28 August 2009

Ramadhan...


Ramai hati hati yang pemurah di bulan yang mulia ini, begitu juga dengan hati yang dulu keras menjadi lembut.... Alhamdulillah.

Tidak dapat di nafikan, ramai orang yang berebut rebut untuk berbuat baik pada bulan yang mana amalan sunat diganjari seperti amalan fardu dan amalan fardu diganjari seperti 70x fardu... bertapa besar rahmat Allah kepada kita semua.

Jadi kalau kita sendiri yang mensia siakan peluang ini janganlah kita menyalahkan orang lain. Dalam setahun hanya ada sebulan saja dimana rahmat Allah ini terbuka dengan luas yang mana kalau kita terlepas, mungkin kita tidak akan dapat mengantikan dengan bulan bulan yang lain.

Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka sepenuhnya. Pintu-pintu neraka ditutup. Penduduk langit bergembira. Malah, syurga yang sedia hebat, diperindahkan dan dihiaskan lagi bila munculnya Ramadhan. Segalanya tidak sama lagi. Satu rakaat solat dalam Ramadhan, sama sekali tidak sama dengan satu rakaat solat di luar Ramadhan. Satu 'Subhanallah' dalam Ramadhan, jauh sekali beza pahalanya dengan satu 'Subhanallah' di luar Ramadhan. Bezanya seperti jarak langit dengan bumi.

Cuma satu perkara, yang sangat perlu kita ingatkan, istimewanya dalam bulan Ramadhan ini, marilah kita berusaha untuk benar-benar jaga solat lima waktu kita. Dapat dilihat ramai yang begitu bersungguh-sungguh untuk tarawih. Bersesak-sesak. Ada yang buat 8 rakaat, ada yang 20 rakaat. Ada yang bukan setakat 20 rakaat, siap imam hafiz lagi. Maka penuhlah masjid dan surau waktu tarawih. Malah melimpah-limpah. Apa yang menghairankan, kenapa semasa Maghrib dan Subuh, surau yang sama, kariah yang sama; tetapi menjadi kosong tidak seperti semasa tarawih? Malah dapat dilihat juga, isyak dilepaskan daripada berjemaah, sekadar datang untuk bertarawih sahaja. Apa sudah jadi?

Adakah kita faham bahawa nilai tarawih berjemaah itu lebih tinggi nilainya di sisi Allah melebihi nilai Maghrib, Isyak dan Subuh berjemaah? Wallahi.. Demi Allah! Nilai dua rakaat solat Subuh berjemaah itu jauuuuuh lebih tinggi daripada 20 rakaat solat tarawih. Lebih rugi lagi... satu solat fardhu yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan, Allah gandakan ganjarannya seperti 70 kali kita bersolat fardhu di luar Ramadhan... Siapa yang sanggup solat sampai 70 kali. Dan jika solat berjemaah kita dapat 27 ganjaran pada bulan bulan lain maka pada Ramadhan 27 x 70... Allahhuakhbar

Kita perlu faham, bila Allah letakkan pahala dan ganjaran yang tinggi kepada sesatu amalan, maka itu menunjukkan tahap suka dan redha Allah yang lebih besar kepada amalan tersebut. Bukankah kita beramal ini untuk 'menyukakan' Allah? Supaya Allah suka kepada kita. Bila Allah suka, maka Allah akan redha kepada kita? Jika demikian, kenapa kita tinggalkan atau remehkan perkara yang disukaiNya...

Semoga aku dan kawan2 semua dapat amal apa yang aku tulis ini... amin




2 comments:

aza ni said...

terimakasih ustaz

GigiPalsu said...

Chief...
Terimakasih kembali...