Pagi ni, orang rumah dan muhammad ada program merentas desa. Bcop yang bangun awal merengek hendak jalan-jalan cari makan. Plan awal nak hantar atok balik kampung di Kulai, dah hampir dua bulan atok disini, selepas sarapan soto di taman rinting dan bincang dengan atok, atok setuju untuk stay lagi seminggu.
Aku memang tak sampai hati untuk biarkan abah duduk keseorangan di kampung. Sebelum ni pun kalau balik cuma 3 atau 4 jam saja, untuk hilangkan rindu di kampung lepas tu balik semula rumah aku. Tapi kali ini abah plan nak gi KL rumah anak2 yg lain. Tu yang dia nak balik seminggu dua sebelum ke KL.
So selepas sarapan, aman dan Djah kata... jom gi zoo ayah... minggu lepas tak puas la...
Minggu lepas aku satu family gi zoo johor untuk pertama kali dalam sejarah aku... kalau zoo melaka dah berkali2 tapi di sini tak pernah, tak tau kenapa. Mungkin kurang publisiti kot zoo johor ni.
Minggu lepas dia org tak puas cos sendal Djah putus selepas beberapa minit masuk, so kami terpaksa balik awal....
Masuk Tiket pun bukan mahal. Dewasa RM3, kanak RM 2 je....
So kalau nak masuk bagus belah pagi, kerana... masa ni la waktu untuk haiwan2 tu makan...
Masa ni la dapat tengok mereka aktif....
4 comments:
salam ustaz
aku pun tak pernah sampai....banyak ke haiwan dan unggasnya...
Salam Chief...
Alhamdulillah... banyak juga haiwan dan unggasnya, ok gak pergi situ, belah pagi... masa tu semua haiwan dan unggas aktif... jam 10 sampai 12 th time makan tenggahari... terliur kita tengok dia makan....
Nak memancing ikan keli pun ada, teringat zaman budak2 dulu... Bayar seinggit je.
Nak solat zohor pun dekat depan je Masjid Sultan abu bakar...
Salam
Gambarnya cantik2
Boleh bikin poskad
Especially iguana kat pokok tu..
Ustaz
Nak tahu? Zoo Johor ni mmg tempat favorite sebab tiket jauh lebih murah dari petting zoo kat danga bay.
Lagipun kat dalam ni dah banyak improved. Ada sekali tu tahun lepas dang dan keluarga lalu kat satu kurungan ni, kami nampak 2 ekor ayam..biasa! Bukannya ayam hutan atau ayam serama ke.. anak-anak pun tegur..aikk ayam biasa pun nak letak kat zoo? Rupa-rupanya kat belakang sana berlingkar sang sawa kekenyangan, agaknya baru selesai menyantap. Gamaknya ayam-ayam tu untuk habuan sang ular..ular pun nak yang segar-segar!
Mujurlah dang bukan ayam!
Post a Comment