Budak2 paling seronok bila mendengar perkataan balik kampung, aku seronok sikit je... Tapi kalau aku ada draber mesti aku seronok banyak maklumlah 9 jam perjalanan.
Seperti tahun tahun yang lepas Hari Raya mesti di sambut di Trengganu, kg org umah dah masuk 5 tahun kot. Alasannya aku duduk johor dan abah duduk dengan aku, so setahun sekali yang penuh syahdu di mesti di sambut di Trengganu...
Raya Haji plk dan beberapa tahun berturut turut di sambut di Johor, terasa hambar kerana adik beradik aku pun tak balik kampung.
Sebenarnya aku rindu zaman aku muda remaja dulu, menyambut raya bersama keluarga. yang paling seronok malam raya kami (4 beradik) + Mak + aBAH bergotong royong masak ketupat, rendang dll... menghias rumah, anak anak buah pulak sibuk main pelita dan bungga api...
Tapi bila dah berumur ni keseronokan kurang la pulak, sedih ada la sebab Ramadan yang berkat melabuhkan tirainya dan pergi meninggalkan aku bersama jutaan ganjaran yang disediakan. Macam Jcard la senang sikit nak faham, berebut rebut orang dengan tawaran 70 peratus diskaun, sampaikan nak cari parking pun susah.
tapi ramadan lain bukan diskaun 70%, setiap amalan fardu digandakan 70 kali dan amalan sunat menjadi amalan fardu.. mana nak dapat dalam bulan lain.... So Tahniah Kepada yang berusaha bersungguh tu...
So berbalik raya di trengganu tahun ni, macam biasa la pagi sebelum solat sunat, aku dan biras2 aku menghidupkan bara2 api (bukan Bola Bola api) untuk memanggang saty... hidangan wajib di pagi raya. Selepas solat kali berkumpul untuk mencuci dosa ( mintak maaf la) dan berebut duit raya heheh... tapi aku tak dapat duit raya budak2 la seronok, dalam sekelip mata setiap anak2 aku dapat mengumpul RM100 seorang bestnya...
Gambar keluarga tahun ini, Abg ipar&family dia je tak de...
Gambar aku sekeluarga, dari kiri aman, djah, abby, bcop & muhammad
Penyumbang terbesar duit raya tahun ini...cik myra (spekmataku)
ayah Cik, penyumbang baru tahun ini...
Cik Cyla, juga penyumbang baru tahun ini..
Gambar aku sekeluarga, dari kiri aman, djah, abby, bcop & muhammad
Penyumbang terbesar duit raya tahun ini...cik myra (spekmataku)
ayah Cik, penyumbang baru tahun ini...
Cik Cyla, juga penyumbang baru tahun ini..
Oleh kerana tahun ini ada 3 penyumbang baru, ini bermakna anak2 aku dapat banyak duit raya dan duit aku selamat...
3 comments:
wahhh...seronoknya beraya kat kg pulau bahagia, dapat sampul duit raya RM50 tu...tapi apasal pulok gambar family kau tu asyik blur je..
apapun...ustaz...sedih tak dapt beraya...bersama korang....tahun ini giliran siapa buat majlis raya...bila..?kalau ada lapang aki nak join.....itupun kalau korang terima lagi aku...
ki...
Tak tau la, kenapa gambar aku asik blur je...
Chief...
Insaallah, kau tak kan di lupakan...
Masa dan tempat belum ditentukan.
Post a Comment