04 May 2009

Nombor...



Pagi isnin, pagi yang membosanku...
Pagi ini lah aku akan bergelumung dengan nombor nombor yang memeningkan ku...
Seawal jam 7:10 aku sampai ke tempat kerja, walaupun secara rasminya waktu pejabat aku 7:45 hingga 5:00 petang.

Selepas swipe card, aku terus menuju ke penjuru Control Room, dimana Komputer Buruk atau nama glamour nya DG20 aku menunggu. Usia CPU tu je dah dekat 15 tahun, yang baru cuma LCD monitor je...
Disinilah setiap pagi aku akan menekan butang2 papan kekunci untuk menghasilkan angka angka yang mencecah beribu ribu lemon... opss beribu ribu nombor...

Jika pada setiap hari hanya beberapa minit diperlukan, untuk menghasilkan beberapa nombor, tetapi untuk hari isnin, setiap 20 hb dan setiap awal bulan masa yang perlukan untuk manghasilkan beribu2 nombor itu boleh mencecah beberapa jam...

Kekadang tu tengah2 menekan2 papan kekunci, datang pulak kekawan yang bertanya khabar atau ajak berborak maka lagi pening la aku...
Keliru, confuse... aku dah tekan ke belum, kekadang tu aku ulang sekali lagi...

Sebenarnya apa yang aku buat ni adalah Biling Report ke TNB...
Maklumlah kilang aku menghasilkan tenaga elektrik yang akan dijual kepada TNB dan kemudian TNB akan menjual kepada kamu semua...
So Biling report aku ini lah yang akan digunakan oleh kilang aku memaksa TNB membuat pembayaran...

Oleh kerana plant ini ada 3 generator yang menghasilkan kuasa elektrik maka ketiga2 nya terpaksa dikira untuk mengetahui berapa banyak kuasa elektrik yang telah disalurkan ke TNB.
Dan setiap satu ada 3 pecahan lagi iaitu main, backup dan check...

Dari print out printed paper di transfer ke excel, kemudian dijadikan satu report setebal 31 muka surat yang dipenuhi nombor2....
Poning pokcik....

Setelah dipastikan nombor2 ditransfer dengan betul, maka aku ke TNB Stesen Janakuasa pula untuk berjumpa Shift Manager, untuk meminta pengesahan yang angka2 itu adalah betul...

Setelah selesai di TNB aku balik semula ke station untuk meneruskan pengiraan dan penelitian terhadap angka2 tersebut....

Selepas semuanya dipastikan betul barulah report tersebut aku hantar ke KL ...
Dan selepas itu barulah aku bersarapan...
Dan kemudian meneruskan kerja lain...
Tapi yang pasti, tepat jam 5:00 ptg aku dah bersedia untuk balik.

4 comments:

aza ni said...

Ustaz:aku dah tak kacau lagi masa kau DG20 tu.

Zaki said...

Hari isnin, setiap 20 hb, setiap hujung bulan....itu je masa kau sibuk kan. Abis tu hari2 lainnya apa kau buat, cuba cerita sikit..

GigiPalsu said...

Chief...
Sekarang baru aman... hehehe

GigiPalsu said...

Ki...
hari hari lain aku dengan laptop aku la....hahahaha