22 July 2009

Jam Tangan Di Tangan Kanan

Pagi tadi jam 10, ada product presentation dari satu syarikat yang membekalkan peralatan2 teknologi tinggi. Aku dipanggil untuk menghadirinya. Walaupun kegunaan product itu bukan dibawah pengawasan aku, tapi kerana ianya ada kaitan dengan ISO 17025 dan melibatkan lab analysis maka aku lah diantara mereka2 yang paling sesuai untuk menghadirinyai....

Semasa sesi soal jawab berjalan, tiba tiba Mr X manager electrikal bertanya aku "awak bukan kidal tapi kenapa pakai jam tangan kanan"
Aku hanya tersengih...
Awak tau tak, mereka mereka yang memakai jam di tangan kanan dan tidak kidal, mempunyai keyakinan diri yang hebat...
Aku lagi la tersenggih...
Dia kata lagi, antara orang orang hebat yang memakai jam ditangan kanan dan dia tidak kidal adalah .... aku tak ingat bila di sebut beberapa nama mat salleh, Shaddam Hussin, Tun Mahathir dll...
So aku tanya dia "Lets, joint my club?"
Dia pulak tersengih...



Apa yang aku ingat, masa aku darjah 6, tangan kiri aku bengkak, so aku pun pakailah jam di tangan kanan...
Selepas dari itu ianya menjadi kebiasaan aku. Dan bila aku dewasa aku terdengar dari ustaz2 , adalah sunnah benda yang elok diletakkan di tangan kanan, so sejak dari itu maka aku cuba istiqamah untuk memakai cincin dan jam di tangan kanan.

So bila aku google "pakai jam tangan kanan" maka aku jumpa...

Pertanyaan
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : Kami melihat sebahagian orang memakai jam tangan di tangan kanan, dan mereka berkata bahawa yang demikian itu sunnah, ada dalilnya ?

Jawapan:
Kami berpegang teguh dalam masalah ini dengan kaedah umum yang terdapat di dalam hadits Aisyah di dalam Ash-Shahih, beliau berkata.

“Ertinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyukai menggunakan (mendahulukan) kanan dalam segala sesuatu, yaitu ketika bersikat, bersuci, dan dalam setiap urusan”

Dan kami tambahkan dalam hal ini, hadits lain yang diriwayatkan dalam Ash-Shahih, bahawa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Sesungguhnya Yahudi tidak mencelup (menyemir) rambut-rambut mereka, kerana itu berbezalah dengan mereka, dengan cara mencelup rambut kalian”.

Juga hadits yang lain yang di dalamnya terdapat perintah untuk berbeza dengan musyrikin.

Maka dari hadits-hadits tersebut dapat kami simpulkan bahawa disunnahkan bagi seorang muslim untuk bersemangat dalam membezakan diri dengan orang-orang kafir.

Dan sepatutnyalah untuk kita ingat bahawa membezakan diri dari orang kafir, mengandungi erti bahawa kita dilarang mengikuti adat kebiasaan mereka. Maka tidak boleh bagi seorang muslim untuk menyerupai orang kafir, dan sudah selayaknya bagi kita untuk selalu tampil berbeza dengan orang-orang kafir.

Di antara adat kebiasaan orang kafir adalah memakai jam tangan di tangan kiri, sedangkan kita mempunyai pintu yang teramat luas di dalam syari’at untuk menyelisihi adat ini. Walhasil, mengenakan jam tangan di tangan kanan merupakan pelaksanaan kaedah umum, yaitu (mendahulukan) yang kanan (1), dan juga kaedah umum yang lain yaitu membezakan diri dengan orang-orang kafir.

(Disalin dari buku MajmuĆ¢€™ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Albani, Penulis Muhammad Nashiruddin Al-Albani Hafidzzhullah, Penerjemah Adni Kurniawan, Penerbit Pustaka At-Tauhid)

No comments: