20 March 2011

Sakit

Dalam masa tak sampai sebulan berat badanku berkurangan 5 kg. Ramai yang menegur dan bertanya diet apa yg ku amalkan , aku hanya tersenyum dan berkata tak ada apa apa...

Tapi jauh disudut hati, menyesal dan gembira pun ada. menyesal kerana tak mengambil berat kesihatan, dan gembira kerana menjadi perhatian ramai (perut dah kempis)...

Tapi bila badan makin lemah dan pandangan makin kabur, aku buat keputusan berjumpa Doktor. Tak sangka aku, selama ini makanan manis yang menjadi kegemaran aku, dan dengan kemanisan itu juga aku menanggung derita.

Gula dalam badan aku melebihi paras normal.... terkedu aku

Atas nasihat Doktor ini aku memilih Johor Specialist Hospital, untuk rawatan seterusnya.

Di sana segala organ aku diperiksa, mula mula x x ray dada... lepas tu scan buah pinggang, ECG, echocardiogram ( kat sini aku dapat lihat jantung aku dalam 2 dimensi) , berlari di atas trackmill ( aku yang jarang berlari dari rumah terasa semput) dan akhir sekali mata aku di periksa.

Alhamdulillah hasilnya baik dan bagus... Syukur pada Allah kerana masih mengizinkan organ organ dalaman aku untuk berbakti kepada aku, dan sama sama dapat berbakti kepada Nya.

Kita biasanya terlupa nikmat kesihatan semasa kita sihat, bila kita sakit baru lah sedar betapa besarnya nikmat sihat.

Selama Lima hari aku di JSH aku sedar banyak masa aku habiskan dengan sia sia... kalaulah Allah menjemput aku tak taulah apa akan berlaku pada aku di alam barzah... masyhar... mizan... syirat... dan seterusnya syurga atau neraka...

Semoga Allah memberia aku kekuatan untuk beribadat dengan lebih sempurna dan istiqamah dalam setiap amalan.

6 comments:

aza ni said...

Assalamualaikum Ustaz.
Semoga kembali pulih.Pantang dan makan ubat, ya?

GigiPalsu said...

Waalaikummussalam Chief...
Insaallah...
Masih dalam pantang ni...

GigiAsli said...

Salam Ustaz GigiPalsu...

Macam mana kesihatan?
Baru ingat nak kasi durian...hehehe
Anyway....jangan lupa makan ubat...
Byk lagi ilmu nak kena ajar nie...
Jumpa next week...

GigiPalsu said...

Salam Gigi Asli...
Hari ini lebih baik dari semalam...
Durian... Best tu...
Ubat insaallah tak lupa.

Zaki said...

Asalam ustaz,
masuk wad ye...patutla senyap je
alhamdulillah tak kritikal
kalau tak takada kawan aku nak sembang....
sebenarnya aku pong macam kau jugak, darah tinngi kat bourder, minggu lepas jumpa doktor, dia suruh aku makan ubat ...tapi aku buat der lagi....jomlah kita senamam...main badminton.

GigiPalsu said...

Ki...

Umur macam kita ni kena jaga makan dan banyak bersenam...

Aku pilih masuk wad, sebab aku nak Doc periksa organ2 aku.
Klu dulu buat2 tak tau je, makan ubat sebulan dua lepas tu bila rasa ok senyap...

Tapi sekarang AZAM baru...
Jaga makan.. jaga badan... makan ubat.