20 August 2009

Audit...

Auditer berkenan dengan bunga yang ditanam... ye ke???

Alhamdulillah selesai sudah, setelah 3 hari company aku di audit. Audit kali ini adalah khusus untuk ISO 90001/2008 dan ISO 14001.

Sebulan sebelum audit ni, department aku lah yang paling sibuk. Tumpuan lebih kepada Environment kerana untuk documentation aku rasa tak ada masalah. Untuk tu aku jamin 100% update, sentiasa dari masa ke semasa. Tapi untuk ISO 14001 aku risau sikit maklumlah Buangan berjadual yang dari dulu memang susah untuk di jaga. Walaupun dari masa ke semasa trainning diberi, taklimat di beri , nasihat di beri, peringatan di beri tapi bagi se setengah staff ibarat mencurah air ke daun keladi, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Papan tanda dari bahasa english ke bahasa melayu di tampal, tapi masih sama. Mereka buat buat tak tau je... macammana tak bengang bila buka tong buangan berjadual elektronik waste dalam tu ada cotton glove, botol air, kertas dan lain lain. Tak sekolah ke yang buang ni. Geram geram.

So attitude mereka ni memang susah nak diatasi, so sebagai langkah terbaik sehari sebelum audit aku berjalan keliling kilang untuk memastikan semuanya lancar. Mana2 yang tak betul aku betulkan. Alhamdulillah walaupun penat aku puas hati. mana2 yang tak kena aku refer to department yang berkaitan, suruh dia selesaikan.

Bila bos aku tanya aku macammana semua, aku kata beres bos...
So pagi sebelum audit, ada sorang staff yang tunjuk rajin tanya aku mana nak buang Scheduled Waste XXX, aku kata kau masukkan ke tong XXX dan pls lable dengan lebal xxx. Masa aku nak assist dia, bos aku plk panggil untuk pre audit meating, so aku tinggal la mamat ni buat sorang2.

Selepas pre audit meeting, aku pun terlibat sama untuk di audit. Hari pertama tumpuan diberi khusus kepada ISO14001. Auditer ni yang memang aku kenal memang teliti, satu persatu di periksanya. Untuk documentation memang ok, so bila plant tour... memang aku risau.

Setelah satu persatu di periksa sampai lah ke scheduled waste.... berdebar aku.
betul sangkaan aku semalam aku check ok hari ni ko... geram aku mamat manalah yang suka2 mencampurkan waste berlainan kod ke dalam tong yang sama....geram geram.
Tiga kesalahan di kesan, bos aku kat situ juga melenting, bukan kat aku tapi kat department manager yang lain... yang tak pandai mendidik staff dia....
Bila aku tanya sapa yang buat semua tak mengaku.. tak pe aku check cctv... kata ku pada HR mgr.

Bila aku check cctv, rupanya ... org yang aku kenal sangat, lepas audit tu dia ada kata pada kawan aku "sapalah yang bodoh buang tinner waste dalam scrap matel ni." tak sangka aku, ada gunting dalam lipatan rupanya...heheh. Dia membodohkan diri dia sendiri rupanya... tapi dia masih tak tau apa yang aku dan kawan2 dia tau. Biarlah rahsia... eh macam CT plak.

Budak ni satu lagi kes, aku bagi nasihat beberapa kali dia tak hirau, ada ke patut buat kerja tak pakai safety shoes, safety halmet pun tak pakai. Aku cakap kat dia water jet tu kalau kena kaki boleh putus jari kaki kau dia buat bodoh je... Bila aku tangkap gambar dia baru tau takut...
Tersengih2 datang jumpa aku minta maaf...

Kekadang orang mengangap keselamatan satu pekara yang boleh di angap ringan. Aku tak faham kenapa. kalau terjadi kemalangan sapa susah... mereka dan keluarga mereka susah, aku pun susah nak jawap pada DOSH/JKKP.

7 comments:

Zaki said...

Kau ni kalau kerja denga syarikat auditor tu lagi bagus la...

budak yang kau snap gambar dia tu cleaner kan....takkan lah nak cuci longkang pun kena pakai helmet!

GigiPalsu said...

Insaf aku masa kena audit tu, aku bayangkan kalau kat padang mashyar nanti macammana agaknya...

kat dunia ni pun dah berpeluh menjawab, siap dengan bukti lagi, kat akhirat tak taulah camna...

Walaupun cleaner dia kena ikut law juga, Kalau DOSH jumpa budak tu boleh kena saman, sebab tak pakai PPE...

aza ni said...

staff baru ke?tak cam pun?

GigiPalsu said...

Chief, lama dah budak ni. Kau tak jumpa ke?

aza ni said...

tak cam la ustaz?

Unknown said...

memang susah nak perbetolkan atitud nie...abang dalam bidang safety ke??

GigiPalsu said...

~O~
Betul tu, saya sebenarnya terlibat dalam safety committee khasnya untuk chemical & environment...