramai orang lelaki mahu memiliki tubuh yang gagah perkasa.Mereka pergi ke gym semata-mata mahu kacak bergaya.Ada yang angkat besi berkilo-kilo semata-mata mahu mengejar kegagahan tubuh badan.Namun adakah mereka berfikir sejenak,apakah TUJUAN MEREKA DICIPTAKAN DI DUNIA?Adakah aku ini diciptakan semata-mata untuk semua ini?Mengapa Tuhan ciptakan aku???

Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk ke sekolah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk masuk universiti?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi engineer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi lawyer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi doktor?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup mewah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup papa kedana?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup susah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi kuli orang?Semata-mata untuk kayakan orang lain?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk dihina,dipijak atau dimakihamun orang lain?



Tidak tuan-tuan sekalian,TUHAN TIDAK CIPTAKAN ANTA-ANTA SEMUA KERANA ITU.

JADI MENGAPA TUHAN CIPTAKAN AKU???

Maulana semua kena sedar,Tuhan tidak ciptakan maulana semua semata-mata untuk kerja teruk sampai lupa waktu solat.Tuhan tidak ciptakan maulana sekalian semata-mata makan minum berak cangkung tidur berdengung.Tuhan tidak ciptakan maulana semua untuk menongkat dunia sampai mati.Tuhan tidak ciptakan anta-anta semua untuk berpolitik sampai lupa HUKUM TUHAN dalam AlQuran.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk berhibur di night club sampai ke pagi.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk boros menggunakan nikmat-Nya.Tuhan tidak ciptakan kita semua untuk buat maksiat kepada-Nya.Na'uzubillah...

Jadi tolong beritahu aku,MENGAPA AKU DICIPTAKAN???

Sebelum itu mahu tanya dahulu mengapa anta sibuk sangat bekerja?

Aku bekerja untuk cari rezeki.Salahkah aku berkerja untuk sara hidup aku dan keluarga aku?

Tapi mengapa anta bekerja sampai lupa waktu solat?

Ahh...itu perkara kecil sahaja,mengapa mahu diperbesar-besarkan.Kubur masing-masing lah.Buat apa anta sibuk?Aku punya hal lah.



Tapi bukankah anta mahu tahu APA TUJUAN DIRI ANTA DICIPTAKAN?

Ya...ya...memang aku mahu tahu mengapa tujuan diri aku ini diciptakan.Cepatlah beritahu.Tak payahlah ungkit-ungkit soal sembahyang atau tidak.Tiada kaitan langsung.

Masya Allah ya maulana.Soal sembahyang itulah jadi perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Malah memang ada kaitan.Tersangatlah ada kaitan.Tidak boleh tidak.

Apa dianya?Aku tak pahamlah.Straight to the point lah.Jangan nak berdolak-dalik.Aku mahU TAHU LEKAS APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!?CEPAT BERITAHU AKU SEKARANG APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!!?

Masya Allah,jangan lah marah-marah begini.Kenalah bersabar.Tujuan diri anta diciptakan bukan untuk marah-marah begini.Betullah solat itu adalah perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Ini bukan tipu.Ini betul-betul punya.

Aku tidak kira,beritahu aku cepat APAKAH TUJUAN HIDUP AKU INI DICIPTAKAN!!!!?

Fatihah:Ya lah saya pun mahu tahu apakah tujuan diri saya diciptakan.Ibu saya selalu beritahu saya,perempuan diciptakan untuk jadi penyeri.Jadi saya perlu cantik dan jelita selalu.Sekarang ini saya telah berjaya menjadi finalis Dewi Remaja.Kordinator program sarankan saya pakai baju ketat-ketat supaya lebih menarik.Kalau boleh biar terbelah sana,terbelah sini.Ada can boleh menang.Rambut saya panjang beralun-alun.Saya tidak suka rebonding-rebonding ni.Saya suka rambut ikal mayang.Saya pun tidak suka warnakan rambut.Tengok minah tu,rambutnya merah.Perasan konon macam minah saleh.Geram aku tengok dia.Tergedik-gedik...

Sabar...sabar dik.Adik Fatihah kena faham tujuan adik diciptakan di dunia bukanlah semata-mata untuk melaram melawa bergaya cantik jelita.Malah perbuatan adik itu hanya menambahkan kemungkaran sahaja.Jika adik percaya bahawa diri adik diciptakan semata-mata jadi penyeri sahaja,maka samalah adik macam pokok bunga plastik.Jadi penyeri sahaja.Tidak lebih dari itu.Tahukah adik,adik diciptakan di dunia semata-mata untuk buat satu PERKARA MULIA.Adik diciptakan bukan jadi penyeri malah bertambah-tambah lebih mulia dari itu.Untuk buat satu PERKARA MULIA.Itulah beza penciptaan adik dengan pokok bunga plastik.Penciptaan pokok bunga plastik hanyalah sebagai penyeri sahaja.Tetapi PENCIPTAAN DIRI ADIK ADALAH UNTUK BUAT TUGAS MULIA.Gunung-ganang,kambing,awan,bintang,matahari,planet-planet pun tidak dapat buat TUGAS MULIA INI tau.

Fatihah:Ya Allah!Apakah dia TUGAS MULIA itu?Saya mahu tahu.Saya tidak mahu lagi jadi macam bunga plastik.Kecantikan saya ini juga satu hari nanti akan hilang.Dah tua kerepot,tak berguna lagi Dewi Remaja ini.Saya mahu jadi insan mulia,buat sesuatu yang mulia.Macam bunga plastik,bila sudah pudar kecantikannya,ia akan dibuang,dan digantikan dengan yang baru.Begitulah juga dengan kecantikan saya.Habis madu sepah jangan dibuang merata-rata.Eh,betulkah peribahasa saya ini?




Masya Allah!Sungguh benar kata-kata adik Fatihah itu.Kecantikan akan hilang.Ia bukan TUJUAN PARA WANITA DICIPTAKAN.Begitu juga kegagahan dan kepandaian bukanlah TUJUAN LELAKI DICIPTAKAN.Lelaki dan perempuan diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.Manusia diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.

Heii!!Apa TUJUAN ITU??Beritahulah cepat!!Aku sudah tidak sabar ni!!APA TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN!!

Fatihah:Ya,APA TUJUAN DIRI SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri Fatihah dan maulana-maulana semua DICIPTAKAN ada dijelaskan di dalam firman Allah ini:



"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)


Fatihah:Jadi apakah TUJUAN SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri adik diciptakan adalah UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Bagaimana?Itulah dengan MENINGGALKAN APA YANG DILARANG-NYA DAN MELAKSANAKAN APA YANG DIPERINTAH-NYA.

Berikankan aku contoh.

Mahu contoh ya maulana?Maulana sibuk bekerja sampai lupa tujuan diri sendiri diciptakan.Bagaimana?Sampai masuk waktu zohor,maulana masih lagi sibuk berkerja tanpa mahu berhenti sebentar pun untuk solat menyembah-Nya.Padahal solat bukannya makan waktu sampai berjam-jam.5-10 minit sahaja.Kadang-kadang maulana kena outstation.Dalam perjalanan,maulana tidak mahu berhenti sebentar di mana-mana masjid pun untuk BUAT KERJA YANG JADI TUJUAN DIRI DICIPTAKAN TUHAN.

Salahkah aku berkerja?Salahkah?

Kerja tidak salah TAPI JANGAN SAMPAI KERJA BOLEH GANGGU TUJUAN KITA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Kita ada fikiran.Gunakanlah ia untuk cari kesempatan untuk MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Untuk buat KERJA MULIA.Kerja mulia yang jadi TUJUAN KITA DICIPTAKAN.

Jadi ya maulana,apakah TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN DIRI KITA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN LELAKI DAN PEREMPUAN DICIPTAKAN?

APAKAH TUJUAN SAYA DAN ANDA DICIPTAKAN???










Iaitu MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.

Terima Kasih Kepada :http://mistisfiles.blogspot.com

03 February 2011

Perihal Rezeki








Dipetik dari Blog Feed Your Soul.


Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,


Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.

Rezeki adalah asbab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita. Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi berdasarkan gaya hidup kini,adalah peti sejuk, komputer, penghawa dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.




Ini juga rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam LRT.Jika tempat kerja anda jauh dari laluan LRT atau pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan sendiri,sekurang-kurangnya motosikal.



Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama 'menumpang' rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yang buang anak.Maknanya dia juga telah buang rezeki yang dikurniakan oleh Allah bersama-sama rezeki yang mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakal peguam,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?



Setiap orang berlainan tahap rezekinya.Seorang pemuda zaman batu telah mendapat seekor biawak pasir untuk hidangan makan malam keluarganya,manakala kawannya hanya mampu mendapat dua ekor ular kapak sahaja.Ada orang pada zaman Tamadun Sumeria hanya menaiki keldai sahaja,tetapi jirannya mampu menaiki kotak kayu yang dibubuh roda dan ditarik dengan keldai.Maharaja China mampu memakan sup daging angsa manakala petani miskin di Xian hanya mampu memakan belalang goreng sahaja.Seorang pekerja tol mampu menikmati nasi kandar ayam madu manakala seorang ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu Proton Saga BLM manakala ada orang memandu Maserati Merak SS.



Ada orang yang mendapat awek secantik Diana Danielle manakala ada yang mendapat gadis secomel Enot. Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk siput babi kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang peguam yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.Robert Kuok dikurniakan harta RM42.7 bilion manakala Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan aset bernilai RM6.01 bilion.Seorang mat rempit yang berkerja sebagai 'despatch' di bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar 'Nan Sempit' manakala rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang pelajar universiti hanya mampu makan megi kari sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran McDonalds mampu memakan burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!

Fikirkan apa yang akan Obama Tuan Presiden Amerika makan malam ini.Fikirkan apa yang saya dan anda akan makan malam ini.Semasa memikirkan apa yang anda makan malam ini,fikir...apa yang dimakan oleh kanak-kanak yang menjadi yatim piatu di Palestin makan malam ini.




Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Allah berbanding seorang fakir miskin? Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak Palestin?

Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang ustaz sekolah pondok?

Tidak sama sekali.Jumlah harta atau rezeki yang diberi oleh Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya.Rezeki adalah urusan Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan rezeki untuk dirinya.Seorang ustaz yang alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya yang membukit,dia berhak lebih kaya dari Ananda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.


ALLAH MEMBERI REZEKI DI ATAS SIFAT KASIH SAYANGNYA,SIFAT AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM.




Istimewanya,kita boleh berdoa meminta rezeki dari Allah,meminta melapangkan rezeki,meluaskan rezeki atau tambah rezeki.Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah dirinya.

Jika Allah memberi rezeki atas sistem merit,maka makin banyaklah orang miskin dalam dunia.Siapa yang berusaha gigih hanya berjaya.Siapa yang pandai hidup walau pun menipu dan makan rasuah,mereka inilah yang hidup bahagia di dunia.Siapa pandai main duit,dia lah kaya.Siapa yang tidak di universiti,gelaplah masa depannya.Tetapi hukum kehidupan tidak begitu.HIDUP INI BAGAI PUSINGAN RODA.Jika hari ini dia kaya,tidak semestinya dia akan kaya seumur hidup.Bila-bila masa Allah boleh tarik kekayaan darinya.Dulu Rashid Hussein (RHB) tersenarai dalam barisan orang terkaya di Malaysia misalnya,hari ini di manakah beliau? Dahulu Syed Mokhtar Al-Bukhari pernah menjual barangan di tepi-tepi jalan ketika kecil namun di manakah beliau hari ini? Donald Trump pernah menjual air tin dan akhbar dari rumah ke rumah ketika remaja namun siapakah beliau hari ini? Tetapi ada orang di stesen bas Medan Kidd,Ipoh atau di Puduraya yang telah mengumpul tin-tin kosong dan kotak-kotak untuk dijual selama bertahun-tahun tetapi masih juga tidak kaya!



Siti Nurhaliza tidak pernah ke universiti. SPM dia hanya pangkat dua. Bahasa Inggerisnya berterabur.'Freshie' Universiti Malaya yang baru masuk kampus tahun ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari Siti Nurhaliza.Tetapi kereta Siti berderet-deret. Siti tinggal di rumah banglo.Apartment,rumah atas bukit,rumah ala resort dan sebagainya pun ada jika rumah banglonya terbakar.Siti tidak kisah. Duitnya beribu,berjuta-juta.Siti bersuamikan Datuk K. Siti tidak perlu jadi perempuan pisau cukur seperti dalam filem Pisau Cukur lakonan Maya Karin dan Fazura untuk memikat Datuk K. Tidak perlu. Namun adakah sebab Siti hanya SPM pangkat dua dan tidak mahir berbahasa Inggeris,dia tak layak untuk kaya? Tidak bukan? Jadi siapa yang beri rezeki kepadanya? Universiti? SEkolah? Muzik? SPM? Diploma? Ijazah? Peminat? Datuk K?


ALLAH LAH YANG BERI REZEKI KEPADA SITI NURHALIZA.




JIka rezeki Allah diberi berdasarkan sistem kuota maka banyaklah orang miskin hari ini.Orang-orang kafir akan jatuh miskin kerana tidak beriman.Malah mentari pun tidak mahu menyinari kehidupan non-muslim ini. Mereka hidup hanya untuk merasa seksaan Allah dan kemudian mati begitu sahaja. Donald Trump tidak layak jadi kaya. Dia mungkin hanya layak minum air sungai Kelang sahaja. Itu pun di akhirat nanti dia akan ditanya tentang nikmat air sungai Kelang itu. Robert Kuok tidak layak makan stik atau bubur nasi Beijing yang mahal itu. Dia mungkin hanya layak makan hampas-hampas tebu atau gula pasir sahaja untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.



Malah tauke-tauke yang suka menipu dan ahli korporat yang makan rasuah itu pun tidak layak hidup kaya-raya.Jika rezeki diberi mengikut Hukum Ekonomi Adam Smith maka tauke-tauke dan ahli korporat tadi layak untuk tidur di bawah jambatan.Ini kerana cara penipuan dan pembohongan tidak mematuhi hukum etika dan moral kemanusiaan yang sihat.Ini adalah hukum Machievelli matlamat menghalalkan cara.Ini juga tidak termasuk dalam sistem kuota yang mengikut kehendak Allah. Hanya orang-orang Islam yang beriman sahaja layak makan rezeki Allah. Hanya orang soleh,ustaz,mufti,kaki surau dan masjid sahaja layak kaya-raya berdasarkan iman dan amal mereka. Siapa menentang hukum Allah,dia layak tinggal di kaki-kaki lima mengharap sesuap nasi. Siapa yang tidak suka Hukum Hudud yang dicipta Allah dan suka pula kepada Hukum Penjajah Common Law,maka tenggoroknya tidak layak mengecapi rezeki Allah jika sistem kuota dipakai. Siapa yang memperlekehkan azan dan Nama-Nya,maka dunia ini akan dijadikan neraka fasa pertama baginya;hidup susah sesusah-susahnya. Rezeki liat nak sampai ke mulutnya.Air pun segan nak menyentuh tubuhnya.Cahaya matahari,lampu pendaflour,lampu neon,lampu disko atau cahaya kelip-kelip sekalipun malu nak menyinari tubuhnya sebab Allah pakai sistem kuota dalam memberi rezeki kepada makhluk-Nya.

TETAPI HAKIKATNYA TIDAK BEGITU.ALLAH BERI REZEKI ATAS SEBAB SIFAT PEMURAH DAN PENYAYANGNYA.SIFAT PENYAYANG ALLAH MELEBIHI KEMURKAANNYA.


Allah tidak beri rezeki atas sistem kuota.Para Kaisar dan Kisra hidup mewah tetapi nabi-nabi majoritinya hidup miskin atau sederhana.Jika semua nabi-nabi hidup mewah seperti raja-raja Rom dan Parsi,nanti manusia akan ikut nabi-nabi bukan kerana KEBENARAN ALLAH TETAPI KERANA SEBAB REZEKI YANG DIMILIKI NABI-NABI ITU.

Sebab itu Robert Kuok dan Ananda Krishnan mampu menikmati rezeki Allah.Itu sebab Bill Gates mampu menjana pendapatan 300 juta sebulan.Sebab apa?

SEBAB KASIH SAYANG ALLAH.

Jika seluruh air di alam semesta ini malah seluruh hidrogen dan oksigen yang ada disenyawakan untuk dijadikan dakwat bagi menuliskan nikmat Allah itu kepada seorang manusia,maka tiadalah cukup air-air itu untuk menuliskan nikmat Allah itu.Jika seluruh plastik dan logam malah kayu-kayu di dunia ini dikumpulkan untuk dijadikan pena untuk menuliskan nikmat Allah itu maka sesungguhnya amat jauh lagi dari cukup untuk menghuraikan seluruh nikmat Allah itu.Jika seluruh makhluk dikumpulkan sebahagian menuliskan dengan pena dan sebahagian menaipkan menggunakan mesin taip dan komputer akan semua nikmat Allah,maka tiadalah cukup bilangan mereka dan mereka akan mati sebelum sempat menghabiskan walau suku dari sezarah nikmat Allah itu.


Siapakah yang mampu menilaikan betapa bernilai rezeki yang dikurniakan Allah dari sejak bayi sehingga dewasa? Nilai rezeki Allah itu hanya mampu dinilai ketika dirinya ditahan dari menerima rezeki itu. Donald Trump akan terasa betapa bernilainya sekeping pizza jika dia jatuh miskin dan kebuluran. Ariel Sharon hanya dapat merasakan betapa bernilainya setitis air dan menghargai kehidupan apabila ditimpa koma berbulan-bulan. Ada orang bersungut apabila penghawa dinginnya tidak berfungsi 10 minit. Ada orang memaki hamun apabila 'black out' sejam,padahal berapa lama rumahnya disinari cahaya berbanding bergelap?


Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,


Allah Azza Wa Jalla beri rezeki kepada orang beriman,Allah juga beri rezeki kepada orang kafir.Allah beri rezeki kepada Dr. Maza. Allah beri rezeki juga kepada Rasul Kahar. Allah beri rezeki kepada Datuk Harussani,mufti Perak. Allah beri rezeki juga kepada Ayah Pin yang air basuh kakinya diminum oleh pemuja berhala di Batu Caves. Allah beri rezeki kepada Najib Tun Razak. Allah beri rezeki kepada Anwar Ibrahim. Allah beri rezeki juga kepada Lim Guan Eng. Allah beri rezeki juga kepada Nik Aziz. Allah beri rezeki juga walaupun ada di antara mereka yang berdolak-dalik nak menjalankan Hukum-Nya. Allah beri rezeki juga walau ada di antara mereka yang menggunakan agama untuk cita-cita politik. Allah s.w.t tidak kisah semua itu. SEBAB BUKAN MEREKA YANG BERI REZEKI KEPADA ALLAH BAHKAN ALLAH YANG BERI REZEKI KEPADA MEREKA. Segala tindak tanduk dan pilihan manusia di muka bumi tidak mempengaruhi langsung kekuasaan Allah memberi rezeki.

Adakah kerana seorang gadis Melayu murtad mengikut seorang pemuda yang dicintainya akan menurunkan walau satu paras martabat Allah itu? Adakah kerana seorang gadis di Sweeden yang memeluk Islam kerana mendapat hidayah Allah akan menaikkan walau satu paras martabat Allah? TIDAK...TIDAK DAN TIDAK.

SEMUA ITU TIDAK ADA KESAN LANGSUNG KEPADA KEKUASAAN ALLAH YANG BERKUASA MEMBERI REZEKI KEPADA MANUSIA.

Sama ada manusia mahu beriman atau kafir,itu TIDAK MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT SEDIKIT PUN KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA.

Jadi ya maulana-maulana sekalian apa sebab Allah beri rezeki kepada kita? Apa sebab Allah beri cahaya matahari kepada kita? Apa sebab Allah beri kita bernafas secara percuma ini? Adakah setiap kali kita bernafas ini kita kena tol RM0.20 sen sekali sedut? Rumah yang kita duduk ini,anak-anak kita,isteri kita...siapa yang beri nikmat ini ya maulana-maulana sekalian?


Rezeki yang tuan makan tadi sampai meleleh air liur,siapa yang beri? Roti canai,nasi lemak dan telur separuh masak buat sarapan pagi tadi siapa bagi? Nasi goreng dan air teh siapa yang kurniakan? Nasi kandar mamak dan segelas milo ais makan tengahari siapa bagi? Nasi campur dan teh ais siapa kurniakan? Kenapa Ah Hong dapat makan mi sup dan bubur nasi serta sayuran? Mengapa Muthusamy dapat makan nasi dengan kari dal? Siapa beri rezeki kepada mereka? Patung Buddha? Patung Murugan? Malah Buddha dan Murugan itu sendiri diberi rezeki oleh Allah jika mereka mengetahui. Malah Buddha itu sendiri merintih lapar meminta dihapuskan kesakitannya ketika di bawah Pokok Bo. Siapa yang hapuskan rasa lapar Buddha? Padahal kononnya Buddha itu Tuhan? Siapa yang 'Jesus' panggil ketika kesakitan di tiang salib? Kenapa tidak turun sahaja dari tiang salib jika dia TUhan?



Kenapa Allah beri juga orang kafir ini hidup senang lenang walau menyembah batu dan kayu? Mengapa Allah sampaikan rezeki ke mulut-mulut mereka walau mereka tidak menyembah-Nya? Mengapa Allah beri juga pembuat filem Fitna makan dan minum setiap hari walau dia kata Allah ni Tuhan pengganas? Kenapa Allah beri juga? Kenapa dan mengapa wahai maulana-maulana?

Tanya diri kenapa Allah beri juga kita makan nasi walau kita buat maksiat,kita tinggalkan sembahyang,kita lawan mak bapak.Allah beri kita masuk universiti,Allah beri kita pekerjaan,Allah majukan perniagaan kita tapi tanya diri, ADAKAH AKU TELAH BERSYUKUR KEPADA NIKMATNYA?

Adakah aku telah bersyukur dengan nikmat rezeki Allah? Rezeki melihat,rezeki mendengar,rezeki menghidu,rezeki makan,rezeki merasa,rezeki menyentuh...rezeki...rezeki...dan rezeki...

Jangan tanya apa yang Allah beri kepada kita,tetapi tanya apa kebaktian yang kita persembahkan kepada Allah.

Allah tidak beri rezeki untuk kita bayar balik rezeki tadi. Allah Maha Kaya dan tidak berkehendak kepada rezeki.Manusialah yang berkehendak kepada rezeki. Allah jadikan kita untuk beribadah kepada-Nya bukan semata-mata mencari rezeki sahaja. MENCARI REZEKI HANYALAH KEPERLUAN MANUSIA BUKAN MATLAMAT HIDUP MANUSIA.

MATLAMAT HIDUP MANUSIA IALAH BERIBADAH KEPADA ALLAH.


"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)



Kerana itu ya tuan-tuan...hanya satu sebab mengapa Allah beri semua ini kepada kita.TIDAK KIRA YANG ISLAM MAHUPUN YANG KAFIR.

Sebab ini tuan,dan jika kita faham sebab ini...kita akan faham rahsia Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Dengan sebab ini Allah beri orang Islam makan rezeki Dia. Dengan sebab ini Allah beri orang kafir makan rezeki Dia.

Sebab apa ya tuan-tuan?







SEBAB KASIH SAYANG-NYA.

02 January 2011

Flash- Belajar Tajwid

Semoga Allah memberkati pereka software ini.

Usaha untuk mempelajari tajwid menjadi mudah melalui software (flash) ini. Hampir semua hukum tajwid (Wakaf, Izhar, Idgham, Iklaab, Ikhfak, dll) dibuat secara interaktif bersama penjelasan (teks) dan contoh bacaan (audio).

Saya sama sekali terkejut dengan kelengkapan kandungan software ini miskipun file ini bersaiz kecil (3 MB).

Semoga kita sama2 memperolehi manfaat dan diberkati Allah.

Download link : http://www.ziddu.com/download/5556950/TAJWID.zip.html

E Book-Syaamil Al Quran (AlQuran Perkata)

Bismillahirahmanirahim, Segala Puji bagi Mu Ya Allah Tuhan Yang Memiliki Ketinggian dan Kekuasaan.

Telah pun datang banyak kebaikan kepada kita untuk umat Nabi Muhammad SAW pada zaman ini. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang Mulia.

Allah telah pun menciptakan segala ruang dan menggerakkan hati dan fikiran manusia sehingga terciptanya pelbagai kemudahan untuk kita mendapatkan ilmu – internet, ahli tafsir, pencipta software, para da’i dsb.

Semoga ALLAH memberikan kita berkat dan ikhlas dalam menuntut ilmu. Amin

Pengenalan– Syaamil Al Quran adalan Al Quran yang disertakan terjemahan (lengkap lagi sahih) pada setiap perkatan (per kata) dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia/ Malaysia. Disertakan dengan terjemahan lengkap seluruh ayat di tepi halaman muka surat. Ia menolong kita mengenal makna setiap perkataan Al Quran dan membantu dalam pemahaman dan hafalan kita. Selain membantu kita mempelajari bahasa Arab. InsyaAllah.

Semoga kita sama2 memanfaatkan dan menyebarkan kepada saudara dan sahabat.

Nota: E-Kitab ini dalam format .djvu (deja vu). Ia adalah antara format rasmi untuk E-Book yang memelihara dengan baik quality kandungan (text & images) dan dipadatkan gambar belakang (background image) untuk menghasilkan file yang kecil. Lihat http://djvu.org/resources/whatisdjvu.php .Untuk membuka E-Kitab ini di PC anda, harus mendownload link Free Dejavu Reader di atas.
Untuk membeli senaskah Syamil Al Quran, boleh di dapati dari para penjual Kitab secara online, google – http://www.google.co.uk/#sclient=psy&hl=en&q=beli+syamil+al+quran. Dan juga di sini http://shoutussunnah.com/

Syamil Al Quran

Contoh Surah Al Fatihah Per Kata

Contoh Surah Al Baqarah Per Kata

01 January 2011

Waktu Solat 2011 untuk HP

Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim.

Semoga pengusaha2 Waktu Solat 2011 (My Solat 2011) mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT. Ia adalah lanjutan dari Wakt Solat 2010. Semoga bermanfaat dan sebarkan untuk manfaat bersama.

Credit to:- Mohamad Asrul Mustafar, Tg Afrizal Tg Ali, Mohd Azwan Abbas. Universiti Teknologi MARA Perlis

Waktu Solat Malaysia 2010, diusahakan oleh pensyarah2 UiTM Arau, Perlis dan diedar secara percuma. Waktu solat mengikut panduan JAKIM.

Saya sendiri telah menggunakan versi nya sejak tahun 2009, dan setiap awal tahun akan tercari2 adakah pengusaha2 akan mengeluarkan versi 2010 dan 2011. Alhamdulillah, semoga Allah membalas jasa2 mereka.

Download Link (2011): http://www.4shared.com/file/WwySRBn0/WaktuSolat_MySolat2011.html

05 December 2010

Jantung

Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.
Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.


Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
HARGAILAH JANTUNG ANDA.....