14 October 2009

Berita...

Aku ada satu berita baik dan satu berita buruk...
bila kita disuakan dengan berita baik dan berita buruk kita biasanya akan memilih untuk mendengar berita baik dahulu diikuti oleh berita buruk.
Kenapa?, mungkin kerana kita suka gembira dulu baru duka, susah dulu baru senang....
Bila berserita tentang berita baik dan berita buruk ni, aku selalu teringat Mr thinschdmit, tenaga pengajar kat tempat aku kerja, yang kerja dia hanya bagi training pada staf baru. setiap pagi sebelum mengajar aku dulu dia akan bertanya "Any good news any bad news"...

Tapi pada aku bila kita mendengar berita baik dahulu atau buruk dahulu tidak ada masalah yang penting kita ingat Allah.
Alhamdulillah bila dengar berita baik dan inalilahi... atau istighfar bila dengar berita buruk.

Ok la berita baik...aku simpan dahulu la mungkin entry lain kali.. aku tak sangup korang tersenyum kemudian bersedih plak...

So berita buruk, yang aku nak cerita ni, aku harap agar kawan2 dapat tolong doakan supaya sejahtera hendaknya.

Malam tadi aku dapat berita, Anak sedara aku yang kat subang dimasukkan ke hospital regency kerana positif H1N1.
Ali semasa di sekayu

Ali dijangkiti H1N1 selepas balik dari UIA (konvo Cik Myra)...
Ramai yang berkumpul bersama2 ali di sana kecuali keluarga aku...

Semoga semuanya selamat...

3 comments:

Zaki said...

Alahai kesiannya Ali.....moga2 cepat sembuh. Aku tak sabar nak dengar cerita gembira kau...biar aku teka:
1. kau sekeluarga tak kena h1ni pasal kau tak gi KL..
2. Rumah kau nak buat open house ekkk....tak jemput aku ke?
3. kawan kau jemput gi raya depavali rumah dia kan...

GigiPalsu said...

Ki..
ye la ki semoga Ali cepat sembuh.
Berita gembira tu, biarlah rahsia..., aku nak cakap tapi citi nurhaliza kata biarlah rahsia...

aza ni said...

semoga ali sembuh dan pulih hendaknya...


berita gembira...nur yussuf dapat adik?