23 May 2009

Tips Temuduga...

Ketahui serba sedikit latar belakang syarikat yang menawarkan anda pekerjaan.

Datang awal di tempat yang ditetapkan bagi mengelakkan suasana kelam kabut.

Pastikan anda membawa pelbagai dokumen penting seperti surat temuduga, sijil dan dokumen lain yang menyokong tawaran kerja anda.

Berpakaian kemas kerana ia menggambarkan imej peribadi anda.

Ketika masuk, berilah salam atau ucapkan selamat pagi atau petang.

Duduk dengan baik dan sopan. Jika boleh, duduklah setelah anda dipersilakan duduk.

Jawablah setiap pertanyaan dengan lancar dan yakin. Jangan tergagap-gagap atau menjawab pura-pura tahu.

Boleh bertanya: “Sekiranya saya diterima bekerja, apa skop tugas saya dan apa faedah yang saya peroleh.’’

Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih dan meminta izin keluar.

Atau...

5 comments:

aza ni said...

bolehh ke buat macam ni, siapa nak jadi aku punya tukang provoke?nanti la kau dapat temuduga walkin interview aku bawak kau sekali,kau masuk dulu, lepas tu kau buatlah taktik pecah pecah tu..he he he

GigiPalsu said...

Chief, kalau aku tukang provoke, aku bawak sekali sos tomato. hahaha

Zaki said...

kau ajak aku sekali chip, kalau kau nak aku boleh bakar office tu sekali, biar dia orang semua lari......dengan kau2 sekali lari.

aza ni said...

ha ha ha kawan tolong sokong

GigiPalsu said...

Ki&Chif.
Luncai terjun dengan labu-labunya...
hahaha