Dipetik dari Blog Feed Your Soul.
Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,Rezeki datang dari
Allah Yang Maha Pemurah.
Allah lah punca segala
rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi
rezeki kecuali
Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai
rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika
Allah telah mengizinkan seseorang mendapat
rezeki,maka
rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk
alam semesta.Jika
Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat
rezeki,maka tiadalah
rezeki baginya walau seluruh
malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh
alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan
rezeki itu ke mulut orang itu.
Rezeki adalah asbab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.
Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita. Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi berdasarkan gaya hidup kini,adalah
peti sejuk, komputer, penghawa dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.
Ini juga
rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam
LRT.Jika tempat kerja anda jauh dari laluan
LRT atau
pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan sendiri,sekurang-kurangnya
motosikal.
Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh
Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama 'menumpang' rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yang
buang anak.Maknanya dia juga telah buang
rezeki yang dikurniakan oleh
Allah bersama-sama
rezeki yang mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakal
peguam,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?
Setiap orang berlainan tahap rezekinya.Seorang pemuda
zaman batu telah mendapat seekor
biawak pasir untuk hidangan makan malam keluarganya,manakala kawannya hanya mampu mendapat dua ekor
ular kapak sahaja.Ada orang pada zaman
Tamadun Sumeria hanya menaiki keldai sahaja,tetapi jirannya mampu menaiki kotak kayu yang dibubuh roda dan ditarik dengan keldai.
Maharaja China mampu memakan sup daging angsa manakala petani miskin di
Xian hanya mampu memakan
belalang goreng sahaja.Seorang
pekerja tol mampu menikmati
nasi kandar ayam madu manakala seorang
ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu
Proton Saga BLM manakala ada orang memandu
Maserati Merak SS.
Ada orang yang mendapat awek secantik
Diana Danielle manakala ada yang mendapat gadis secomel
Enot. Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk
siput babi kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang
peguam yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.
Robert Kuok dikurniakan harta RM42.7 bilion manakala
Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan aset bernilai RM6.01 bilion.Seorang
mat rempit yang berkerja sebagai
'despatch' di bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar
'Nan Sempit' manakala rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang
pelajar universiti hanya mampu makan megi kari sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran
McDonalds mampu memakan
burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!
Fikirkan apa yang akan
Obama Tuan Presiden Amerika makan malam ini.Fikirkan apa yang saya dan anda akan makan malam ini.Semasa memikirkan apa yang anda makan malam ini,fikir...apa yang dimakan oleh kanak-kanak yang menjadi
yatim piatu di
Palestin makan malam ini.
Nilai
rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh
Allah berbanding seorang fakir miskin?
Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang
Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium
syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak
Palestin?
Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang
ustaz sekolah pondok?
Tidak sama sekali.Jumlah harta atau
rezeki yang diberi oleh
Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya.
Rezeki adalah urusan
Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar
Allah memberi
rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan
rezeki untuk dirinya.Seorang
ustaz yang
alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya yang membukit,dia berhak lebih kaya dari
Ananda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.
Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan
Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana
Allah memberi
rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut
protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi
Allah untuk memberi
rezeki kepada hamba-hamba-Nya.
ALLAH MEMBERI REZEKI DI ATAS SIFAT KASIH SAYANGNYA,SIFAT AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM.Istimewanya,kita boleh
berdoa meminta rezeki dari Allah,meminta melapangkan
rezeki,meluaskan
rezeki atau tambah
rezeki.Dan
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah dirinya.
Jika
Allah memberi
rezeki atas
sistem merit,maka makin banyaklah orang miskin dalam dunia.Siapa yang berusaha gigih hanya berjaya.Siapa yang pandai hidup walau pun menipu dan
makan rasuah,mereka inilah yang hidup bahagia di dunia.Siapa pandai main duit,dia lah kaya.Siapa yang tidak di
universiti,gelaplah masa depannya.Tetapi hukum kehidupan tidak begitu
.HIDUP INI BAGAI PUSINGAN RODA.Jika hari ini dia kaya,tidak semestinya dia akan kaya seumur hidup.Bila-bila masa
Allah boleh tarik kekayaan darinya.Dulu
Rashid Hussein (RHB) tersenarai dalam barisan orang terkaya di
Malaysia misalnya,hari ini di manakah beliau? Dahulu
Syed Mokhtar Al-Bukhari pernah menjual barangan di tepi-tepi jalan ketika kecil namun di manakah beliau hari ini?
Donald Trump pernah menjual air tin dan akhbar dari rumah ke rumah ketika remaja namun siapakah beliau hari ini? Tetapi ada orang di
stesen bas Medan Kidd,Ipoh atau di
Puduraya yang telah mengumpul tin-tin kosong dan kotak-kotak untuk dijual selama bertahun-tahun tetapi masih juga tidak kaya!
Siti Nurhaliza tidak pernah ke
universiti.
SPM dia hanya pangkat dua.
Bahasa Inggerisnya berterabur
.'Freshie' Universiti Malaya yang baru masuk kampus tahun ini lebih fasih
berbahasa Inggeris dari
Siti Nurhaliza.Tetapi kereta
Siti berderet-deret. Siti tinggal di
rumah banglo.Apartment,rumah atas bukit,rumah ala resort dan sebagainya pun ada jika rumah banglonya terbakar.
Siti tidak kisah. Duitnya beribu,berjuta-juta.
Siti bersuamikan
Datuk K.
Siti tidak perlu jadi perempuan pisau cukur seperti dalam
filem Pisau Cukur lakonan Maya Karin dan Fazura untuk memikat
Datuk K. Tidak perlu. Namun adakah sebab
Siti hanya
SPM pangkat dua dan tidak mahir
berbahasa Inggeris,dia tak layak untuk kaya? Tidak bukan? Jadi siapa yang beri rezeki kepadanya? Universiti? SEkolah? Muzik? SPM? Diploma? Ijazah? Peminat? Datuk K?
ALLAH LAH YANG BERI REZEKI KEPADA SITI NURHALIZA.
JIka
rezeki Allah diberi berdasarkan
sistem kuota maka banyaklah orang miskin hari ini.
Orang-orang kafir akan jatuh miskin kerana tidak beriman.Malah mentari pun tidak mahu menyinari kehidupan
non-muslim ini. Mereka hidup hanya untuk merasa
seksaan Allah dan kemudian mati begitu sahaja.
Donald Trump tidak layak jadi kaya. Dia mungkin hanya layak minum
air sungai Kelang sahaja. Itu pun di akhirat nanti dia akan ditanya tentang
nikmat air sungai Kelang itu.
Robert Kuok tidak layak makan stik atau bubur nasi Beijing yang mahal itu. Dia mungkin hanya layak makan hampas-hampas tebu atau gula pasir sahaja untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.
Malah tauke-tauke yang suka menipu dan
ahli korporat yang makan rasuah itu pun tidak layak hidup kaya-raya.Jika
rezeki diberi mengikut
Hukum Ekonomi Adam Smith maka tauke-tauke dan
ahli korporat tadi layak untuk tidur di bawah jambatan.Ini kerana cara penipuan dan pembohongan tidak mematuhi hukum etika dan moral kemanusiaan yang sihat.Ini adalah hukum
Machievelli matlamat menghalalkan cara.Ini juga tidak termasuk dalam
sistem kuota yang mengikut kehendak
Allah. Hanya orang-orang
Islam yang beriman sahaja layak makan rezeki
Allah. Hanya orang soleh,ustaz,mufti,kaki surau dan masjid sahaja layak kaya-raya berdasarkan iman dan amal mereka. Siapa menentang
hukum Allah,dia layak tinggal di kaki-kaki lima mengharap sesuap nasi. Siapa yang tidak suka
Hukum Hudud yang dicipta
Allah dan suka pula kepada
Hukum Penjajah Common Law,maka tenggoroknya tidak layak mengecapi
rezeki Allah jika
sistem kuota dipakai. Siapa yang
memperlekehkan azan dan Nama-Nya,maka dunia ini akan dijadikan neraka fasa pertama baginya;hidup susah sesusah-susahnya.
Rezeki liat nak sampai ke mulutnya.Air pun segan nak menyentuh tubuhnya.Cahaya matahari,lampu pendaflour,lampu neon,lampu disko atau cahaya kelip-kelip sekalipun malu nak menyinari tubuhnya sebab
Allah pakai
sistem kuota dalam memberi rezeki kepada makhluk-Nya.
TETAPI HAKIKATNYA TIDAK BEGITU.ALLAH BERI REZEKI ATAS SEBAB SIFAT PEMURAH DAN PENYAYANGNYA.SIFAT PENYAYANG ALLAH MELEBIHI KEMURKAANNYA.Allah tidak beri rezeki atas
sistem kuota.Para
Kaisar dan Kisra hidup mewah tetapi
nabi-nabi majoritinya hidup miskin atau sederhana.Jika semua nabi-nabi hidup mewah seperti
raja-raja Rom dan Parsi,nanti manusia akan ikut
nabi-nabi bukan kerana
KEBENARAN ALLAH TETAPI KERANA SEBAB REZEKI YANG DIMILIKI NABI-NABI ITU.Sebab itu
Robert Kuok dan
Ananda Krishnan mampu menikmati rezeki
Allah.Itu sebab
Bill Gates mampu menjana pendapatan 300 juta sebulan.Sebab apa?
SEBAB KASIH SAYANG ALLAH.
Jika seluruh air di
alam semesta ini malah seluruh
hidrogen dan
oksigen yang ada disenyawakan untuk dijadikan dakwat bagi menuliskan
nikmat Allah itu kepada seorang manusia,maka tiadalah cukup air-air itu untuk menuliskan
nikmat Allah itu.Jika seluruh plastik dan logam malah kayu-kayu di dunia ini dikumpulkan untuk dijadikan pena untuk menuliskan
nikmat Allah itu maka sesungguhnya amat jauh lagi dari cukup untuk menghuraikan seluruh
nikmat Allah itu.Jika seluruh makhluk dikumpulkan sebahagian menuliskan dengan pena dan sebahagian menaipkan menggunakan
mesin taip dan komputer akan semua
nikmat Allah,maka tiadalah cukup bilangan mereka dan mereka akan mati sebelum sempat menghabiskan walau suku dari sezarah
nikmat Allah itu.
Siapakah yang mampu menilaikan betapa bernilai
rezeki yang dikurniakan
Allah dari sejak bayi sehingga dewasa? Nilai
rezeki Allah itu hanya mampu dinilai ketika dirinya ditahan dari menerima rezeki itu.
Donald Trump akan terasa betapa bernilainya sekeping
pizza jika dia jatuh miskin dan kebuluran.
Ariel Sharon hanya dapat merasakan betapa bernilainya setitis air dan menghargai kehidupan apabila ditimpa koma berbulan-bulan. Ada orang bersungut apabila penghawa dinginnya tidak berfungsi 10 minit. Ada orang memaki hamun apabila 'black out' sejam,padahal berapa lama rumahnya disinari cahaya berbanding bergelap?
Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,
Allah Azza Wa Jalla beri rezeki kepada orang beriman,
Allah juga beri rezeki kepada orang kafir.
Allah beri rezeki kepada
Dr. Maza.
Allah beri rezeki juga kepada
Rasul Kahar.
Allah beri rezeki kepada
Datuk Harussani,mufti Perak.
Allah beri rezeki juga kepada
Ayah Pin yang air basuh kakinya diminum oleh pemuja berhala di
Batu Caves.
Allah beri rezeki kepada
Najib Tun Razak.
Allah beri rezeki kepada
Anwar Ibrahim.
Allah beri rezeki juga kepada
Lim Guan Eng.
Allah beri rezeki juga kepada
Nik Aziz.
Allah beri rezeki juga walaupun ada di antara mereka yang berdolak-dalik nak menjalankan Hukum-Nya.
Allah beri rezeki juga walau ada di antara mereka yang menggunakan agama untuk
cita-cita politik.
Allah s.w.t tidak kisah semua itu.
SEBAB BUKAN MEREKA YANG BERI REZEKI KEPADA ALLAH BAHKAN ALLAH YANG BERI REZEKI KEPADA MEREKA. Segala tindak tanduk dan pilihan manusia di muka bumi tidak mempengaruhi langsung
kekuasaan Allah memberi rezeki.
Adakah kerana seorang
gadis Melayu murtad mengikut seorang pemuda yang dicintainya akan menurunkan walau satu paras martabat
Allah itu? Adakah kerana seorang gadis di
Sweeden yang memeluk
Islam kerana mendapat
hidayah Allah akan menaikkan walau satu paras martabat
Allah?
TIDAK...TIDAK DAN TIDAK.SEMUA ITU TIDAK ADA KESAN LANGSUNG KEPADA KEKUASAAN ALLAH YANG BERKUASA MEMBERI REZEKI KEPADA MANUSIA.Sama ada manusia mahu beriman atau kafir,itu TIDAK MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT SEDIKIT PUN KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA.Jadi ya maulana-maulana sekalian apa sebab
Allah beri rezeki kepada kita? Apa sebab
Allah beri cahaya matahari kepada kita? Apa sebab
Allah beri kita bernafas secara percuma ini? Adakah setiap kali kita bernafas ini kita kena tol RM0.20 sen sekali sedut? Rumah yang kita duduk ini,anak-anak kita,isteri kita...siapa yang beri nikmat ini ya maulana-maulana sekalian?
Rezeki yang tuan makan tadi sampai meleleh air liur,siapa yang beri?
Roti canai,nasi lemak dan
telur separuh masak buat sarapan pagi tadi siapa bagi?
Nasi goreng dan air teh siapa yang kurniakan?
Nasi kandar mamak dan segelas milo ais makan tengahari siapa bagi?
Nasi campur dan teh ais siapa kurniakan? Kenapa Ah Hong dapat makan mi sup dan bubur nasi serta sayuran? Mengapa Muthusamy dapat makan nasi dengan kari dal? Siapa beri
rezeki kepada mereka?
Patung Buddha?
Patung Murugan? Malah
Buddha dan Murugan itu sendiri diberi rezeki oleh
Allah jika mereka mengetahui. Malah
Buddha itu sendiri merintih lapar meminta dihapuskan kesakitannya ketika di bawah Pokok Bo. Siapa yang hapuskan rasa lapar
Buddha? Padahal kononnya
Buddha itu Tuhan? Siapa yang
'Jesus' panggil ketika kesakitan di
tiang salib? Kenapa tidak turun sahaja dari
tiang salib jika dia TUhan?
Kenapa
Allah beri juga orang kafir ini hidup senang lenang walau menyembah batu dan kayu? Mengapa
Allah sampaikan rezeki ke mulut-mulut mereka walau mereka tidak menyembah-Nya? Mengapa
Allah beri juga pembuat
filem Fitna makan dan minum setiap hari walau dia kata
Allah ni Tuhan pengganas? Kenapa
Allah beri juga? Kenapa dan mengapa wahai maulana-maulana?
Tanya diri kenapa
Allah beri juga kita makan nasi walau kita buat maksiat,kita tinggalkan sembahyang,kita lawan mak bapak.
Allah beri kita masuk
universiti,
Allah beri kita pekerjaan,
Allah majukan perniagaan kita tapi tanya diri,
ADAKAH AKU TELAH BERSYUKUR KEPADA NIKMATNYA?Adakah aku telah bersyukur dengan
nikmat rezeki Allah? Rezeki melihat,rezeki mendengar,rezeki menghidu,rezeki makan,rezeki merasa,rezeki menyentuh...rezeki...rezeki...dan rezeki...
Jangan tanya apa yang
Allah beri kepada kita,tetapi tanya apa kebaktian yang kita persembahkan kepada
Allah.
Allah tidak beri rezeki untuk kita bayar balik rezeki tadi.
Allah Maha Kaya dan tidak berkehendak kepada rezeki.Manusialah yang berkehendak kepada rezeki.
Allah jadikan kita untuk beribadah kepada-Nya bukan semata-mata mencari rezeki sahaja.
MENCARI REZEKI HANYALAH KEPERLUAN MANUSIA BUKAN MATLAMAT HIDUP MANUSIA.MATLAMAT HIDUP MANUSIA IALAH BERIBADAH KEPADA ALLAH.
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)Kerana itu ya tuan-tuan...hanya satu sebab mengapa
Allah beri semua ini kepada kita.
TIDAK KIRA YANG ISLAM MAHUPUN YANG KAFIR.Sebab ini tuan,dan jika kita faham sebab ini...kita akan faham rahsia
Ar-Rahman dan
Ar-Rahim.
Dengan sebab ini
Allah beri orang
Islam makan rezeki Dia. Dengan sebab ini
Allah beri orang kafir makan rezeki Dia.
Sebab apa ya tuan-tuan?
SEBAB KASIH SAYANG-NYA.