08 August 2009

Amalan Bermusim...

Maghrib masuk jam 7:18, seperti biasa aku bila azan berkumandangan baru menghidupkan enjin kereta untuk ke surau. Hari ini aku membawa Aman bersama-sama. Sampai disurau aku tengok bilangan kereta melebihi dari biasa. Sebelum keluar dari kereta Aman berkata kepada aku"Ayah kenapa orang ramai sangat?" aku yang sibuk mencari parking hanya berkata "Malam Nifsu Syaaban". Selesai memakir kereta aku menuju ke tempat solat. Tiba2 aku terkejut....
Mana aku nak solat ni, takkan kat tangga ni... Nak masuk ke dalam dah tak muat, penuh dengan jemaah. Sehingga aku lihat imam 1&2 yang datang lambat macam aku solat kat depan pintu je.

Tiba2 ada sorang berkata padaku "Zam kat tempat solat perempuan banyak kosong"
aku " Ehhh... takkan nak solat kat tempat perempuan"
"Orang perempuan tak ada la" katanya lagi.
Aku pun bergesa menuju ke ruang solat wanita.

Selesai solat, aku menjenguk ke ruang solat lelaki, takjub aku ruang yang boleh diisi 300 jemaah penuh. Biasanya maghrib hanya 15 ke 20 orang saja. Tapi hari ini sampai ke pintu masuk penuh, dan imam 1&2 solat kat pintu masuk hehe. Dan yang memenuhkan surau aku malam itu ialah orang2 bangladesh, yang berkerja di kilang berhampiran.


Tak sangka aku, aku dengar mereka dapat cuti khas sempena nisfu syaaban itu.

Solat subuh juga dipenuhi oleh mereka.

Tapi selepas malam nisfu syaaban melabuhkan tirainya, keadaan kembali seperti sediakala..

Mana mereka?
Mana oeang bangladesh?
Mana orang tempatan?

kenapa bila malam tertentu saja kita pergi ke surau?
Kenapa malam malam lain kita tidak pergi ke surau?

Kalaulah semua orang solat berjemaah bersama keluarga di rumah masing2 kosong lah surau...
Untuk memakmurkan surau adalah fardu kifayah, orang buat aku tak payah... betul ke

Saidina Umar ra berkata lebih kurang maksudnya " untuk kita melihat keadaan sesuatu kampung atau taman kita lihat suraunya, jika kosong surau maka kosonglah kampung itu, jika penuh surau penuh kampung itu dengan kasih sayang"

Nabi saw, dari Anas r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah swt apabila menurunkan PENYAKIT dari langit ke atas ahli bumi dipalingkan dari mereka( penyakit tersebut ) sekiranya masjid dimakmurkan.”
( Riwayat Ibn Asakir )

Jelas dari hadith di atas, jalan keluar adalah kembali kepada agama. Maksudnya kembali membetulkan amalan umat agar kembali kepada ketaatan kepada Allah swt. Berusaha untuk memperbaiki amalan kita semua dengan bersungguh-sungguh juga berusaha untuk mengajak orang lain untuk memperbaiki amalan mereka. Amalan yang jelas bagi menghindari bahaya seperti H1N1, ini adalah amalan memakmurkan masjid.

Jadi janganlah menjadikan sesuatu amalan itu sebagai musim, istiqamah lah setiap waktu supaya istiklas datang dalam diri.

3 comments:

Zaki said...

teringat masa aku kat sabah dulu, masa sembahyang raya...tak muat kat masjid dgn penuh satu padang, tapi masa sembahyang jumaaat, lengang je masjid.

aza ni said...

begitulah adanya tuan ,hari istimewa penuh masjid..

GigiPalsu said...

Zaki & Azani...
Ada satu suara kelakar yang aku dengar...
"nampak gaya kita kena besarkan surau ni, tengok sekarang dah tak muat"

Tapi hari2 lain, lengang je...hehe