13 April 2009

Zakat..

Cukai pendapatan belum buat lagi, walaupun e filing senang dan dihujung jari, tapi budaya last minit tetap bermaharajalela dan tak dapat dielakkan...
Biasanya awal bulan april aku dah hantar cukai pendapatan, tapi tak taulah tahun ni malas betul, zakat pun belum bayar walaupun dah cukup nisab dan haul...
EA form dah dekat dua minggu aku dapat, itu pun tak buka lagi ... malas betul nak bagi duit kat gov...
Alhamdulillah ada kebaikan rupanya aku buat lambat, cos company aku bagi exemption letter yang menyatakan elaun rumah dan transport aku dikecualikan cukai....
So aku bila ambil surat tersebut pagi ni, terus berazam untuk kepejabat agama bagi menyelesaikan zakat harta aku...
Hari ini aku mengkorbankan waktu tidur aku antara 12 - 1 tengahari dan biasa terbabas sampai 1:30( aku tak biasa gi lunch, kecuali terlalu lapar).
So waktu rehat aku terus memacu kancil aku, untuk ke Pusat Bandar Pasir Gudang bagi menunaikan kewajipan aku pada Agama.
Semasa dalam perjalanan,di hati aku Iman dan Nafsu berperang....
"Jangan la bayar, TAk aku mesti bayar..."
"Jangan la banyak, Tak aku tak kira kalau lebih kira sedekah"
"Banyak duit ni blh beli Hp, Tak aku tak mau aku nak guna duit ini untuk Agama"
Walaupun iman aku yg nipis dan Nafsu aku yang serakah sedang berperang aku buat bodoh je, aku dah nekad...
So sampai je kat office Zakat Jabatan Agama Johor, aku terus buka pintu beri salam dan menyatakan hasratku untuk menunaikan zakat...
Di kaunter ada dua org ustz dan seorang ustazah, masih muda dalam lingkungan dua puluhan...
Tiada jawapan dari mereka, juga tiada kata2 aluan untuk aku, mereka dengan bersahaja meneruskan kerja mereka...
Seorang sedang menatap komputer selang beberapa minit bercakap dgn Hp, seorang lagi sibuk membetulkan kertas di printer manakala ustazah pula kehulu kehilir membawa fail atau buku...
Aku yg dengan tak malu lagi muka tebal yang dari tadi duduk walaupun tak disuruh terus memandang mereka, mula mula dengan tanda tanya??? kenapa mereka tak layan aku...
Setelah beberapa minit Nafsu serakah aku dengan bantuan syaitan yang direjam kembali membisik....
"Aku nak bagi kau duit kau sombong, Cobaan...."
"Aku keluar baru tau, Sabar mungkin mereka sibuk..."
"Apalah uztaz & ustzah ni buruk nya akhlak, Aku apa kurangnya.."
"Eh mana akhlak mereka ni, aku keluar baru tau, Kalau aku keluar Akhlak aku lagi buruk dari mereka..."
Dan bermacam macam lagi yg bermain dan berperang di benak hatiku....
Aku mula hilang sabar walaupun aku cuba menahan...
Perlahan aku keluarkan Hp baru ku sambil muka ku masam mencuka...
Baru aku menekan Game Suduku yg baru ku download malam sebelumnya...
Uztaz itu bersuara No IC Cik dengan kuat....
Terkejut aku...
Aku pun memberi no IC dan wang sekali, setelah menerima resit, akad berjalan diikuti doa.....
Alhamdulilah selesai tugas aku...
Tapi aku gagal dalam menundukkan Nafsu Serakah Aku, sepatutnya aku berzikir tadi bukan mengeluarkan Hp untuk bermain game....
Istighfar untuk aku....
So aku malas nak komen hal mereka..... biarlah aku cuba mengikhlaskan perbuatan aku... walaupun hati ku kembali berperang...
Sebenarnya dalam berzakat banyak menafaat...
Dapat membersihkan harta...
Harta menjadi berkat...
Dapat membantu orang susah...
Dapat membela agama....
Dapat pahala...
Untuk menafaat dunia pula adalah dapat rebet cukai...
So malan ni aku akan buat efiling untuk menunaikan hak ku pada negara pula...

6 comments:

Zaki said...

banyaknya godaan dan dugaan bila nak buat kebajikan.
seronoknya nak buat kejahatan.
itulah tugas2 syaitan

aza ni said...

GP: ustaz, ye ke dapat excemption untuk rumah dan kereta? tak dapat apa apa pundari Co.?
Tapi dah tunai zakat kira ok lah, Tak kena tanya LHDN di Masyhar nanti.

GigiPalsu said...

Ki..
Cobaan....

Chief..
Kau tel la mok cik pidah mungkin surat kau tu ada...
byk tu ...

Zakat tuntutan agama...
LHDn membazzir je bayar...

aza ni said...

Ustaz
err aku dah bukan budak YTL dari 2009 bulan 2 hari ke tujuh, surat kau bertarikh bila?

GigiPalsu said...

Surat tu adalah amended dari EA form , klu kau dpt EA th 2008 bermakna kau akan dapat surat pengecualian cukai tu...
Th ni LHDM mengecualikan cukai utk Housing subcdy dan transport subcdy...
So klu transport RM180/mth umah plh RM 500/mth so klu setahun ???
Aku rasa kau pun dpt...
Klu dau dah buat efiling kau kena gi menara jati uth amend la...
Tapi jgn lupa call pidah dulu...

aza ni said...

InsyaAllah, aku cuba talipon, rasa segan , mana tahu tak ada untuk aku, nanti depa cakap pipi tersorong hidung tak mancung..he he he.