20 May 2011

Bersalaman Setelah Shalat

H.R. Bukhari, hadits ke 3360 : sahabat bersalaman / berjabat tangan setelah shalat berjamaah


Bersalaman setelah shalat adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam karena boleh mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam. Aktiviti ini sama sekali tidak merosakan shalat seseorang karena ianya dilakukan setelah selesai solat. Meskipun demikian, banyak orang yang menanyakan tentang hukum bersalaman ini, perbincangan terfokus tentang bid’ah tidaknya bersalaman ba’das sholat. Inilah yang perlu dijelaskan lebih lanjut. Ada beberapa hadits yang menerangkan tentang bersalaman diantaranya adalah riwayat Abu Dawud:


عَنِ اْلبَرَّاءِ عَنْ عَازِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أنْ يَتَفَرَّقَا


Artinya : Diriwayatkan dari al-Barra’ dari Azib r.a. Rasulallah s.a.w. bersabda, “Tidaklah ada dua orang muslim yang saling bertemu kemudian saling bersalaman kecuali dosa-dosa keduanya diampuni oleh Allah sebelum berpisah.” (H.R. Abu Dawud)

عَنْ سَيِّدِنَا يَزِيْد بِنْ اَسْوَدْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: اَنَّهُ صَلَّى الصُّبْحَ مَعَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَليْهِ وَسَلّمْ. وَقالَ: ثُمَّ ثَارَ النَّاسُ يَأخُذوْنَ بِيَدِهِ يَمْسَحُوْنَ بِهَا وُجُوْهَهُمْ, فَأَخَذتُ بِيَدِهِ فَمَسَحْتُ بِهَا وَجْهِيْ.(رواه البخارى)


Artinya : Diriwayatkan dari sahabat Yazid bin Aswad bahwa ia shalat subuh bersama Rasulallah, lalu setelah shalat para jamaah berebut untuk bersalam dengan Nabi, lalu mereka mengusapkan ke wajahnya masing-masing, dan begitu juga saya menyalam tangan Nabi lalu saya usapkan ke wajah saya. (H.R. Bukhari, hadits ke 3360).

عَن قلَدَة بن دِعَامَة الدَّوْسِيْ رَضِيَ الله عَنهُ قالَ قلْتُ لاَنَسْ : اَكَانَتِ اْلمُصَافحَة فِى اَصْحَابِ رَسُوْلِ الله, قالَ نَعَمْ.


Artinya dari Qaladah bin Di’amah r.a. berkata : saya berkata kepada Anas bin Malik, apakah mushafahah itu dilakukan oleh para sahabat Rasul ? Anas menjawab : ya (benar)


Hadits-hadits di atas adalah menunjuk pada mushafahah secara umum, yang meliputi baik mushafahah setelah shalat maupun di luar setelah shalat.
Jadi pada intinya mushafahah itu benar-benar disyariatkan baik setelah shalat maupun dalam waktu-waktu yang lainnya. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh hadits di atas.


Pendapat para ulama.


1. Imam al-Thahawi.
تُطْلَبُ اْلمُصَافحَة فَهِيَ سُنَّة عَقِبَ الصَّلاةِ كُلّهَا وَعِندَ كلِّ لَقِيٍّ
Artinya: Bahwa bersalaman setelah shalat adalah sunah dan begitu juga setiap berjumpa dengan sesama Muslim.
2. Imam Izzuddin bin Abdissalam
Beliau berkata :
اَنَّهَا مِنَ اْلبِدَعِ المُبَاحَةِ
Artinya : (Mushafahah setelah shalat) adalah masuk dalam kategori bid’ah yang diperbolehkan.
3. Syeikh Abdul Ghani an-Nabilisi
Beliau berkata :
انَّهَا دَاخِلَة تحْت عُمُوْمِ سُنّةِ اْلمُصَافحَةِ مُطْلقا
Artinya : Mushafahah setelah shalat masuk dalam keumuman hadits tentang mushafahah secara mutlak.
4. Imam Muhyidin an-Nawawi
Beliau berkata :
اَنَّ اْلمُصَا فحَة بَعْدَ الصَّلاة وَدُعَاء المُسْلِمِ لآخِيْهِ اْلمُسْلِمِ بِأنْ يَّتقبَلَ الله مِنهُ صَلاتهُ بِقوْلِهِ (تقبَّلَ الله) لاَ يَخفى مَا فِيْهِمَا مِنْ خَيْرٍ كَبِيْرٍ وَزِيَادَةِ تَعَارُفٍ وَتألُفٍ وَسَبَب لِرِبَطِ القلوْبِ وَاِظهَار للْوَحْدَةِ وَالترَابُطِ بَيْنَ اْلمُسْلِمِينْ.
Artinya : Sesungguhnya mushafahah setelah shalat dan mendoakan saudara muslim supaya shalatnya diterima oleh Allah, dengan ungkapan (semoga Allah menerima shalat anda), adalah di dalamnya terdapat kebaikan yang besar dan menambah kedekatan (antar sesama) dan menjadi sabab eratnya hati dan menampakkan kesatuan antar sesama umat Islam

07 May 2011

Hilang...

Alhamdulillah... syukur kepada Allah tuhan yang mencipta dan memberi rezeki kepada semua makhluk...

Tiga hari lepas, aku dikejutkan oleh isteri ku, dompet nya yang berisi wang, kad bank, kad pengenalan dan gambar aku yang hensom telah hilang. Aku menyuruh beliau mencari sekali lagi di tempat tempat yang mungkin dompet itu tercicir...

Puas dicari dan ditanya kepada anak2 murid yang bersama sama denganya tapi jawapan nya semua negatif...

Dengan wajah yang sunggul dia menanti kepulangan aku... dah tak ada rezeki nak buat macammana... aku cuba menenangkanya...

Apa yang kita boleh buat sekarang menyerah diri kepada Allah tuhan pemberi rezeki, mengadu padaNya supaya barang itu dikembalikan...

Esok kita buat dokumen baru... Dari jam 7 pagi aku bersama isteriku bermula di depan JPN, bank2... JPJ dan akhirnya balai polis akhirnya urusan aku selesai walaupun tak ikut turutan. Sepatutnya balai polis yang diziariahi.. baru yang lain2... Kami juga meminta supaya polis tidak menyiasat lebih lanjut kerana kesihankan pelajar2 yang tidak bersalah tetapi disyaki. Laporan polis itu hanyalah sebagai memenuhi prosedur kehilangan barang.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

Sebelah malam kami mengadu pula pada Allah tuhan tempat meminta... walaupun dokumen dah diuruskan tapi aku merayu pada Allah supaya dompet ( yang ada gambar aku ) itu dikembalikan...

Alhamdulillah akhirnya Allah tuhan yang tidak pernah menghampakan makhluknya telah menerima permohonan kami hambanya yang berdosa ini...

Syukur pada Allah, pengambil (pelajar) telah mengaku sendiri dan mengembalikan barang tersebut kepada isteriku... Aku meminta isteriku bersikap lembut dan memaafkanya biarlah pihak sekolah saja yang menghukumnya untuk kebaikan dia juga...

Terima kasih Kepada Ustaz Dato’ Dr. Haron Din dari Darussyifa Online atas ilmu yang bermenafaat itu ..... TERIMA KASIH dan SYUKUR pada Allah swt.

03 April 2011

Sehelai Jeans USD 60,000.00


"Ever wonder what $60,000 jeans feel like? You'll never know. Because you didn't buy that $60,000 pair of Levis 501s from 1890 -- the most paid for a pair of jeans, ever."(Yahoo News : 3 April 2011)

Bilamana manusia sudah cintakan dunia maka mereka sanggup korbankan hanya untuk sepasang seluar Jeans Jenama Levi's sehingga USD 60,000.00.

Namun begitu sebaliknya jika manusia cintakan akhirat maka manusia yang beriman lagi taqwa juga akan korbankan meski pun nyawanya untuk agama Allah swt. Sahabat Nabi r.hum telah membuktikannya.

Inilah bezanya diantara golongan beriman dan tidak beriman. Renungilah.

Dari Ustaz..http://hambalialorstari.blogspot.com/

02 April 2011

Tarzan

Monyet : Tarzan…, kenapa engkau sorang je yang pakai cawat?
Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ke?

Tarzan : Tak ada apalah!

Monyet : Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?

Tarzan : Aku kata tak ada…, tak ada lah!

Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. So dia pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk mengcongkel rahsia Tarzan.

Seperti biasa, sebelum mandi, Tarzan mesti buka cawat dia (itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok aja keadaan Tarzan yang berbogel tu, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.

Monyet : Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan

20 March 2011

Sakit

Dalam masa tak sampai sebulan berat badanku berkurangan 5 kg. Ramai yang menegur dan bertanya diet apa yg ku amalkan , aku hanya tersenyum dan berkata tak ada apa apa...

Tapi jauh disudut hati, menyesal dan gembira pun ada. menyesal kerana tak mengambil berat kesihatan, dan gembira kerana menjadi perhatian ramai (perut dah kempis)...

Tapi bila badan makin lemah dan pandangan makin kabur, aku buat keputusan berjumpa Doktor. Tak sangka aku, selama ini makanan manis yang menjadi kegemaran aku, dan dengan kemanisan itu juga aku menanggung derita.

Gula dalam badan aku melebihi paras normal.... terkedu aku

Atas nasihat Doktor ini aku memilih Johor Specialist Hospital, untuk rawatan seterusnya.

Di sana segala organ aku diperiksa, mula mula x x ray dada... lepas tu scan buah pinggang, ECG, echocardiogram ( kat sini aku dapat lihat jantung aku dalam 2 dimensi) , berlari di atas trackmill ( aku yang jarang berlari dari rumah terasa semput) dan akhir sekali mata aku di periksa.

Alhamdulillah hasilnya baik dan bagus... Syukur pada Allah kerana masih mengizinkan organ organ dalaman aku untuk berbakti kepada aku, dan sama sama dapat berbakti kepada Nya.

Kita biasanya terlupa nikmat kesihatan semasa kita sihat, bila kita sakit baru lah sedar betapa besarnya nikmat sihat.

Selama Lima hari aku di JSH aku sedar banyak masa aku habiskan dengan sia sia... kalaulah Allah menjemput aku tak taulah apa akan berlaku pada aku di alam barzah... masyhar... mizan... syirat... dan seterusnya syurga atau neraka...

Semoga Allah memberia aku kekuatan untuk beribadat dengan lebih sempurna dan istiqamah dalam setiap amalan.

11 March 2011

Ikhlas...

Rasulullah saw bersabda " Allah s w t, tidak pandang pada rupamu atau kekayaanmu, bahkan Dia pandang pada keikhlasan hatimu serta sifat amalanmu".

Rasulullah saw ditanya mengenai erti iman, Beliau menjawab "Ertinya Ikhlas".

Hazrat Muaz telah di beri satu tugas di Yaman. Apabila beliau hendak berangkat, dia meminta nasihat dari Rasulullah saw yang bersabda"Dalam segala keyakinan dan tindakan kamu, jagalah keikhlasan, kerana ia menambah pahala kebajikanmu".

Satu hadis berbunyi "Allah swt hanya menerima amalan amalan hambaNya yang berdasarkan ikhlas.

Sebuah hadis berbunyi " Barang siapa sembahyang kerana hendak memperlihatkan kepada orang, dia menjadi seorang yang menyekutukan Allah, barangsiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkan kepada orang dia juga menyekutukan Allah. dan barangsiapa bersedekah kerana hendak menunjuk kepada orang dia juga menyekutukan Allah"

Buatdiriku dan teman2 , dalam mencari redha Tuhan, Acapkali sukar untuk hati kita melakukan sesuatu semata mata kerana Allah tanpa berbelah bagi, kita dihidangkan dengan pilihan untuk menggugat niat dan sukar mencapai tahap ikhlas..

Sesungguhnya Dia tahu..bahkan Maha tahu bahawa amat sukar bagi manusia melakukan untuk-Nya.
Lantas Allah khabarkan kita dengan pelbagai kemanisan hidup di syurga dan ganjaran pahala..serta azab yang pedih bagi yang ingkar..namun kita masih lagi tidak mampu untuk membayangkan segalanya kerana seringkali berharap mendapat sesuatu dalam masa terdekat..Rasulullah pernah berpesan,mahfum hadith..Menangislah ketika membaca al-Quran, jika kamu tidak bisa menangis maka cubalah sedaya,jika tidak jua buat-buatlah menangis..

Dari sinilah ulama mendapat kaedah istikhlas..buat-buat ikhlas..harus dalam usaha untuk ikhlas..istikhlas atau meminta untuk ikhlas. Elakan dari sifat menunjuk nunjuk dan bermegah megah, lakukan semata mata kerana Allah dengan istiqamah.

Ikhlas amat penting dalam segala amalan kita didunia yg fana ini....baik dari amalan kita pada Allah s.w.t mahupun amalan sesama manusia...

Ikhlas satu perkara yang susah nak dapat... Ikhlas adalah antara kita dengan Allah s.w.t sahaja....sedangkan malaikat yg membawa amalan kita kehadapan Allah s.w.t sendiri pun tak tahu samada amalan tersebut ikhlas atau tidak.....

Ulama ada berkata.." Ikhlas adalah umpama semut yang hitam dia atas batu hitam dimalam yang gelap gelita"

Nak dapat keikhlasan dalam segala amalan kita sangatlah susah.....dalam permulaan hendaklah kta beristiqamah dalam melakukan amalan....apabila istiqamah baru datang istikhlas kemudian baru dtg ikhlas.....

Hari ini sebagai contoh....kita yang jahil dan buruk perangainya...hendaklah ikuti sunnah nabi s.a.w.....apabila kita buat sesuatu kebaikan...mula-mula memang menjadi perbualan atau kutukan org lain....misalnya kita pergi solat ke masjid....adalah orang akan mengatakan..."alah macam le dia tu bagus" and so on.....rasa2 kita kalu tak tahan adakah kita terus pergi ke masjid ataupun putus asa....baik solat dirumah saje....
Disini,baik kita pergi saje walaupun orang cakap bukan2....walaupun mula2 niat kita mungkin tak ikhlas....bila kita beristikamah dalam amalan tadi....bila dah menjadi kebiasaan dlm hidup kita, satu hari tak pergi ke masjid rasa macam kekurangan sesuatu dlm kehidupan kita....

Dalam hal ini kita hendaklah mengikuti sunnah Nabi saw dalam setiap amalan dengan istiqamah... insaallah akan datang istikhlas dan barulah ikhlas.

Juga jangan lupa setiap selepas amalan mohonlah perlindungan dari Allah swt dan meminta ampunanNya .Jadi sama-sama lah kita usahakan agar ikhlas dtg dlm kehidupan kita seharian.....

22 February 2011

Tragedi Saripah Edora


Kisah benar yang betul-betul menyayat hati jika kita semua mampu menyelami perasaan suci seorang gadis yang bernama Saripah Edora. Semoga anda semua berolah manfaatnya nanti..

Haris tergesa-gesa berjalan meredah kelompok orang meredah orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri pasar malam Sabtu itu. Di situlah dia menemui Saripah Edora, gadis kecil molek yang berkulit hitam manis.

"Maaf, saya tak sengaja, cik adik tak apa-apa ke? "

Tak okey aje. Tak injured pun.

Biar saya ganti balik kata Haris sambil menunjukkan bungkusan cendol yang telah terburai ketika merempuh Saripah Edora.

Takpe encik pun macam nak cepat je, tentu ada hal penting.

Haah iye, jadi boleh saya ambil nombor telefon cik adik. Saya nak menebus kesalahan saya dengan belanja cik adik makan.

Saripah Edora panggil aje Pipah, menyambut huluran tangan Haris.

Maka, bertukar-tukarlah nombor telefon kedua-duanya hingga berlangsungnya episod-episod cinta antara Saripah Edora dan Haris. Seperti pasangan-pasangan yang lain, diorang gak melakukan aktiviti-aktiviti seperti keluar dating, tengok wayang, ber SMS, lepak kat tasik, makan-makan, bergaduh, merajuk dan berbaik semula dan bla..bla..bla.. sehinggalah hubungan mereka semakin intim dan temetrainya ikatan pertunangan tanpa bantahan dari kedua belah pihak adanya.

Saripah Edora memicit kepalanya, tekaknya rasa loya-loya, perutnya rasa nyilu semacam Saripah Edora memegang perut sambil tangannya memicit-micit kepala. Haris tidak berkata apa-apa, mukanya pucat tatkala melihat keadaan Saripah Edora yang macam perempuan mengandungkan anak sulung. Haris mulai berasa serba salah, menyesal, dan menyalahkan diri sendiri yang terlalu terburu-buru mengikut perasaan. Jika dia tidak memaksa Saripah Edora untuk memuaskan hasratnya, tentu tidak akan jadi begini. Kalaulah Haris tidak memaksa

Tak nak Pipah takut rayu Saripah Edora berkali-kali.

Haris tarik muka asam gelugor. Saripah Edora seperti hendak menangis, badannya sedikit menggigil-gigil menghapkan Haris tidak terus mendesak.

Pipah kan tunang abang. Kalau Pipah tak sudi maknanya Pipah tak cintakan abang.

Tapi Pipah Pipah takut kalau

Takpelah... potong Haris bersuara lesu.

Biarlah abang mati kempunan Pipah suka agaknya kalau abang takde

Baiklah suara Saripah Edora berketar dengan bibir terkemam.

Haris bersuara riang seperti kanak-kanak tadika.

Jangan bimbang apa pun yang akan berlaku abang akan bertanggung jawab. Lagipun, kan tak lama lagi kita akan kahwin.

Saripah Edora menggigit bibir, perasaan berbelah bagi bersarang semut di hati. Apakan daya hendak menolak satu-satunya permintaan Haris yang satu. Selama ini, permintaan Saripah Edora yang berbagai-bagai tak pernah sekalipun Haris tak tunaikan. Saripah Edora minta kasut, Haris belikan. Saripah Edora minta lagi kasut, Haris tetap belikan kasut tu tanpa merungut jugak Haris tetap menghulurkan duit kat cashier bayar harga kasut yang dibelinya. Saripah Edora belum membuka mulut untuk beli lagi satu kasut, Haris sudah faham kehendaknya. Jadi kali ini mahu tak mahu Saripah Edora mesti akur menurut kehendak Haris. Membuktikan cintanya yang benar-benar tulen bukan perkara main-main. Namun, tekad Saripah Edora tu bulatnya melengkung. Jantungnya masih berdebak-debuk. Andai jantung Saripah Edora bergerigi, pasti tembus dadanya dilolosi akan hebatnya rasa getaran dan gementarnya itu!

Haris menggenggam tangan Saripah Edora, meyakinkannya. Saripah Edora tunduk dengan mata terpejam membayangkan kengerian yang akan berlaku tak beberapa lama lagi. Terlintas juga di fikirannya untuk pura-pura pitam tapi ahh tiada gunanya! Teringatlah si Saripah Edora akan satu peribahasa Melayu moden, terlajak kereta time lampu merah boleh dirempuh lori dari arah bertentangan. Saripah Edora pasrah menyerah.

Abang akan bertanggungjawab atas segala keterlanjuran abang buat terhadap Pipah. Maafkan abang Pipah abang menyesal.

Saripah Edora terus memuntahkan segala isi perutnya, matanya berair, hidungnya berair mulutnya pun berair jugak berair liur sisa muntah.

"Kan dah cakap, Pipah tak nak main rollercoaster gayat!!!" Saripah Edora mencebik dalam tangis.

"Er aaa aaa aaa nanti haa, kasut baru !"

Dan pening kepala Saripah Edora mulai kendur tersenyum menggangguk Saripah Edora menyekat air mata yang masih bergenang. Haris kelegaan tahap maksima puas jugak dapat naik rollercoaster dengan Saripah Edora! Pertama kali merdeka jiwa rasanya!!!

Huhuhu tamatlah kisah tragedi Saripah Edora yang memang tragis ni… Amacam? sedih ke?