16 July 2011

Doa Anas Bin Malik ra

Doa ini dibaca oleh Anas bin Malik ra, seorang sahabat Nabi SAW yang telah berkhidmat selama sepuluh tahun bersama sama Nabi SAW ketika berhadapan seorang penguasa yang zalim - Hajjaj as-Saqafi. Anas bin Malik r.a dihukum pancung kerana menegur dan bercakap kurang ajar pada tanggapan Hajjaj. Akan tetapi hasrat itu terbantut kerana Hajjaj melihat 2 ekor singa mendampingi Anas. Hajjaj minta ajar doa tersebut tapi Anas tidak mahu mengajarnya melainkan setelah Hajjaj mati.

Hadith dari doa ini diriwayatkan oleh para ulama sebagai dhaif. Namun kita boleh beramal dengannya sebagai fadhilat amal. Hadith Dhaif boleh kita amalkan hanya dalam beramal saja seperti doa-doa, dalam bab akidah kita tidak boleh berhujjah dengannya.

Ada setengah orang kata, “Doa amalan Hadith Sahih banyak lagi buat apa nak amal Hadith Dhaif?”

Jawab dia, “Kau nak amal Hadith Sahih amallah, jangan sibuk nak persoal, ulama kata boleh. Jadi sudah, tak perlu nak debat-debat lagi. Buang karen jer.”

Tapi kalau kita perhati secara cermat, kadang orang yang sibuk suruh amal Hadith Sahih pun kantoi juga. Slogan hanya di mulut tapi tidak di hati. Senang beginilah, kita amalkan apa-apa yang kita tahu, dapat dan belajar, sekadar termampu kita. Kemudian kita perhalusi hati kita agar ikhlas dan amalan kita agar lebih khusyuk. Kemudian tambah ilmu asas fardhu ain kita agar lebih mantap dan akidah kita agar lebih kukuh. Itu lebih utama. Masjid hendaklah selalu dikunjungi. Walaupun seseorang itu dah capai maqam tinggi masjid mesti dikunjungi kerana ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Kalau saudara perhati ada orang yang mengaku maqam tinggi, naik ke langit, selalu berjumpa Nabi dalam khemahnya tapi kedai mamak lebih banyak dikunjunginya dari masjid yang hanya untuk pergi Solat Jumaat sahaja maka itu bukan amalan rutin seorang bermaqam tinggi. Wallahua’lam.

Doa Anas bin Malik r.a ialah:

بسم الله الرحمن الرحيم
بسم اللهِ خَيْرُ اْلأَسْمَاءِ، بسم اللهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ أَذَى، بسم اللهِ الْكَافِي، بسم الله الْمُعَافِي، بسم اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
بسم الله على نَفْسِي وَدِيْنِي، بسم اللهِ عَلَى أَهْلِي وَمَالِي، بسم اللهِ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ أَعْطاَنِيْهِ رَبِّي،
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
أَعُوْذُ بِاللهِ مِمَّا أَخَافَ وَأَحْذَرْ، اَللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَتَقَدَّسَتْ أَسْمَاؤُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ،
اللهم إني أعوذ بك مِنْ شَرِّ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ، وَشَيْطاَنٍ مَرِيْدٍ، وَمِنْ شَرِّ قَضَاءِ السُّوءِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
Ertinya: Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama, yang tidak mendapat mudarat dengan nama-Nya segala kesakitan, dengan nama Allah yang mencukupi segalanya, dengan nama Allah yang pemaaf, dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dengan nama Allah aku berlindung diriku, akidahku, keluargaku, hartaku dan di atas tiap-tiap kurniaan tuhanku.
Allah Maha Besar 3X, Aku berlindung dengan Allah apa yang ditakuti dan bimbangi, Allah tuhanku tiada sekutu bagi-Nya, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha Tinggi perlindungan-Mu, Maha Suci Nama-Mu, tiada tuhan selain-Mu. Ya Allah lindungi daku daripada kejahatan penguasa zalim, syaitan yang suka melakukan kejahatan, keburukkan qadha’ dan kejahatan setiap mahkluk melata yang nyawanya berada ditangan-Mu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

2 comments:

aza ni said...

terimakasih ustaz

Unknown said...

Terima kasih ustaz. Izin utk diamalkan.