28 December 2008

Kelahiran Cucu Ke 13

Minggu lepas aku dan keluarga ke KL untuk ziarah sanak sedara. Bulan ini juga aku mendapat anak sedara baru yang merupakan cucu ke 13 mengikut kiraan mertuaku. Setiap dari kita sebenarnya dihantar kedunia ini atas satu maksud supaya iman yang sempurna semasa di alam arwah dahulu tetap ada apabila kita berjumpa dengan Allah swt nanti. Dunia adalah tempat ujian, kubur tempat dimana iman kita dipersoalkan, padang masyhar adalah tempat dimana amalan kita dibicarakan dan syurga atau neraka adalah tujuan.

Dunia adalah sementara, bila kita lahir Azan dan iqamat diperdengarkan, apa yang dinanti adalah solat... semasa kita waras, sihat, berharta, senang lah kita kena ingat dan usaha atas kehidupan yang kekal abadi iatu akhirat.

Allah ciptakan kita untuk akhirat dan Allah ciptakan dunia untuk kita, kita kena gunakan dunia untuk agama. Jika kita letak agama mendahului dunia kita akan berjaya sebaliknya jika kita letak dunia mendahului agama kita akan gagal...

Muhammad Ismail
Setiap individu adalah bertanggungjawab atas diri dan tanggungan masing masing... dan kita sebagai umat nabi juga bertanggungjawab atas umat ini...

2 comments:

SpEkmATaKu said...

pembetulan cucu ke-15 iye

GigiPalsu said...

Tu la kak cik and sons terlepas pandang plk, walaupun umar buas camtu...