Wahai Diri Bukan Aku Tidak Mahu Dikau Memilikinya, Tetapi Demi Kemuliaan Mu Jua Bersabarlah....
14 July 2009
Itjimak Malaysia...
Jumaat lepas aku telah ke ijtimak Malaysia di kuartes KLIA NS. Selepas solat jumaat di masjid KLIA aku, jiran sebelah rumah aku dan dua kawan aku dari BSA terus menuju ke tapak Itjimak.
Sampai di sana kami terkejut kerana terlalu ramai manusia telah membanjiri medan Itjimak, setelah berpusing pusing mencari parking kami dapat satu tempat kosong berhampiran Masjid... Alhamdulilah. Pada masa itu kehadiran telah menjangkau ratusan ribu orang yang hadir...subhanallah...
Apabila manusia berkumpul dengan tujuan semata-mata untuk mengingati Allah maka Para Malaikat akan saling memanggil dari langit hingga kebumi dan mendoakan keselamatan.
Semakin ramainya insan berkumpul mengingati Allah seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, sembahyang berjemaah, tilawat Quran, taqlim tentang kelebihan amal, majlis muzakarah iman-niat, tashbihat atau keramaian di mana mereka memuji dan mengagungkan Allah;
akan jadi asbab semakin banyaknya rahmat melimpah kebumi yang sedang dipijak dan kesannya manusia akan hidup dalam keadaan yang tenang.
Mengharap rahmat Allah agar kedamaian dan keamanan tersebar diseluruh pelusuk dunia. Manusia dapat keselamatan di dunia dan akhirat.
Ibnu Umar r.a berkata,
"jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kita berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu kita sakit dan ketika kita masih hidup sebagai bekalan ketika kita mati."
Dan apa yang pasti itjimak tersebut telah menarik perhatian dari pelbagai pihak..
Keadaan disana sungguh hebat. dan amat teruja, berada di situ..
Antara kenamaan dari negara kita yang datang adalah seperti YTB Negeri Sembilan, Mufti N9, PM, TPM, Sen. Mejar-Jen Dato Jamil Khir,MB N9, DSAI, MB Selangor, Dato Hassan Ali, Presiden ABIM dan sebagainya. Semoga mereka diberikan manfaat sebanyaknya dari kehadiran mereka serta dipilih untuk buat usaha agama ini... Amin”
Namun, bagi kita yang buat usaha agama ini bukan ramai atau besarnya ijtimak ini tetapi tujuan dan kenapa perhimpunan ini diadakan...dan isi2 di dalamnya... dengan kehadiran maulana2 yang datang dari jauh untuk bersama sama membawa kepada satu fikir yang sama iaitu fikir atas usaha agama, fikir nabi (kerisauan baginda saw) terhadap umat2nya... umat akhir zaman... Bagaimana hari ini dalam kehidupan kita kita dapat bawa atau amal agama dalam kehidupan kita.
Hari kita telah menyaksikan di hadapan mata kita..selangkah saja kita keluar dari pintu rumah, telah terhidang di hadapan kita pelbagai kemungkaran ie menari2, terkinja2...bersarang dan bercorak di sekeliling kehidupan kita..yang amat menakutkan.
Zalimnya aku...tak buat dakwah kepada orang di sekliling ...Ah! Berapa kali sangat kita cakap agama....dan di tempat atau masa manakah kita bercakap tentang agama? Banyak2lah kita baca zikir nabi Yunus tu dan istigfar...betapa kita zalim terhadap diri kita....asbab, ijtimak besar ini, dan doa orang2 alim moga Allah makbulkan permintaan kita....asbab ijtimak menjadi keberkatan kepada seluruh kehidupan kita sebagai hamba Allah swt...Amin..
Bersama ini aku Sertakan karkuzari (laporan) dari jemaah Palestin...
Karkuzari dari jemaah Palestin yg keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat kawan saya di Ipoh, Taman Meru.
Antara karkuzari mereka, mereka2 ni tinggal dlm kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok. Ada sorang tu, belakang rumah dia,memang pintu dapur ngadap tembok.
Mengikut mereka, di sana, walaupun mereka duduk dlm kepongan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat2 (wanita) yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat yg sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jgn kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak. Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan.
Allah pelihara masturat2 yg tutup aurat yg sempura dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w,even thou mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun.
Manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) ni sendiri akan halang tentera yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun (lelaki yang buat dan ajak orang atas usaha iman dan amal). Kiranya, memang tak di sentuh lansung le.
Ni karkuzari bukan dengar dari org malaysia yg pergi keluar sana, tapi kawan saya dengar sendiri dari orang yg duduk sendiri dlm tembok israel,masa kawan saya nusrah bawa jemaah ni kat morhala (kawasan) kami.
Jadi, kesemua penyelesaian kepada kesusahankita di dunia ini, hanya ada dlm iman dan amal yang sempurna sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ustaz:apa khabar?jenguk sekejap..
kebetulan masa perjalanan ke seremban nampak ramai jemaah tabligh solat subuh di machap..
Lama tak nampak chief, kau gi seremban ke...
Kenapa tak singgah sekali dekat je tu...
patutlah tak joint kami kat family day, rupanya joint geng tabligh...
Ki Family day tahun ni tak best, dekat sangat dengan umah aku...
tak mengancam...
Tapi dalam itjimak tu best, selain dapat nasihat dari ulama2, dapat juga jumpa geng2 lama dari ITM dan UTM.. macam family day gak bagi aku.
Post a Comment