Pagi ni, selepas bersiap siap untuk ke plant, aku turun kebawah. Melihat anak2 dan isteri ku bersarapan... aku biasanya sarap di tempat kerja bersama kawan2. Jarang bersarapan di rumah pada waktu pagi. Setelah memasukkan nasi goreng dalam bekas, aku bersama ejah dan aman menuju ke kereta. Biasanya ejah akan duduk depan dan aman duduk belakang. Di dalam kereta, tak banyak yang dibualkan. Sampai di sekolah agama mereka turun. Aku meneruskan perjalanan...
Sampai di trafik light sekolah kebangsaan aku berhenti. Lampu merah... Di sini aku biasa akan melihat budak2 sekolah melintas jalan dengan perasaan takut, kerana pernah suatu hari seorang budak dilangar oleh sebuah motosikal betul2 di hadapan kereta aku. Setiap kali melihat motosikal yang dipandu laju melalui jalan tengah, hati ku akan berdoa supaya budak2 itu selamat...
Aku rasa nak turun dan ketuk kepala mereka yang memecut laju... di depan kira kira 3 meter lampu isyarat merah dan di situ juga budak2 melintas pun mereka nak memecut.
Syukur bila lampu kembali hijau dan tiada apa yang berlaku...
Aku meneruskan perjalanan...
Sampai di sekolah Nam Heng, di zebra crossing kelihatan budak2 sekolah SRJK bersama ibu bapa mereka hendak melintas, kereta dihadapan aku segera membreak diikuti aku, kereta dikanan aku terus memecut, aku hanya geleng kepala.
Apalah la sangat masa yang dikejar hanya beberapa saat berbanding dengan nyawa sesorang dalam hatiku...
Setelah kereta di dua lane jalan benar2 berhenti, maka dua orang budak india mula melintas, tiba2 aku terpandang cermin sisi kancil ku dan kelihatan seorang penunggang motosikal meluru dengan laju bak mat merempit. Allah! Allah! terpacul dari bibirku dan kemudian motosikal dari tengah lane jalan itu betul2 merempuh budak india yang sedang melintas. Aku tergamam, ku lihat sekeliling semua pemandu juga tergamam...
Ku lihat budak india itu cuba bangun, sambil terhenjut2... Geram aku melihat pemuda tersebut... dalam hati ku kalau lah aku dekat dengan dia dah lama aku sekeh kepalanya...
Pemuda tersebut berguling saja, mungkin rasa takut dan bersalah (berlakun la tu) sambil budak india tersebut bangun dan terhenjut2.... Kemudian bapa kepada budak itu datang menolong anaknya sambil menendang nendang badan, kepala pemuda tersebut. Seperti dalam drama, kami di dalam kereta hanya menjadi penonton saja... Tak puas dengan menendang, lelaki india tersebut membuka halmet dan memukul pemuda tersebut dengan halmetnya...kemudian keluar dari kereta disebelah aku seorang pemuda india yang memakai baju putih persis polis trafik, apabila pemuda india itu datang barulah lelaki india itu berhenti memukul. Tapi kemudia dia kembali menyambung seranganya tampa henti, dalam hati aku mati juga pemuda ni. Aku kemudian menekan hon berkali2 (nak dtg dekat takut kena belasah), selepas berkali2 aku menekan hon, maka kereta lain juga menekan hon barulah pukullan dihentikan dan pemuda india itu menarik bapa budak itu ketepi meninggalkan mat rempit tersebut...
Aku kemudian meneruskan perjalanan...
Manusia zaman sekarang hanya mementingkan diri, tanpa memikirkan orang lain...
Berhenti sesaat adalah lebih baik dari menyesal seumur hidup...
Nilai 2 kemanusian telah hilang akibat kerakusan pada dunia yang kononnya mengejar masa akibat kecuaian diri sendiri...
Tapi aku rasa aku juga akan berbuat sama seperti bapa budak itu...
Wahai Diri Bukan Aku Tidak Mahu Dikau Memilikinya, Tetapi Demi Kemuliaan Mu Jua Bersabarlah....
31 March 2009
28 March 2009
Kereta baru...
Kereta baru...
Bukan kereta aku, walaupun aku yang jumpa jurujual...
Bukan kereta aku, walaupun aku yang pilih kaler...
Bukan kereta aku, walaupun aku yang tempah...
Bukan kereta aku, walaupun aku yang terima surat aggrement dan sign...
Bukan kereta aku, walaupun aku yang bayar deposit kat jurujual...
Bukan kereta aku, walaupun pagi ni aku dapat kunci dan bawak balik kereta...
Bukan kereta aku, walaupun kereta tu sekarang ada dalam pagar rumah aku...
Bukan kereta aku, walaupun kancil aku terpaksa parking kat luar pagar...
Bukan kereta aku, kerana aku masih sayang dengan kancil yang dah 7 tahun aku pakai..
Bukan kereta aku, kerana kancil aku tak rela bermadu...
Tapi bila aku pandu kereta ini dari perodua balik ke rumah aku...peeehhhh seronok nya.
Power berbanding kancil 660 aku.
Sebenarnya kereta ini adalah kereta cik cyla kembar spekmataku hasil dari titik peluhnya yang pertama, oleh kerena mereka kembar tak seiras maka cik cyla la yang ada kereta dulu...
Spekmataku insaallah bulan julai baru grad...
So untuk spekmataku jangan bersedih...
Teruskan perjuangan...
Gunakan study week ini sebaiknya...
Selamat berjuang...
Untuk Cik Cyla pula.. Jangan lupa hafal dulu doa naik kenderaan sebelum kunci boleh diserahkan...
24 March 2009
hehehe
Mimpi adalah kunci
Untuk kita menakhlukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya
Laskar Pelangi
Tak kan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di Angkasa
Warnai bintang di jiwa
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya…
Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita
Laskar Pelangi
Tak kan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah Surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah Surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya
Selamanya
13 March 2009
Happy Island...
Esok insaallah aku akan balik ke "Happy Island" Manir Kuala Terengganu. Kali ini balik tak lama lebih kurang 5hari saja, 2hari perjalanan so ada baki 3hari bersama keluarga...
Aku rasa inilah kali pertama aku balik 3 hari saja, biasanya seminggu di kg...
Tapi tak pee.. walaupun tak panjang aku berazam untuk menghabiskan masa dengan penuh makna...
Biasanya bila cuti panjang, aku menjadi bosan, tak tau nak buat apa...
Nak berjalan jalan ada saja halangan...
Hampir 13 tahun aku belajar jadi orang Ganu... belum pernah sekali pun aku ke Tasik Kenyir...
Nak pergi banyak kali tapi tak menjadi... Dalam masa itu hanya sekali ke Sekayu....
Kekadang tu dah planning cantik... dah bertolak pun sampai tengah jalan patah balik bila cuaca mendung..hujan renyai2.....hujan lebat22.....balik umah.
Memang tak ada rezeki aku nak gi sana...
Kekadang tu rasa nak ajak family gi jalan2 cari makan sambil cuti2 malaysia ke utara atau mana2 je...
Tapi bila memikirkan dalam setahun hanya tak lebih 3 kali je balik ganu, maka impian terpadam...
Masa ni la nak balik, ikram family, sukakan hati maa ayoh, maklumlah bukan selalu mereka dapat jumpa anak perempuannya dan cucu2 dia...
Dulu masa balik kampung seronok.. masa anak aku sorang, bukan apa masa tu adik2 ipar aku kecik lagi, masih sekolah rendah... kan seronok cos melayan budak2 tu cakap ganu...heheh
Masa tu tak de yang pandai 'cakap luar'... kekadang tu terkebil2 aku bila pokcik mokcik menyapa aku... aku tak faham...
kekadang tu kecik hati gak maklumlah baru sampai dia org dah tanya 'balik bila...'
Setahu aku dia tanya bila aku nak balik semula...heheh baru sampai dah disuruh balik..
Tapi sekarang budak2 tu dah besar... dan ada yang dah berumah tangga...
Dah pandai 'cakap luar' bukan tu je dah pandai cakap orang putih...
Dua orang jadi cikgu bahasa inggeris tu belum termasuk bapak mertuaku... ex Sir...
Dulu masa balik, anak aku jadi rebutan maklumlah cucu sulung, diusung ke hulu kehilir... sampaikan dia mandi pun kena kerumun...
Sekarang tak lagi...
Dulu masa aku mula2 menjadi ahli keluarga, lepas nikah, dalam seminggu aku akan gi rumah saudara mara, dijemput kerumah mereka dan dihidangkan makanan gannu yg sedap2...
Sekarang biras aku yang baru tak pula, kenapa yek....
Tapi untuk aku pulak dulu kini dan selamanya... layanan maa terhadap aku tetap sama...
Alhamdulilah...
So balik ni aku tak sabar nak makan nasi dagang dan nasi lemak yang maa buat... sedap
Kekadang tu kesihan aku dengan maa, banyak masa dihabiskan di dapur...
Dah hampir 11 tahun mak kepada maa aku sakit, sakit yang menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan bercakap...
Dalam masa 11 tahun ini jugalah maa, mak teh nik dan cik de bergilir2 menjaga nya... Kekadang tu 2..3 bulan di rumah mak teh nik, maka dalam masa 2..3 bulan inilah maa aku setiap pagi akan ke rumahnya selama 2 atau 3 jam. Memandikan, menukar lampin, menyuapkan makanan dll, setelah selesai tugas2 tersebut barulah balik...mujur ayoh aku memahami, dialah yang menghantar dan menjemput setiap pagi. Kekadang tu 2..3 bulan pula di rumah mertuaku, maka kali ini mereka pula lah yang datang begitulah seterusnya...jadi pergerakan maa aku terhad tidak boleh pergi jauh atau lama... tu yang dia berat hati kalau anak2 ajak gi umah masing2...
Aku pernah cakap kat maa aku, 'sebenarnya menjaga orang tua kita ini adalah tanggungjawab anak lelaki dan bukannya anak perempuan' dan jika anak perempuan hendak menjaga kedua orang tuanya maka dia haruslah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu...
Ini kerana syurga isteri ada pada suami... syukur ayoh aku memahami...
Dan ujian ini jugalah yang Allah beri pada aku... Semasa mak aku sakit, mak aku tinggal bersamaku... bukan senang untuk berbakti pada orang tua, makan pakai boleh diberi , tapi hati dan perasaan susah dijaga. Aku juga berazam untuk terus menjaga abah aku. Alhamdulilah walaupun anak2 aku nakal dan suka membuat bising tapi abah tak kisah...
Di rumah anak2 yang lain sebulan dah kira lama itu pun selepas dipaksa mereka....
Bila abah tak ada kat umah aku sunyi jadinya... budak2 pun kurang aktif... makan tak berselera...
Esok aku nak balik ke ganu, abah pula balik kampung cos rumah jiran selang dua buah rumah yang juga merangkap anak sedaranya buat kenduri kahwin...
Bila ditanya bila abah nak balik sini, dia kata kau balik, abah balik la... sedih gak...

07 March 2009
Kampung Dan Rambutan...
Pagi ini perasaan aku meronta2 untuk balik kekampung...
Semua ini bermula pada pagi jumaat, selepas bersembang pasal kampung dengan Ainuddin di store, perasaan aku untuk balik kampung begitu kuat.
Aku rasa dah dekat 4 bulan aku tak balik, walaupun di kampung aku tu dah tak ada sapa kecuali jiran2 itu pun mungkin tidak ada di rumah (semua warga tua).
So pagi ini semasa wife aku nak ke sekolah aku pun bersiap sama untuk balik kekampung. Bila aku suarakan hasrat hati aku ini pada abah aku, tergambar wajah keseronokan untuk dia balik kerumahnya...
Dah 3.5 tahun abah aku tinggal bersama sama aku ini bermakna sudah tiga tahun juga ibu ku telah pulang ke rahmatullah asbab sakit buah pinggang.
So bila aku kejutkan anak2 aku dia orang bingkas bangun, ejah tanya aku, ayah nak naik basikal gi tasik ke? begitu juga aman.
Aku kata tak la ayah nak balik kampung...
Mereka kata nak ikut !
Aku kata jom...
Muhammad seperti biasa bila di ajak dia menolak alasanya jauh la, penat duduk dalam kereta dll...
So aku pun balik ke kampung dengan abah, ejah, aman dan abby je...
Perjalanan sejauh 80 km telah mengambil masa kira2 1 jam. Dalam kereta tak banyak yang dibualkan cuma budak2 tu je yang bergurau sesama mereka.
Seperti biasa apabila sampai ke kampung, tempat pertama aku tuju adalah Masjid, di masjid aku mengambil wudu dan setelah sembahyang sunat tahyatulmasjid 2 rekaat aku menuju ke tanah perkuburan, tempat di mana ibuku di semadikan...
Di sini aku biasanya membaca surah yassin dan AlMulk dan kemudian berdoa kepada Allah swt:-
Ya Allah Ampunkanlah segala dosa ibuku...
Tukarkan lah segala keburukan Ibuku kepada Kebaikan...
Tukarkan lah segala Dosa Ibu ku kepada Pahala...
Tukarkanlah segala kemurkaan Mu terhadap Ibuku kepada Rahmat dan kasih sayang...
Luaskan lah kubur Ibuku seluas mata memandang...
Jadikanlah kubur Ibuku sebagai sebuah dari Taman2 syurga dan jauhkanlah kubur Ibuku sebuah dari lembah2 api neraka...
Aku juga meminta supaya roh ibu ku ditempatkan dikalangan orang2 yang soleha... Amin
Sedih terasa...
ibu yang menjaga kita telah tiada...
Ibu yang melahirkan kita telah tiada...
Ibu yang bersusah payah untuk kesihatan dan kesenangan kita telah tiada...
Tapi aku yakin janji2 Allah melalui sabdaan Nabi saw yang mulia iatu:
"Tiada seorang yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan Allah swt akan menyelamatkan dari ujian kubur" - Riwayat ahmad & AtTirmizi.
Dan Ibuku telah meninggalkan dunia ini pada hari jumaat 9.12.2005
Insaf sejenak di atas tanah perkuburan ini, satu masa kita akan berada di tempat yang sama seperti mereka (kubur)....
So setelah kira2 1/2 jam disana aku pun menuju ke rumah...
Sudah hampir 4 tahun rumah ini terbiar... keadaan tak terurus banyak sampah... habuk... dll
Sedih terdetik dalam hati ini, dulu aku dibesarkan disini, bermain bersama kawan2, bila balik disambut ibu dan abah, bila meninggalkan rumah dihantar dan dilambai...
Kini ianya hanya tinggal kenangan...
Dan yang pasti ianya tidak akan kembali lagi...
Satu masa keadaan ini akan berlaku pada anak2 aku jua...
Ini adalah kitaran kehidupan...
Cuma apa yang menceriakan aku balik pada kali ini ialah pokok rambutan aku berbuah lebat...
Di kejiranan aku ini hanya pokok rambutan rumah aku dan rumah jiran aku saje yang berbuah...
Rumah lain tidak. Syukur pada Allah yang mengeluarkan buah rambutan pada pokok aku semasa pokok lain tidak berbuah...
So aku dan abah melilau mencari galah yang aku pun tak tau kat mana, setelah galah tidak dijumpai maka abah aku pergi kerumah jiran untuk meminjam galah....
Setelah salam tak bersahut, dan kami hampir putus asa, maka keluarlah jiran aku...
Maaf la cik tak dengar katanya... Tak pe cik, sorry menganggu kata ku. Galah ada cik....
Jiran aku ini ada anak 11, sekarang pun tinggal berdua saja. Anak2 nya telah berpindah merata...
Pak cik tu telah menolong aku sama2 memetik buah rambutan. Setiap orang yang lalu di depan rumah, abah aku bagi rambutan, seronok mereka maklumlah rumah mereka takda...
Ejah aman dan abby pun kepenatan...
Setelah kereta aku penuh dan badan pun letih aku buat keputusan untuk balik ke BSA...
Aku tak tau bila akan balik semula ...
Dalam perjalanan balik ke BSA semua anak2 aku tidur kepenatan, hanya abah aku dan aku yang kekadang tu berbual tentang kampung...

05 March 2009
Jodoh...
Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..
Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "
Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "
Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"
Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."
Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu
'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'
Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... .."
Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."
Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"
Ustaz : "BERCERMIN!"
Subscribe to:
Posts (Atom)