31 December 2008

Komik - Perjalanan Ke Kuala Lumpur

Komik ini juga merupakan sebuah kisah benar yang telah berlaku kepada sebuah keluarga dari Bandar Seri Alam.


Semoga apa yang berlaku kepada kanak-kanak ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua..

Komik Pilihan - Jangan Pandang Belakang


Cerita adalah kisah benar yang berlaku di Taman Subang Bistari. Dan ianya dilakunkan semula oleh:
Pelakun Utama - Abby yam
Pelakun Tambahan: B'cop, Muhammad, Aman, Amir, Djah, Ecah, Eka, dan lain lain.

28 December 2008

Jalan Jalan & Cuti Cuti Malaysia


Seronok melihat anak anak bergembira melihat kebesaran Allah. Kali ini zoo melaka menjadi destinasi. Melihat betapa hebat ciptaan Allah. Haiwan haiwan dari berbagai tempat di kumpulkan di suatu tempat tetapi berlainan kandang ( haiwan tetap haiwan), melihat keadaan mereka ada yang tak terurus ... manusia lemah.. Allah pemberi rezeki... beribu ikan dilaut, binantang didarat mendapat rezeki dari allah...


Sampai terkencing kuda ni....

Walaupun penat tetapi seronok..
Tergambar pada wajah dan bahasa badan betapa bosannya mereka terkurung dan diperhatikan...

Kelahiran Cucu Ke 13

Minggu lepas aku dan keluarga ke KL untuk ziarah sanak sedara. Bulan ini juga aku mendapat anak sedara baru yang merupakan cucu ke 13 mengikut kiraan mertuaku. Setiap dari kita sebenarnya dihantar kedunia ini atas satu maksud supaya iman yang sempurna semasa di alam arwah dahulu tetap ada apabila kita berjumpa dengan Allah swt nanti. Dunia adalah tempat ujian, kubur tempat dimana iman kita dipersoalkan, padang masyhar adalah tempat dimana amalan kita dibicarakan dan syurga atau neraka adalah tujuan.

Dunia adalah sementara, bila kita lahir Azan dan iqamat diperdengarkan, apa yang dinanti adalah solat... semasa kita waras, sihat, berharta, senang lah kita kena ingat dan usaha atas kehidupan yang kekal abadi iatu akhirat.

Allah ciptakan kita untuk akhirat dan Allah ciptakan dunia untuk kita, kita kena gunakan dunia untuk agama. Jika kita letak agama mendahului dunia kita akan berjaya sebaliknya jika kita letak dunia mendahului agama kita akan gagal...

Muhammad Ismail
Setiap individu adalah bertanggungjawab atas diri dan tanggungan masing masing... dan kita sebagai umat nabi juga bertanggungjawab atas umat ini...

18 December 2008

Pesan Ayah.......


Kita sebagai insan yang selalu lalai hendaklah sentiasa pesan memesan dengan kebenaran antara satu sama lain. Teringat semasa aku kecik, ayah selalu berpesan................Antara pesanan yang tersemat kuat dihatiku dan menjadi pegangan hidupku...
Ayah pesan, jangan ambil duit orang walaupun 10 sen kerana kata ayah disebabkan kita ambik duit 10 sen tu, Allah akan rugikan kita lebih besar nilainya dari 10 sen, mungkin Rm10 atau Rm100..............
Ayah pesan, kita sebagai anak kalau selalu tolong orang tuanya dengan ikhlas, belajar, Allah akan mudahkan dan cepat ilmu masuk dalam dada. Pesan ayah walaupun ringkas tapi memberi kesan yang mendalam buat diri ku. Kerana kalau kita ikhlas dan tulus memberi nasihat ia mampu menggegarkan hati seseorang. Terimakasih ayah............

Sifat Umat Muhammad s.a.w

Berkata Wahab bin Munabbih rahimahullah "Ketika Musa a s membaca lauh lauh (papan tulis), terlihat olehnya sifat-sifat kelebihan umat Muhammad, lalu beliau berkata," Ya Tuhanku, siapakah gerangan umat yang di rahmati seperti yang ku dapati dalam lauh-lauh ini?". Maka berfirman Allah s.w.t " Itulah umat Muhammad. Mereka rela dengan rezeki sedikit yang aku berikan kepadanya, maka aku pun rela dengan amalan yang sedikit dari mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam surga dengan kesaksian Laa ilaaha illallah.

Berkata Musa a s "Aku dapati di dalam lauh-lauh ini satu umat yang akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya laksana bulan purnama. Jadikanlah mereka itu umatku ya Allah. Berfirman Allah s.w.t "Mereka itu adalah umat Muhammad s a w. aku bangkitkan mereka itu pada hari kiamat dengan wajah wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan bekas-bekas dari wudhu dan sujud mereka"

Berkata Musa a s "Aku dapati di dalam lauh-lauh ini satu umat yang berkain selendang di pundak dan bersenjata pedang di bahu masing masing. Mereka itu adalah orang yang sentiasa bertawakal dan dadanya penuh keyakinan. Mereka menyeru nama Allah di hadapan tiap tiap rumah untuk berjihad di atas kebenaran, sehingga akhirnya mereka pun membunuh Dajjal. Jadikanlah mereka itu umatku" Berfirman Allah s w t " Tidak! mereka itu umat Muhammad saw"

Berkata Musa a s "Aku dapati di dalam lauh-lauh ini satu umat yang bersolat lima kali sehari semalam, sehingga terbukalah pintu pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka. Jadikanlah mereka itu umatKu, Ya Allah" Berfirman Allah s w t Mereka itu adalah umat Muhammad s a w"

Bersambung....

Satu Gambar Seribu Makna


Zaman moden la ni segala nya adalah mudah, impian boleh menjadi kenyataan. Cuma ketelitian dan kecekapan menjadi sempadan...

Waktu Solat

http://www.e-solat.gov.my/

Solat adalah tiang agama , sesiapa yang mendirikan solat menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkan solat meruntuhkan agama.
Solat adalah anak kunci ke syurga.
Solat menyerikan wajah.

17 December 2008

Takwim

Masa itu adalah sesuatu yang amat berharga. Sekali ia melintasi kita, maka ia akan hilang dan tak dapat diubah. Tetapi hasil sesuatu perbuatan atau perkerjaan itu yang dilakukan dalam masa tertentu, maka di akhirat saja balasannya. Samada baik atau buruk, begitu lah mereka mereka yang takut dengan hari kemudian akan berusaha sebaik mungkin supaya setiap masa hanya Allah dalam hati....

Tanda Kebesaran Tuhan ...

Alhamdulilah kita dilahirkan islam, ada kalimah dalam diri, iman ini kena usaha supaya lebih subur dan menjalar dalam diri sehingga semua perintah Allah dan sunnah Nabi dapat di amal dan di sampaikan..
Allah tunjukan bukti kekuasaan dan kewujudan Nya kepada manusia supaya manusia sentiasa hampir kepadaNya.



video

Muhammad (Nur Muhammad) # 1


Tahun depan darjah 5...

E'jah (Nur Khadeejah) #3 & A'man (Nur Abdurrahman) # 2

Tahun 2009 ejah masuk darjah satu, aman pula naik darjah 3...

A'Bby (Nur Maryam) #4


Abby yam umur 2th, petah bercakap...

B'cop (Nur Yusuf) #5