15 August 2010

Kesan Dari Berpuasa Di Siang Hari Dan Beramal Di Malam Hari

Dipetik dari http://hambalialorstari.blogspot.com



Hadis Nabi saw: Dari Abu Hurairah ra berkata telah bersabda Rasulullah saw, " Barang siapa berpuasa Ramadhon dan berdiri pada malannya dengan penuh iman dan ihtisab akan diampunkan oleh Allah swt segala dosa-dosanya yang lepas." ( Riwayat Bukhari / Muslim)

Diceritakan bahawa tiga bersaudara dari negeri Syam ikut berperang bersama tentera muslimin di dalam satu jihad menentangi tentera Rom. Nasib tidak menyebelahi mereka, ketiga-tiga saudara berkenaan di tawan oleh pasukan musoh lalu dibawa sebagai tawanan perang mengadap Raja Rom ketika itu. Raja Rom meminta mereka murtad dan memeluk agama Kristian dengan ditawarkan dengan jawatan tertinggi serta berkahwin dengan putri baginda. Tawaran Raja Rom berkenaan mereka tolak dengan mentah-mentah.

Di atas penolakkan tawaran berkenaan, Raja menjadi murka lalu memerintahkan agar api dinyalakan serta 3 kawah besar berisi minyak yang dipanaskan. Minyak yang dipanaskan itu dibiarkan mendidih selama tiga hari dan dalam waktu yang sama ketiga-tiga mereka masih lagi ditawarkan dengantawaran berkenaan selama beberpa hari. Namun iman mereka begitu kukuh serta ketiga-tiga mereka menolak tawaran berkenaan. Raja bergitu murka lalu memerintahkan sudara tertua mereka dicampakkan ke dalam minyak panas berkenaan. Hancur luluh badannya dan ianya gugur syahid di Jalan Allah. Kemudian diikuti pula dengan saudara yang kedua. Badannya juga hancur di dlam minyak panas berkenaan serta juga gugur syahid di Jalan Allah.

Ketika sampai pada giliran yang termuda, dia dirayu-rayu agar meninggalkan agama Islam. Apabila dia menolak untuk berbuat demikian, Raja memerintahkan agar dia juga ditolak kedalam minyak yang panas berkenaan. Ketika itu salah seorang pegawai istana berkata, “ Tuanku, patik meminta pemuda ini diserahkan kepada patik agar patik perintahkan putri patik merayu agar beliau meninggalkan agamanya. Semua rakyat di negeri ini mengetahui bahawa putri patik adalah wanita tercantik di negeri ini. Patik juga memahami bahawa bangsa Arab mudah tergoda dengan wanita cantik. Raja bersetuju dengan cadangan pegawainya dan pemuda itu diserahkan kepadanya dengan diberi masa selama 40 hari.

Ketika pemuda itu berada di rumah pengawai istana berkenaan, beliau di tempatkan didalam satu bilik bersama putri pegawai istana berkanaan. Namun selama berada di rumah pegawai istana berkenaan, pemuda berkenaan sentiasa berpuasa di siang hari, manakala di malam hari beliau bangun menghabiskan masa bertahajud dan bermunajat kepada Allah swt. Kesan dari amalan puasa di siang hari dan bertahajud di malam hari, godaan putri pegawai istana berkenaan tidak menggugat iman pemuda berkenaan.

Apabila hampir habis tempoh waktu yang telah diberikan, putri berkenaan masih gagal menggoda pemuda Islam tersebut. Pegawai istana berkenaan bertanya kepada putrinya dengankatanya, “ Mengapa kamu masih gagal menggubah agama pemuda Islam tersebut?”. Jawab putrinya memberi alasan, “ Mungkin pemuda Islam berkenaan terkenang-kenang tentang kematian kedua saudaranya. Alangkah baiknya jika ayah meminta kepada raja agar memberi tempoh masa tambahan. Dalam masa tersebut letakkan kami di satu bilik di tempat yang jauh dari sini. Di sana anakanda akan cuba menggodanya untuk kali yang terakhir.”

Pemintaan putri pegawai istana itu dikabulkan dan kedua-dua mereka di tempatkan di satu tempat yang jauh dari istana di satu tempat yang terpecil. Namun pemuda berkenaan terus berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam. Namun putri berkenaan gagal menggoda beliau. Di saat hampir habis tempoh tambahan waktu, bukan pumuda Islam yang tergoda dengan putri berkenaan, sebaliknya putri berkenaan pula yang terkesan dengan ibadat puasa dan amalan bungun malam pemuda Islam berkenaan.
Akhir sekali putri jelita itu mengakui bahawa beliau begitu kagum dengan amalan kesolehan pemuda Islam berkenaan dan kejituan iman yang ada pada pemuda tersebut . Di akhirnya beliau ingin memluk agama Islam. Bila didengari oleh pemuda Islam tersebut, maka beliau meminta agar putri berkenaan berusaha agar mereka boleh melarikan diri dari negeri berkenaan ke negeri Syam.

Kedua-dua mereka berjaya melarikan diri dan putri itu pun memeluk Islam serta berkahwin dengan pemuda Islam berkenaan. Pada malam perkahwinan mereka berdua, pemuda berkenaan bermimpi kedua-dua saudara lelaki beliau yang gugur syahid datang menziarahi perkahwinan beliau. Beliau bertanya kepada mereka bagaimana mereka rasai ketika disiksa oleh Raja Rom berkenaan. Mereka menjawab bahawa ianya hanya sebentar sahaja dan mereka mendapat nikmat yang besar dari Allah swt.

(Disusun semula dari kitab “IrsyadulIbad” : Ibnu al-Jauzi melalui galur Abu Ali Al-Barbari)