23 January 2010

Penasihat...

Raja bin Haiwah menceritakan, katanya"Pada hari jumaat pertama dalam bulan Safar tahun 99 Hijrah, saya berada bersama Amirul Mukminin, Sulaiman bin Abdul malik di Dabiq (Sebuah tempat di Halab Syria). Baginda telah menghantar satu angkatan tentera yang lengkap ke Konstantinopal yg diketuai oleh adiknya sendiri , Maslamah bin Abdul Malik, anaknya Daud dan beberapa org kenamaan dalam keluarganya. Baginda bersumpah tidak akan meninggalkan kota Dabiq kecuali setelah Allah mengizinkanya untuk menakluk Konstatinopal ataupun baginda yang mati.

"Apabila hampir masuk waktu solat Jumaat, khalifah pun mengambil wuduk. Kemudian baginda memakai pakaian dan serban bewarna hijau. Baginda melihat cermin dan terasa kehebatan dirinya dengan usia yang masih muda. Baginda ketika itu berusia 40 tahun"

"Baginda kemudian keluar untuk bersama sama org ramai menunaikan solat Jumaat. Malangnya setelah pulang dari masjid baginda jatuh sakit akibat di serang demam. Sakitnya semakin teruk dari sehari ke sehari. Ketika itu baginda meminta supaya saya sentiasa berada disisinya. Satu ketika ketika saya masuk menemuinya saya melihat baginda menulis sesuatu.

Saya pun bertanya" Apakah yang engkau lakukan, wahai Amirul Mukminin?"

"Saya sedang menulis wasiat perlantikan khalifah untuk anak saya Ayub, jawab baginda"

"Saya pun memberanikan diri dan berkata: wahai Amirul Mukminin, satu perkara yang akan memeliahara sesorang khalifah di pusaranya nanti dan akan membersihkan dirinya di hadapan Allah nanti ialah apabila dia melantik seorang lelaki soleh sebagai khalifah menggantikannya. Anakmu Ayub masih terlalu kecil belum pun bermimpi lagi. Engkau sendiri pun tidap pasti apakah dia sesuai ataupun tidak.

Sulaiman pun terhenti seketika dan berkata "saya sekadar menulis, Saya sebenarnya masih meminta pertunjuk dari Allah dan saya belum lagi membuat keputusan."

Lalu baginda mengoyakkan wasiatnya tadi. Selepas sehari atau dua Sulaiman memanggil saya dan berkata "Apakah pandanganmu tentang anak saya Daud, wahai abu Al Miqdam?"

Saya pun menjawab " Dia sedang bersama tentera islam di Konstantinopal. Engkau pun tidak pasti apakah dia masih hidup atau sudah mati".

"Jadi siapakah yang layak pada pandanganmu, wahai Raja" Tanyanya lagi

"Semuanya terserah kepada pandangan Amirul Mukminin," jawab saya pula.

Saya sebenarnya mahu menunggu org2 yang Sulaiman sebutkan supaya saya dapat ketepikan mereka satu persatu hingalah saya dapat menaikkan Umar bin Abdul Aziz.

Sulaiman bertanya lagi "Apakah pandanganmu tentang Umar bin Abdul Aziz?"

Saya yg menunggu soalan ini pun terus menjawab :"Demi Allah, sepanjang pengetahuan saya beliau adalah seorang yang baik, sempurna, bijak dan berpegang kepada agama."

Sulaiman membenarkan kata2 saya " Benar, demi Allah itulah sifatnya. Cuma jika saya melantiknya dan saya ketepikan anak anak Abdul Malik, sudah tentu akan membawa musibah. Mereka tidak akan sama sekali membenarkan Umar memimpin mereka."

"Jika demikian, pilihlah salah seorang diantara mereka dan lantiklah dia selepas Umar bin Abdul Aziz" cadang saya.

Nampaknya Sulaiman bersetuju dengan cadangan saya dan berkata "betul pandangan itu kerana ia akan meredakan perasaan mereka dan mereka akan bersetuju." Baginda kemudian mengambil sehelai kertas dan menulis sendiri:
" Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Surat ini adalah daripada hamba Allah, Sulaiman bin abdul Malik, Amirul Mukminin kepada Umar bin Abdul Aziz bahawa saya telah melantiknya sebagai khalifah selepas saya dan selepas beliau pula saya melantik Yazid bin Abdul Malik. Hendaklah kamu mentaatainya dan takutilah Allah. Janganlah kamu berselisih hingga membuka ruang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan."

Sulaiman pun meletakkan cop mohornya dan menyerahkan nya kepada saya. Selepas saya memanggil Kaab bin Hamiz, ketua polis. Baginda kemudiannya memberikan arahan :"Panggil semua ahli keluarga saya supaya berkumpul dan beritahu mereka bahawa surat yang berada di tanggan Raja bin Haiwah adalah surat saya. Perintahkan mereka supaya memberikan sumpah setia mereka kepada orang yg tercatat di dalam surat itu."

Apabila mereka berkumpul, saya pun berkata kepada mereka "Ini adalah surat Amirul Mukminin. Di dalam surat ini baginda telah menyatakan org yg bakal dilantik menjadi khalifah selepasnya. Baginda telah memerintahkan saya supaya mengambil sumpah setia daripada kamu untuk orang yang dilantiknya ini" beritahu Raja.

"Kami menerima perintah Amirul Mukminin. Kami akan taat khalifah selepasnya. Mereka memohon untuk menemui amirul Mukminin untuk mengucapkan salam kepadanya" Apabila mereka masuk, Sulaiman pun berkata kepada mereka "Surat yang berada di tanggan Raja bin Haiwah adalah surat saya. Didalam surat itu ada dinyatakan orang yg saya lantik sebagai khalifah selepas saya. Dengar dan taatlah kepada nya. Berikanlah sumpah setia kamu kepada orang yang saya nyatakan dalam surat itu."

Mereka pun memberikan sumpah setia seorang demi seorang. Setelah itu saya pun membawa keluar surat yang bercop mohor itu. Tiada seorang pun yang tahu siapakah yang dinyatakan dalam surat itu selain saya dan Amirul Mukminin.

Setelah semua bersurai, Umar bin Abdul Aziz datang menemui saya. Beliau berkata "Wahai Abu Al Miqdam, Amirul Mukminin seorang yang terlalu baik dengan saya. Dengan kemurahan hati dan kemesraannya, baginda telah mengurniakan saya segala galanya. Saya bimbang jika baginda ada menyerahkan apa apa yang berkaitan dengan perkara ini kepada saya, jadi dengan nama Allah, saya berharap kepadamu dan saya memohon dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang saya kepadamu agar engkau memberitahu saya jika kandungan surat Amirul Mukminin itu ada apa apa yang membabitkan saya supaya saya dapat memohon untuk menarik diri sebelum masa terlambat."

Saya menjawab "Demi Allah, saya tidak akan memberitahu walau satu perkataan sekalipun mengenai apa yg ingin engkau ketahui" Umar pun pergi dalam keadaan hampa.

Tidak beberapa lama kemudian datang pula Hisham bin Abdul malik, sambil berkata "Wahai Abu Al Miqdam, semenjak sekelian lama saya amat menghormati dan menyayangimu. Saya juga amat berterimakasih kepadamu. Apakah boleh jika engkau beritahu kepadaku kandungan surat Amirul Mukminin. Jika diserahkan kepada saya, saya akan diam tetapi jika diserahkan kepada orang lain saya akan membantah. Orang seperti saya tidak sepatutnya dihalang daripada perkara ini. Saya berjanji demi Allah saya tidak akan menyebut namamu selepas ini.

Saya berkata "Demi Allah saya tidak akan memberitahu kepadamu walau satu huruf pun, kerana Amirul Mukminin telah meminta saya merashiakanya" Hisham pun pergi sambil menumbuk numbuk tangannya.

Setelah Khalifah Sulaiman meninggal dunia, dan sumpah setia diambil daripada semua orang maka jawatan khalifah diberikan kepada Umar bin Abdul Aziz, walaupun dia tidak menyukainya.

Bertuahlah khalifah Sulaiman kerana baginda telah membersihkan dirinya dihadapan Allah apabila melantik seorang lelaki yang soleh. Tahniah juga kepada penasihat khalifah yang jujur Raja bin Haiwah. Beliau telah memberikan nasihatnya kerana Allah, RasulNya dan untuk kepentingan umat islam.

1 comment:

aza ni said...

salam ustaz,
berbahagialah khalifah sulaman,juga Raja bn Haiwah