Wahai Diri Bukan Aku Tidak Mahu Dikau Memilikinya, Tetapi Demi Kemuliaan Mu Jua Bersabarlah....
31 May 2009
Brommm.....
Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.
'Tok, tumpang ke Pekan'
' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'
'Apa salahnye, naiklah di belakang'
Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.
Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut.
Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.
'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.
'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'
'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh, tak boleh tumpang lagi lerr... '
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
senyum membaca sketsa santai ini, tapi apa kaitannya dengan beruang tunggangan tesco tu serta penunggang penunggang dari bani Azam tu?
Masa tengok budak2 tu naik beruang ajaib tu tiba2 teringat sketsa yang entah dah berapa kali dibaca...
..
Ingatkan aku nak naik sama, tapi takut plk org ramai pingsan, maka terbatal niat aku...
aku takut bila kau nak naik je...beruang tu dah pengsan,,,he he he.
Tok batin ni le jugak yang bawak motor pakai gear satu tu. Katanya dah rosak gear satu baru pakai gear dua...lepas tu gear tiga pulak.
Chief...
hehehehe
Ki...
Mana kau tau, kau pun kenal tok batin tu ke...
Tok batin tu juga lah yang mengajar orang ilmu batin dan dia jugalah yang ada masallah tenaga batin...
Dia jugalah yang selalu kata selamat hari raya maaf zahir batin...
Post a Comment