29 August 2009

Berdehem dalam solat...


aZAM: Ustaz, salam.. saya ada mendengar perbuatan berdehem dalam solat boleh membatalkan solat tersebut, apa pandangan ustaz? terima kasih...


al-Alorstari: aZAM, Mengikut Qaul Syafieyyah berdehem membatalkan sembahyang namun diharuskan oleh Mazhab yg lain. Mereka membataskan jika berdehem kerana ganguan tekak dan menganggu bunyi bacaan (Makhraj hurup)


al-Alorstari: maka ianya diharuskan. begitu juga dgn sesetengah qaul dlm Sayafieyyah kerana mendengar bunyi bacaan adalah Rukun Qauli. Wallahu'alam.

al-Alorstari: Bagi yg sengaja berdehem maka ianya BATAL. Tamat.

28 August 2009

Ramadhan...


Ramai hati hati yang pemurah di bulan yang mulia ini, begitu juga dengan hati yang dulu keras menjadi lembut.... Alhamdulillah.

Tidak dapat di nafikan, ramai orang yang berebut rebut untuk berbuat baik pada bulan yang mana amalan sunat diganjari seperti amalan fardu dan amalan fardu diganjari seperti 70x fardu... bertapa besar rahmat Allah kepada kita semua.

Jadi kalau kita sendiri yang mensia siakan peluang ini janganlah kita menyalahkan orang lain. Dalam setahun hanya ada sebulan saja dimana rahmat Allah ini terbuka dengan luas yang mana kalau kita terlepas, mungkin kita tidak akan dapat mengantikan dengan bulan bulan yang lain.

Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka sepenuhnya. Pintu-pintu neraka ditutup. Penduduk langit bergembira. Malah, syurga yang sedia hebat, diperindahkan dan dihiaskan lagi bila munculnya Ramadhan. Segalanya tidak sama lagi. Satu rakaat solat dalam Ramadhan, sama sekali tidak sama dengan satu rakaat solat di luar Ramadhan. Satu 'Subhanallah' dalam Ramadhan, jauh sekali beza pahalanya dengan satu 'Subhanallah' di luar Ramadhan. Bezanya seperti jarak langit dengan bumi.

Cuma satu perkara, yang sangat perlu kita ingatkan, istimewanya dalam bulan Ramadhan ini, marilah kita berusaha untuk benar-benar jaga solat lima waktu kita. Dapat dilihat ramai yang begitu bersungguh-sungguh untuk tarawih. Bersesak-sesak. Ada yang buat 8 rakaat, ada yang 20 rakaat. Ada yang bukan setakat 20 rakaat, siap imam hafiz lagi. Maka penuhlah masjid dan surau waktu tarawih. Malah melimpah-limpah. Apa yang menghairankan, kenapa semasa Maghrib dan Subuh, surau yang sama, kariah yang sama; tetapi menjadi kosong tidak seperti semasa tarawih? Malah dapat dilihat juga, isyak dilepaskan daripada berjemaah, sekadar datang untuk bertarawih sahaja. Apa sudah jadi?

Adakah kita faham bahawa nilai tarawih berjemaah itu lebih tinggi nilainya di sisi Allah melebihi nilai Maghrib, Isyak dan Subuh berjemaah? Wallahi.. Demi Allah! Nilai dua rakaat solat Subuh berjemaah itu jauuuuuh lebih tinggi daripada 20 rakaat solat tarawih. Lebih rugi lagi... satu solat fardhu yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan, Allah gandakan ganjarannya seperti 70 kali kita bersolat fardhu di luar Ramadhan... Siapa yang sanggup solat sampai 70 kali. Dan jika solat berjemaah kita dapat 27 ganjaran pada bulan bulan lain maka pada Ramadhan 27 x 70... Allahhuakhbar

Kita perlu faham, bila Allah letakkan pahala dan ganjaran yang tinggi kepada sesatu amalan, maka itu menunjukkan tahap suka dan redha Allah yang lebih besar kepada amalan tersebut. Bukankah kita beramal ini untuk 'menyukakan' Allah? Supaya Allah suka kepada kita. Bila Allah suka, maka Allah akan redha kepada kita? Jika demikian, kenapa kita tinggalkan atau remehkan perkara yang disukaiNya...

Semoga aku dan kawan2 semua dapat amal apa yang aku tulis ini... amin




20 August 2009

Audit...

Auditer berkenan dengan bunga yang ditanam... ye ke???

Alhamdulillah selesai sudah, setelah 3 hari company aku di audit. Audit kali ini adalah khusus untuk ISO 90001/2008 dan ISO 14001.

Sebulan sebelum audit ni, department aku lah yang paling sibuk. Tumpuan lebih kepada Environment kerana untuk documentation aku rasa tak ada masalah. Untuk tu aku jamin 100% update, sentiasa dari masa ke semasa. Tapi untuk ISO 14001 aku risau sikit maklumlah Buangan berjadual yang dari dulu memang susah untuk di jaga. Walaupun dari masa ke semasa trainning diberi, taklimat di beri , nasihat di beri, peringatan di beri tapi bagi se setengah staff ibarat mencurah air ke daun keladi, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Papan tanda dari bahasa english ke bahasa melayu di tampal, tapi masih sama. Mereka buat buat tak tau je... macammana tak bengang bila buka tong buangan berjadual elektronik waste dalam tu ada cotton glove, botol air, kertas dan lain lain. Tak sekolah ke yang buang ni. Geram geram.

So attitude mereka ni memang susah nak diatasi, so sebagai langkah terbaik sehari sebelum audit aku berjalan keliling kilang untuk memastikan semuanya lancar. Mana2 yang tak betul aku betulkan. Alhamdulillah walaupun penat aku puas hati. mana2 yang tak kena aku refer to department yang berkaitan, suruh dia selesaikan.

Bila bos aku tanya aku macammana semua, aku kata beres bos...
So pagi sebelum audit, ada sorang staff yang tunjuk rajin tanya aku mana nak buang Scheduled Waste XXX, aku kata kau masukkan ke tong XXX dan pls lable dengan lebal xxx. Masa aku nak assist dia, bos aku plk panggil untuk pre audit meating, so aku tinggal la mamat ni buat sorang2.

Selepas pre audit meeting, aku pun terlibat sama untuk di audit. Hari pertama tumpuan diberi khusus kepada ISO14001. Auditer ni yang memang aku kenal memang teliti, satu persatu di periksanya. Untuk documentation memang ok, so bila plant tour... memang aku risau.

Setelah satu persatu di periksa sampai lah ke scheduled waste.... berdebar aku.
betul sangkaan aku semalam aku check ok hari ni ko... geram aku mamat manalah yang suka2 mencampurkan waste berlainan kod ke dalam tong yang sama....geram geram.
Tiga kesalahan di kesan, bos aku kat situ juga melenting, bukan kat aku tapi kat department manager yang lain... yang tak pandai mendidik staff dia....
Bila aku tanya sapa yang buat semua tak mengaku.. tak pe aku check cctv... kata ku pada HR mgr.

Bila aku check cctv, rupanya ... org yang aku kenal sangat, lepas audit tu dia ada kata pada kawan aku "sapalah yang bodoh buang tinner waste dalam scrap matel ni." tak sangka aku, ada gunting dalam lipatan rupanya...heheh. Dia membodohkan diri dia sendiri rupanya... tapi dia masih tak tau apa yang aku dan kawan2 dia tau. Biarlah rahsia... eh macam CT plak.

Budak ni satu lagi kes, aku bagi nasihat beberapa kali dia tak hirau, ada ke patut buat kerja tak pakai safety shoes, safety halmet pun tak pakai. Aku cakap kat dia water jet tu kalau kena kaki boleh putus jari kaki kau dia buat bodoh je... Bila aku tangkap gambar dia baru tau takut...
Tersengih2 datang jumpa aku minta maaf...

Kekadang orang mengangap keselamatan satu pekara yang boleh di angap ringan. Aku tak faham kenapa. kalau terjadi kemalangan sapa susah... mereka dan keluarga mereka susah, aku pun susah nak jawap pada DOSH/JKKP.

14 August 2009

PERGI TAK KEMBALI

SETIAP INSAN PASTIKAN MERASA
SAAT PERPISAHAN TERAKHIR
DUNIA YANG FANA AKAN DITINGGALKAN
HANYA AMALAN YANG AKAN DIBAWA

TERDENGAR SAYUP SURAH DIBACA
SAYU ALUNAN SUARA
CEMAS DI DADA LEMAH TAK BERMAYA
TERBUKA HIJAB DI DEPAN MATA

SELAMAT TINGGAL PADA SEMUA
BERPIASH KITA SELAMANYA
KITA TAK SAMA NASIB DISANA
BAIKLAH ATAU SELAMANYA

AMALAN DAN TAQWA JADI BEKALAN
SEJAHTERA ,BAHAGIA PULANG....
KE SANA.

SEKUJUR BADAN BERSELIMUT PUTIH
REBAH BERSEMADI SENDIRI
MENGHARAP KASIH ANAK DAN ISTERI
APA MUNGKIN PAHALA DIKIRIM

TERBARING SEMPIT SELUAS PUSARA
SOAL BICARA TERUS BERMULA
SESAL DAN INSAF TAK BERGUNA LAGI
HANCURLAH JASAD DIMAMAH BUMI

BERPISAH SUDAH SEGALANYA
YANG TINGGAL HANYALAH KENANGAN
DIIRINGI DOA DAN AIR MATA
YANG PERGI TAK AKAN KEMBALI LAGI

( Vokal : Asri Ibrahim / Kumpulan Rabbani )

Sebenarnya umat kini tergolong di antara umat2 yang paling pendek usianya. Umat2 terdahulu ada yang sampai mencapai umur seribu tahun, bahkan ada yang lebih dari itu.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa umat2 yang terdahulu ada yang belum baligh sehingga mencapai umur lapan puluh tahun. Diriwayatkan bahawa ketika sebahagian dari bani Adam meninggal dunia pada umur kurang lebih seratus tahun, maka banyaklah makhluk yang merasa simpati terhadapnya, kerana telah meninggal dalam umur muda.

Diriwayatkan lagi, bahawa Rasulullah saw ketika merasakan bahawa umur umatnya terlalu pendek dibandingkan dengan umur umat terdahulu, beliau pun memohon dan bertadharru (memohon dengan sikap merendah dan beriba-iba) kepada Allah swt, mengadukan kependekan umur umatnya sehingga tidak cukup waktu bagi mereka untuk memperbanyakan ketaatan kepada Allah swt dan menambah amalan untuk akhiratnya.

Dengan itu berkuranglah kesempatan mereka untuk mendapatkan pahala, yang lebih banyak dari Allah swt atau untuk mencapai darjat dan kedudukan tinggi di sisi Allah azza wajalla.

Maka Allah menganugerahkan kepada umat Muhammad malam Lailatul Qadar yang lebih utama dari seribu bulan. Sehingga apabila umat ini bangun malam dan mengerjakan ibadat kepada Allah swt pada malam itu, seolah-olah ia telah beribadat selama seribu bulan (83 tahun 4 bulan).

Dan jika ada orang yang telah bangun beribadat pada malam lailatul qadar selama dua belas tahun, maka ia sama saja seperti orang yang beribadat kepada Allah swt selama seribu tahun lebih.

Renungkan lah hal ini....

Itulah kurnia besar dari Allah swt yang diberikan kepada umat ini. Berkat doa Rasulullah saw dan kemuliaan peribadinya disisi Allah swt. Semoga kita dapat menghargai pemintaan Nabi Muhammad saw dan pemberian dari Allah swt ini, dengan tekun mengerjakan ibadat pada bulan yang mulia bulan Ramadhan pada tahun ini.

Selamat menyambut Ramadhan, semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun2 terdahulu dan semoga malam2 ramadhan tahun ini dihiasi dengan amal ibadat kepada Allah swt....

13 August 2009

Doa H1N1

Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan


kepada yang telah menerima email doa seperti di atas minta di abaikan doa tersebut. Telah tersebar melalui e-mail meminta orang ramai mengamalkan dan menyebarkan satu doa pelindung dari penyakit berjangkit, disediakan oleh seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), lengkap dengan no. telefon (bimbit) dan no. rujukan JAIS.

setelah di selidiki tiada "Bahagian Dakwah Bebas" di JAIS. Nombor telefon itu juga tidak ada jawapan apabila di hubungi.


Doa ini jelas berunsur syirik dan syiah: "... lima dengannya aku memadam kepanasan penyakit berjangkit..... Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah..."

Doa tersebut bukan di ambil dari hadith yang shahih. Doa ini juga pelik kerana ia bertawassul dengan mereka yang telah wafat. Kita hanya boleh memohon perlindungan dari Allah sahaja bukannya dengan manusia kerana ia akan mendatangkan syirik.

Doa tersebut juga di percayai di reka oleh orang syiah. Adalah menjadi pegangan pengikut-pengikut syiah untuk mengagungkan Syaidina Ali, Fatimah dan kedua anak mereka melebihi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri.

Cuba tengok nama syeikh yang disebutkan,saya rasa mungkin ia merujuk kepada Ashaari Muhammad,sebab dia sahaja yang ithbat diri sebagai Putra Bani Tamim Malaysia.Tengok dia punya laqab tuh- At-Tamimi Al-Malizi.

Bukankah ada doa lain yang tsabit dengan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم untuk elak wabak penyakit. Doa yang di syorkan adalah :-


عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

Sumber : - “Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan sore hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” HR. Abu Dawud 4/323, At- Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332, Al-Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar hal. 39.
- Kitab Hisnul Muslim, Kumpulan Doa dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah, Said bin Ali Al Qathani

08 August 2009

Amalan Bermusim...

Maghrib masuk jam 7:18, seperti biasa aku bila azan berkumandangan baru menghidupkan enjin kereta untuk ke surau. Hari ini aku membawa Aman bersama-sama. Sampai disurau aku tengok bilangan kereta melebihi dari biasa. Sebelum keluar dari kereta Aman berkata kepada aku"Ayah kenapa orang ramai sangat?" aku yang sibuk mencari parking hanya berkata "Malam Nifsu Syaaban". Selesai memakir kereta aku menuju ke tempat solat. Tiba2 aku terkejut....
Mana aku nak solat ni, takkan kat tangga ni... Nak masuk ke dalam dah tak muat, penuh dengan jemaah. Sehingga aku lihat imam 1&2 yang datang lambat macam aku solat kat depan pintu je.

Tiba2 ada sorang berkata padaku "Zam kat tempat solat perempuan banyak kosong"
aku " Ehhh... takkan nak solat kat tempat perempuan"
"Orang perempuan tak ada la" katanya lagi.
Aku pun bergesa menuju ke ruang solat wanita.

Selesai solat, aku menjenguk ke ruang solat lelaki, takjub aku ruang yang boleh diisi 300 jemaah penuh. Biasanya maghrib hanya 15 ke 20 orang saja. Tapi hari ini sampai ke pintu masuk penuh, dan imam 1&2 solat kat pintu masuk hehe. Dan yang memenuhkan surau aku malam itu ialah orang2 bangladesh, yang berkerja di kilang berhampiran.


Tak sangka aku, aku dengar mereka dapat cuti khas sempena nisfu syaaban itu.

Solat subuh juga dipenuhi oleh mereka.

Tapi selepas malam nisfu syaaban melabuhkan tirainya, keadaan kembali seperti sediakala..

Mana mereka?
Mana oeang bangladesh?
Mana orang tempatan?

kenapa bila malam tertentu saja kita pergi ke surau?
Kenapa malam malam lain kita tidak pergi ke surau?

Kalaulah semua orang solat berjemaah bersama keluarga di rumah masing2 kosong lah surau...
Untuk memakmurkan surau adalah fardu kifayah, orang buat aku tak payah... betul ke

Saidina Umar ra berkata lebih kurang maksudnya " untuk kita melihat keadaan sesuatu kampung atau taman kita lihat suraunya, jika kosong surau maka kosonglah kampung itu, jika penuh surau penuh kampung itu dengan kasih sayang"

Nabi saw, dari Anas r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah swt apabila menurunkan PENYAKIT dari langit ke atas ahli bumi dipalingkan dari mereka( penyakit tersebut ) sekiranya masjid dimakmurkan.”
( Riwayat Ibn Asakir )

Jelas dari hadith di atas, jalan keluar adalah kembali kepada agama. Maksudnya kembali membetulkan amalan umat agar kembali kepada ketaatan kepada Allah swt. Berusaha untuk memperbaiki amalan kita semua dengan bersungguh-sungguh juga berusaha untuk mengajak orang lain untuk memperbaiki amalan mereka. Amalan yang jelas bagi menghindari bahaya seperti H1N1, ini adalah amalan memakmurkan masjid.

Jadi janganlah menjadikan sesuatu amalan itu sebagai musim, istiqamah lah setiap waktu supaya istiklas datang dalam diri.

AYAT PENGERAK

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Diambil dari www.darussyifa. org

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

02 August 2009

Antara Dua Darjat...

Gambar Haiwan selepas Sejarah Tamadun Manusia...



Gambar Haiwan praSejarah Tamaddun Manusia...


Cuba lihat dan perhatikan dua gambar diatas dengan teliti...
Dan baca komen untuk gambar kedua ini
"Siapa bilang manusia purba tak dapat menggambar, memahat, dan melukis dengan indah? Karya mereka tak kurang hebatnya seperti seniman Picaso, Rembrant, dan lain-lain. Karya lukis yang terpatri puluhan ribu tahun silam terekam jelas menjadi karya seni rupa alami yang monumental yang hingga kini dapat dinikmati dan diakui sangat mempesona dunia.
Dari gua-gua tempat mereka tinggal, dan berawal dari sinilah kemudian gambar-gambar hingga huruf abjad diciptakan oleh manusia ketika mulai memasuki masa sejarah peradabannya (masa historik). Ditandai ekspresi seni rupa yaitu seni pahat dan lukis kemudian huruf abjad simbol pertama kali diciptakan oleh bangsa Mesir yaitu Hiroglief (huruf abjad yang diambil dari simbol lambang mahluk hidup, benda mati dll) diperkirakan sekitar 3500-2500 SM hingga mahakarya seni bangunan Piramida di Gizeh"

Beruntung kan Gambar kedua ini, pelukis diaggungkan dan dihargai hingga beribu ribu tahun sehingga sekarang.

Berbalik kepada gambar pertama, yang baru dilukis di dinding rumah(bukan gua) bukan pujian dan sanjungan yang diterima, sebaliknya kata2 amaran supaya perbuatannya tidak diulangi lagi.
Bapa kepada pelukis gambar ini juga telah menghabiskan wang ringgit dan masa untuk menghilangkan jejak lukisan ini dari sejarah...
Satu lagi keajiban dunia telah hilang...
Malang sungguh pelukis tidak dihargai...

Mungkinkah kalau gambar ini di biarkan, satu masa dan ketika pelukis dan lukisannya akan disanjung seperti gambar kedua?


Dua orang pelukis bersama bapanya sedang menikmati kesejukan air...

Antara koleksi Lukisan pelukis...
Satu lagi hasil seni yang dipadamkan dari sejarah..

01 August 2009

Andai Ku Tahu...

*dipetik dari Osman Affan under Motivasi

Satu kisah…..seorang wanita dalam perjalanan untuk ke stesen bas. Dia sekarang berada di Kuala Terengganu dan mahu bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres. Bas dijadualkan bertolak pada pukul 9 malam dan sekarang jam menunjukkan pukul 8.45 malam.

“Ishh..cepatlah dik. Terlepas bas akak nanti.”

Si adik hanya mendiamkan diri. Keretanya yang tidak pernah rosak sebelum ini tiba-tiba sahaja meragam sebelum memulakan perjalanan tadi. Si kakak sudah tidak berhenti-henti merungut kerana bimbang tertinggal bas.

“Aduh…10 minit lagi…. jauh lagi ni!” rungut si kakak kerana memikirkan masih ada lebih kurang 15 kilometer lagi sebelum sampai ke perhentian bas. “Semuanya serba tak kena malam ni!” Katanya lagi.

“Takpe, selalu bas kan lambat bertolak. Cakap pukul 9, pukul 9.15, 9.30 baru bergerak….macam tak biasa,” sahut si adik untuk menenangkan diri sendiri dan diri si kakak. Si kakak tidak membalas, hanya memasamkan muka.

Tepat 9.05 malam, mereka sampai ke stesen bas. Malangnya, mereka diberitahu bas telah bertolak tepat pukul 9.02 minit tadi. Si kakak terus mengeluh. Si adik tidak berkata apa-apa. Si kakak akan terlepas masuk kerja esok. Si adik akan menerima leteran sepanjang malam.

Di awal pagi keesokan harinya, si kakak menerima berita yang agak mengejutkan. Bas yang bertolak malam tadi terkandas di sempadan Kemaman dan Pahang disebabkan banjir. Semua penumpang terpaksa bermalam di dalam bas dan ada juga yang dijemput oleh keluarga berdekatan untuk pulang semula ke rumah.

Si kakak menarik nafas panjang. “Kalau aku naik bas semalam, tidakkah aku kena tidur dalam bas yang sempit dan mungkin panas sepanjang malam?”

Si adik hanya tersenyum semasa mendengar berita tersebut.

Cerita tamat.

Satu persoalan yang bermain di minda saya. Pernahkah kita merungut, sedih dan murung tentang sesuatu sedangkan perkara tersebut sebenarnya adalah permulaan kepada sesuatu yang sangat menggembirakan diri kita? Pernahkah sesuatu yang kita sangka satu bencana atau musibah tetapi sebenarnya adalah satu rahmat kurniaan Allah? Inilah mesej yang perlu kita fikirkan bersama. Jika kita sedang dilanda kesedihan atau kekecewaan, mungkin ada rahmat dan kegembiraan yang sedang bersembunyi disebaliknya. Jika kita fokuskan minda kita secara positif kepada perkara ini, tahap kesedihan dan kedukaan yang kita alami akan menurun dan hati kita akan jadi lebih tenang. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.”
Sekadar Gambar Hiasan

Selamat mencari ketenangan dan kegembiraan dalam setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita.