Ayah Long ku datang lagi...
Seperti biasa di awal bulan, Ayah Long isteri ku dari Terengganu akan datang ke Johor bersama sama isterinya. Isterinya yang setia menemaninya dari dahulu lagi... tak tau aku dah berapa lama, tetapi dah berbelas tahun aku kawin dan menetap di Johor ini setiap bulan dia akan datang. Dalam setahun 12 kali kalau dah 12 tahun aku kawin maknanya dah 144 kali beliau berulang alik, tu baru dikira dari usia aku berkawin, sebelum tu.....
Usia beliau sekarang 65 tahun, masih kuat untuk beliau memandu sejauh 560+ km untuk sehala perjalanan, aku yang masih muda remaja ni kalau balik terengganu tu pun terpaksa berkongsi memandu dengan isteriku untuk sampai ke sana... Tapi beliau memandu seorang diri.
Mengikut kata isteriku, yang sekarang disebelahku sewaktu aku menulis perenggan ini, beliau telah datang ke Johor sejak 1972 lagi, dulu beliau menetap disini, sejak 1980an sehingga sekarang beliau berulang alik setiap bulan...
Perniagaan import export... keropok lekor, keropok kering, barang kemas, barangan tembaga, batik, songket dan lain lain dari terengganu di bawa ke johor dan kain ela dibawa dari singapura ke terengganu (dulu la bukan sekarang) untuk pelanggan tetapnya... Dengan rezeki hasil perniagaan inilah beliau menyara 5 orang anak2 anaknya dan membina rumah yang cukup selesa untuknya di terengganu dan yang penting dapat menunaikan rukun islam kelima bersama isterinya...
Walaupun sekarang anak2nya telah besar beliau tetap datang ke sini untuk meneruskan usaha beliau. Oleh kerana ekonomi dunia merundum dan harga emas meningkat maka perniagaan barang kemas terpaksa dihentikan...
Perniagaan beliau yang masih aktif hanyalah keropok lekor dan keropok kering serta sedikit batik terengganu...
Beliau jugalah yang menjadi courrier express untuk isteriku dan keluarganya...
Beliau berada di Johor hanya untuk beberapa hari sahaja, setelah selesai menyampaikan barang2 dagangannya kerumah regular customernya beliau akan pergi mengutip sewa dari dua buah rumah sewanya dan kemudian balik semula keterengganu... beginilah rutin bulananya...
Sebelum beliau datang kerumah ku, aku selalu buat homework tentang keadaan politik semasa... kerana dengan bercerita tentang politik aku melihat beliau begitu bertenaga dan excited...
Kedatangan beliau juga menyeronokkan kami kerana dengan kedatanganya dapatlah kami sekeluarga makan akok sejenis kuih tradisional, penganan juga sejenis kuih tradisional, ketupat goreng dan yang penting keropok lekor yang masih panas....
Di sekolah tempat isteriku juga sudah ada pengikut nya yang setia yang selalu menanti2 kedatangnya ke sini. Sejauh ini sudah ada lebih kurang sepuluh orang guru (peminat fanatik keropok lekor terengganu) yang awal2 lagi sudah mengorder k lekornya sebelum beliau tiba kerumahku...
Tapi memang tidak dinafikan keropok lekor yang di bawa dari seberang takir memang tiptop. Kalau dulu keropok lekor losong no satu, tapi kini k lekor losong dah tak sedap (pada aku dan peminat setianya la), sekarang k lekor seberang takir menduduki carta teratas k lekor dari terengganu... Menurut Ayah Long ku, beliau terpaksa menunggu satu hingga dua jam untuk mendapatkan keropoknya kerana orang terlalu ramai menunggu giliran...
Aku doakan semoga bisness beliau bertambah maju dan berkat, serta perjalanan beliau pergi dan balik ke Terengganu dipermudahkan oleh Allah swt...amin
8 comments:
Ustaz
hati hati komen pasal Kg Losong tu, nampak dek orang Taman Dahlia nanti.
Anyway tak kira krropok nlekor belah manapun asal dari Terengganu memang sedap.Aku biasa kena yang dari Kuala Kemaman.
Tak tanya ayah long mu tuh, apa rahsia kodrat nya mantopp.
hi. hrp semua bloggers tlg add blog ini. info ttg ajaran sesat dlm tindakan jab.agama. http://suarajagat.wordpress.com
fufuhhh buat droolin jek time2 pose ni hoho..tp bess kn kepok sbrg takir..kepok losong depend on kedai la..tp ade jek y bess lagi hihi..
Chief...
Rahsianya kopi Radik tongkat ali... hehehe. Biasa la chief org tua2 dulu makan tak macam org muda skg... makan minum jaga...
TTg keropok lekor hanya jauhari yang mengenal manikam...
Suarajagat...
Alhamdulilah... info yg berguna.
Spekmataku...
Mungkin kat losong tu, glamour so quality dah jadi 2nd class kot...
Tapi biasa la org buat business jarang yg jaga quality...
Mung dok kabo pung ada supply kerepok lekor. Kalu tahu aku order. Dah tak larat dok ghojer karipat cik mazlan tu.
blh insaallah tunggu bln depan, kalau ada rezeki...
Aku pun dah puas gak makan karipap mazlan...
Post a Comment