Pagi ini perasaan aku meronta2 untuk balik kekampung...
Semua ini bermula pada pagi jumaat, selepas bersembang pasal kampung dengan Ainuddin di store, perasaan aku untuk balik kampung begitu kuat.
Aku rasa dah dekat 4 bulan aku tak balik, walaupun di kampung aku tu dah tak ada sapa kecuali jiran2 itu pun mungkin tidak ada di rumah (semua warga tua).
So pagi ini semasa wife aku nak ke sekolah aku pun bersiap sama untuk balik kekampung. Bila aku suarakan hasrat hati aku ini pada abah aku, tergambar wajah keseronokan untuk dia balik kerumahnya...
Dah 3.5 tahun abah aku tinggal bersama sama aku ini bermakna sudah tiga tahun juga ibu ku telah pulang ke rahmatullah asbab sakit buah pinggang.
So bila aku kejutkan anak2 aku dia orang bingkas bangun, ejah tanya aku, ayah nak naik basikal gi tasik ke? begitu juga aman.
Aku kata tak la ayah nak balik kampung...
Mereka kata nak ikut !
Aku kata jom...
Muhammad seperti biasa bila di ajak dia menolak alasanya jauh la, penat duduk dalam kereta dll...
So aku pun balik ke kampung dengan abah, ejah, aman dan abby je...
Perjalanan sejauh 80 km telah mengambil masa kira2 1 jam. Dalam kereta tak banyak yang dibualkan cuma budak2 tu je yang bergurau sesama mereka.
Seperti biasa apabila sampai ke kampung, tempat pertama aku tuju adalah Masjid, di masjid aku mengambil wudu dan setelah sembahyang sunat tahyatulmasjid 2 rekaat aku menuju ke tanah perkuburan, tempat di mana ibuku di semadikan...
Di sini aku biasanya membaca surah yassin dan AlMulk dan kemudian berdoa kepada Allah swt:-
Ya Allah Ampunkanlah segala dosa ibuku...
Tukarkan lah segala keburukan Ibuku kepada Kebaikan...
Tukarkan lah segala Dosa Ibu ku kepada Pahala...
Tukarkanlah segala kemurkaan Mu terhadap Ibuku kepada Rahmat dan kasih sayang...
Luaskan lah kubur Ibuku seluas mata memandang...
Jadikanlah kubur Ibuku sebagai sebuah dari Taman2 syurga dan jauhkanlah kubur Ibuku sebuah dari lembah2 api neraka...
Aku juga meminta supaya roh ibu ku ditempatkan dikalangan orang2 yang soleha... Amin
Sedih terasa...
ibu yang menjaga kita telah tiada...
Ibu yang melahirkan kita telah tiada...
Ibu yang bersusah payah untuk kesihatan dan kesenangan kita telah tiada...
Tapi aku yakin janji2 Allah melalui sabdaan Nabi saw yang mulia iatu:
"Tiada seorang yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan Allah swt akan menyelamatkan dari ujian kubur" - Riwayat ahmad & AtTirmizi.
Dan Ibuku telah meninggalkan dunia ini pada hari jumaat 9.12.2005
Insaf sejenak di atas tanah perkuburan ini, satu masa kita akan berada di tempat yang sama seperti mereka (kubur)....
So setelah kira2 1/2 jam disana aku pun menuju ke rumah...
Sudah hampir 4 tahun rumah ini terbiar... keadaan tak terurus banyak sampah... habuk... dll
Sedih terdetik dalam hati ini, dulu aku dibesarkan disini, bermain bersama kawan2, bila balik disambut ibu dan abah, bila meninggalkan rumah dihantar dan dilambai...
Kini ianya hanya tinggal kenangan...
Dan yang pasti ianya tidak akan kembali lagi...
Satu masa keadaan ini akan berlaku pada anak2 aku jua...
Ini adalah kitaran kehidupan...
Cuma apa yang menceriakan aku balik pada kali ini ialah pokok rambutan aku berbuah lebat...
Di kejiranan aku ini hanya pokok rambutan rumah aku dan rumah jiran aku saje yang berbuah...
Rumah lain tidak. Syukur pada Allah yang mengeluarkan buah rambutan pada pokok aku semasa pokok lain tidak berbuah...
So aku dan abah melilau mencari galah yang aku pun tak tau kat mana, setelah galah tidak dijumpai maka abah aku pergi kerumah jiran untuk meminjam galah....
Setelah salam tak bersahut, dan kami hampir putus asa, maka keluarlah jiran aku...
Maaf la cik tak dengar katanya... Tak pe cik, sorry menganggu kata ku. Galah ada cik....
Jiran aku ini ada anak 11, sekarang pun tinggal berdua saja. Anak2 nya telah berpindah merata...
Pak cik tu telah menolong aku sama2 memetik buah rambutan. Setiap orang yang lalu di depan rumah, abah aku bagi rambutan, seronok mereka maklumlah rumah mereka takda...
Ejah aman dan abby pun kepenatan...
Setelah kereta aku penuh dan badan pun letih aku buat keputusan untuk balik ke BSA...
Aku tak tau bila akan balik semula ...
Dalam perjalanan balik ke BSA semua anak2 aku tidur kepenatan, hanya abah aku dan aku yang kekadang tu berbual tentang kampung...
14 comments:
sayu...sedih...terasa hiba....tahniah kerana anda anak yang disenangi...
salam,
kenapa tak buat event balik weekend sebulan sekali?
rumah nampak cantik sayang.. selesa nampak.. sedih nya..semoga Allah merahmati ibus saudara.. InsyaAllah
salam
saudara angkat saya pun kehilangan bapa, ibunya sudah uzur. dan tinggal bersama mereka. Bila hujung bulan mereka akan balik weekend untuk kemas rumah dan cuci apa yang patut.
Kemudian bila hari raya mereka akan ambil giliran kalau tahun ni di rumah mentua di tdi, tahun depan beraya di kampung. kalau raya pertam di rumah mentua raya kedua mereka balik kampung..
kadang kadang mereka balik weekend bila semua free, ke buat barbeque dan kenduri tahlil dikampung.doa selamat selalu buat di kampung..jemput orang surau, masjid etc. best bila bulan puasa balik kampung berkumpul ..
bila balik tiba waktu nak balik kl rumah sunyi dan sejat tertutup.
cuba lah usahakan balik sebulan sekali tidur di sana pasti itu akan menghiburkan hati abah saudara.. nothing else.. left for him..
take care ..
Zam,
kau buat aku sedih pagi2. Meleleh air mata dan air hidung sekali, teringat ibubapa kat kg. Jarang sangat aku berkesempatan menjenguk mereka. Agaknya aku ni bukanlah anak yng soleh macam kau....
Cheif azani..
Semoga Allah swt sentiasa memilih kita semua untuk terus dapat berkhidmat kepada IbuBapa kita, walaupun ada diantara mereka telah tiada...Amin
Tanpa Nama...
Terima kasih nasihat saudara/i, memang ada plan nak buat macam tu, tapi buat masa ni tak menjadi lagi...
Ada saja halangan dan rintangan...
Insaallah saya akan cuba laksanakan satu masa nanti...Doakan
Ki...
Tak pe jauh dimata dekat di hati...
Mereka gembira bila kita dapat call bertanyakan khabar walaupun sekejap...
Dan setelah selesai solat atau melakukan perbuatan yg baik (bersedekah dll) berdoalah dan jangan sekali melupakan mereka dalam doa...
erm mohd xpegi sbb naik beskal ngn
cik mirah la hihi...
erm syahdu plak bace entry abg azam nie..buat org rase nk balik happy island huhu~~..
insyAllah cuti nie meh
same2 balik happy island plak...
buat pen merah plak bahagia hehe...
Salam
sayu jer baca entry ni.
moga kita menjadi anak yang baik untuk ibubapa kita .....
Salam, oh ya.. jadikan satu tradisi sementara bapa saudara masih hidup. Untuk Anak sementara mereka masih ada masa. sebelum mereka dah sibuk dgn peperiksaan etc. tuition. Tradisi ni masih boleh diteruskan dlm keluarga jika rumah ibu masih ada. kami selalu buat sabtu balik ahad bertolak pulang rumah.
ianya akanm menjadi satu satu vitamin untuk membuat bapa saudara menjadi gembira. Org tua sapa tak rindu rumah sendiri..
Usahakan lah.. kalau nak buat doa selamat jemput saudara mara etc, barbeque sesuatu yang budak budak suka balik kampung.Kenduri seblum menyambut puasa,balik weekend berehat ..etc tapi kalau buat barbe que bebudak akan ingat dan seronok hendak balik ke kampung.
memang first few times penat sebab banyak abuk etc. Lepas tu ok.
Rumah nampak kembali bercahaya dan bersemangat bila penghuni menjengahnya....
Saya doakan saudara dapat melintasi halangan.
Selamat berjaya.
sPEK mATAKU
Bila ada masa baliklah, Time tengah study ni senang sikit banyak masa (cuti). Bila balik banyakan masa bersama mereka...
Yang penting senangkan hati mereka...
Insaallah berjaya...
Pb
Insaallah ... Amin
Tanpa nama
Insaallah... Cadangan yang baik...
Terima kasih...daun keladi
JAngan biarkan keceriaan kampung tempat kita dibesarkan hilang cahayanya. Sehebat mana pun rumah kita, rumah kat kampunglah yang bermula segala-galanya. Selalulah balik kampung. Sedapnya buah rambutan tu. Now harganya mahal kat sini.. Rambutan Gula Batu ke ???
salam, semoga halangan dapat diatasi.. dan di lapangkan jalan. look fwd to read more abt story and activity di kampung bersma kluarga..
Cikgu Lama...
Insaallah...pesanan yg baik, Terima kasih...
Yes gula batu, kalau dekat saya hantar, tapi apakan daya jauhhhhhhhh
Tanpa Nama...
Dengan berkat doa kawan2 insaallah..
Post a Comment