15 September 2011

Raya...

Raya tahun ni, seperti biasa di Kuala Trengganu. Rasa2 nya dah lima tahun di sana. Semenjak Abah duduk sekali. Sebelum tu sistem giliran diamalkan. Tahun ni Johor, tahun depan KT begitulah seterusnya... So kalau Abah kahwin lagi dan aku ada ibu tiri maka sistem giliran akan dikuatkuasakan semula...

Sesapa yang ada calon untuk Abah boleh la tolong rekomen, dah lebih 6 tahun abah menduda, puas gak cari sana sini tapi belum jodoh...



Raya di sana meriah juga sanak saudara dekat jadi ramai la yang datang dan pergi... Tok Maa ada 13 cucu yang kebanyakan sebaya, jadi riuh rendah la rumah tu dengan budak2. Malam plk huru hara dengan bunyi mercun...

Pagi raya selepas bersalaman, biasanya rumah Tok Maa akan dikunjungi sanak saudara pok Cik MOk Cik dll. Biasanya raya kedua atau ketiga baru kami berkesempatan pergi kerumah saudara mara yg lain....

Suasana malam raya...

Main bunga api satu kemestian...
Tahun ni, bunga api dan mercun di taja oleh Pok Aris...

Menu wajib pagi raya... satay.

Sebelum gi solat sunnat...

Tok maa dengan 13 cucu... opps ada 3 lagi x masuk gambar so total 16 la...

Maaf kan kami... maafkan kami... maaf..kan..kami... ada duit raya tu...

Semua berkumpul kecuali Abg Ipar yg sulung je...

Dah besar pun dapat duit raya...

BCop seronok dapat duit banyak...


My Family...

Akhir sekali jemput la datang rumah...

4 comments:

Zaki said...

Wah seronoknye orang dapat balik kampung beraya,
katanyer bapa kau nak kahwin lepas raya hari tu, tak jadi pulak ke.

GigiPalsu said...

Seronok ki. Tak ada jodoh la... Saat saat akhir ada masalah plk belah sana. Ni tgh mencari lagi.

Dila's Art said...

Assalamualaikum

Maaf tanya ya ustaz nak cari calon yg mcm mana utk ayah ustaz tu?
Just curious..

GigiPalsu said...

Waalaikummussalam Dang Tari.
Pertama sekali, saya bukan ustaz...
Kedua, mencari calon yang boleh berkongsi hidup, susah senang bersama sama. Dah 6 tahun menduda, sekarang abah sy teringin nak duduk or balik kg, so syarat sy abah kena cari teman hidup takla keseorangan di kg.
Sebelum ni ada 2 calon, tapi anak2 calon yg x memberi izin, tak ada jodoh la tu...
Ketiga, ada calon ke, utk abah saya?