31 March 2009

Pagi ini...

Pagi ni, selepas bersiap siap untuk ke plant, aku turun kebawah. Melihat anak2 dan isteri ku bersarapan... aku biasanya sarap di tempat kerja bersama kawan2. Jarang bersarapan di rumah pada waktu pagi. Setelah memasukkan nasi goreng dalam bekas, aku bersama ejah dan aman menuju ke kereta. Biasanya ejah akan duduk depan dan aman duduk belakang. Di dalam kereta, tak banyak yang dibualkan. Sampai di sekolah agama mereka turun. Aku meneruskan perjalanan...
Sampai di trafik light sekolah kebangsaan aku berhenti. Lampu merah... Di sini aku biasa akan melihat budak2 sekolah melintas jalan dengan perasaan takut, kerana pernah suatu hari seorang budak dilangar oleh sebuah motosikal betul2 di hadapan kereta aku. Setiap kali melihat motosikal yang dipandu laju melalui jalan tengah, hati ku akan berdoa supaya budak2 itu selamat...
Aku rasa nak turun dan ketuk kepala mereka yang memecut laju... di depan kira kira 3 meter lampu isyarat merah dan di situ juga budak2 melintas pun mereka nak memecut.
Syukur bila lampu kembali hijau dan tiada apa yang berlaku...
Aku meneruskan perjalanan...


Sampai di sekolah Nam Heng, di zebra crossing kelihatan budak2 sekolah SRJK bersama ibu bapa mereka hendak melintas, kereta dihadapan aku segera membreak diikuti aku, kereta dikanan aku terus memecut, aku hanya geleng kepala.
Apalah la sangat masa yang dikejar hanya beberapa saat berbanding dengan nyawa sesorang dalam hatiku...
Setelah kereta di dua lane jalan benar2 berhenti, maka dua orang budak india mula melintas, tiba2 aku terpandang cermin sisi kancil ku dan kelihatan seorang penunggang motosikal meluru dengan laju bak mat merempit. Allah! Allah! terpacul dari bibirku dan kemudian motosikal dari tengah lane jalan itu betul2 merempuh budak india yang sedang melintas. Aku tergamam, ku lihat sekeliling semua pemandu juga tergamam...
Ku lihat budak india itu cuba bangun, sambil terhenjut2... Geram aku melihat pemuda tersebut... dalam hati ku kalau lah aku dekat dengan dia dah lama aku sekeh kepalanya...
Pemuda tersebut berguling saja, mungkin rasa takut dan bersalah (berlakun la tu) sambil budak india tersebut bangun dan terhenjut2.... Kemudian bapa kepada budak itu datang menolong anaknya sambil menendang nendang badan, kepala pemuda tersebut. Seperti dalam drama, kami di dalam kereta hanya menjadi penonton saja... Tak puas dengan menendang, lelaki india tersebut membuka halmet dan memukul pemuda tersebut dengan halmetnya...kemudian keluar dari kereta disebelah aku seorang pemuda india yang memakai baju putih persis polis trafik, apabila pemuda india itu datang barulah lelaki india itu berhenti memukul. Tapi kemudia dia kembali menyambung seranganya tampa henti, dalam hati aku mati juga pemuda ni. Aku kemudian menekan hon berkali2 (nak dtg dekat takut kena belasah), selepas berkali2 aku menekan hon, maka kereta lain juga menekan hon barulah pukullan dihentikan dan pemuda india itu menarik bapa budak itu ketepi meninggalkan mat rempit tersebut...
Aku kemudian meneruskan perjalanan...
Manusia zaman sekarang hanya mementingkan diri, tanpa memikirkan orang lain...
Berhenti sesaat adalah lebih baik dari menyesal seumur hidup...
Nilai 2 kemanusian telah hilang akibat kerakusan pada dunia yang kononnya mengejar masa akibat kecuaian diri sendiri...
Tapi aku rasa aku juga akan berbuat sama seperti bapa budak itu...

7 comments:

Anonymous said...

susah nak cakap

SpEkmATaKu said...

tula bila ati manusia dh kering
gitu la jadi ny.. ke selfish ness an
melanda diri.. hope fully kite x ati kering huhu~~ nauzubillah ..

aza ni said...

Ustaz,
Budak yang di langgar tu cuma terhencot sahaja kan, bukan patah ke apa apa kan?
Budak yang melanggar tu apa jadi? Lepas kena belasah, hidup lagi ke?
Naluri seorang ibu atau bapa bila nampak anak tercedera kadang kadang bertindak dasyhat. Agaknya bagaimana naluri bapa dan ibu bidak yang kena belasah tu?Dan yang penting apakah tindakan mereka?

aza ni said...

Kekadang tu terfikir kalau benda yang sama terjadi, apa kan aku buat?Ahhh...minta dijauhkan.

GigiPalsu said...

Utk Semua kwn2...
Memang trauma rasanya bila menghadapi situasi mcm tu. Kekadang manusia boleh hilang pertimbangan bila haknya tercabar.
Tapi dalam kes tu, aku rasa pukul sikit je la ...hehe, lepas tu serah kat polis, budak tu pulak patut dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, kot2 kecedraan dalaman...

aza ni said...

Ya lah, Ustaz,kadang kadang tu bila geram, semua undang undang dalam tangan sendiri, sendiri jadi hakim , sendiri jadi algojo. Kalau begitu mulai hari ni terpaksalah macam zaman purbakala, jalan jalan cari makan sambil bawa keris atau pedang tersisip di pinggang.Itu yang murah,pitol mahal dan pakai permit.

GigiPalsu said...

Apa Chief!!!
Kau sekarang jalan jalan bawak PISTOL! bahaya tu...
Kalau bawa keris dan pedang biarlah bersarung...so ada masa untuk berfikir kalau nak menghungus... hahaha