27 June 2009

Kehilangan...

Jamuan Selepas Ratib

Masa berlalu begitu pantas...
Kekadang kita dalam mengejar masa, kita selalu terlupa kepada Pencipta...
Jika kita amat-amati baru kita sedar yang dunia ini banyak menipu kita. Sedar tidak sedar kita sebenarnya semakin tua, ajal semakin dekat, umur semakin pendek, penyakit semakin banyak, amal semakin...
Bila ada kematian dikalangan kita barulah kekadang kita tersedar yang kita juga semakin menghampirinya...
Aku bercerita bab ini kerana, minggu lepas aku kehilangan seorang nenek dari sebelah isteriku.
Setelah berbelas tahun nenekku terlantar di atas katil, minggu lepas ia telah dipanggil oleh Allah swt semasa berumur 80 tahun.
Bercerita bab umur ini, aku teringat Ibnul Jauzi, yang telah membahagikan umur manusia kepada lima masa :
-Masa kanak kanak
-Masa muda (lima belas hingga tiga puluh lima tahun
-Masa dewasa (Tigapuluh lima hingga lima puluh tahun
-Masa tua ( lima puluh hingga tujuh puluh tahun)
-Masa usia lanjut (tujuh puluh tahun hingga akhir umur.

Sekarang, aku di tahap umur dewasa, dan pada aku yang paling penting adalah umur 40th kerana pada umur inilah Rasulullah mendapat wahyu dan diutus kepada sekelian manusia sebagai basyir pembawa berita gembira) dan nadzir (pembawa berita ancaman). Biasanya dalam umur dewasa ini akan tampak tanda2 kecenderungannya yang sebenar. Kearah kebaikan atau kearah kejahatan. Sehingga dikatakan apabila sesorang mencapai umur empatpuluh tahun, sedang kebaikan tidak melebihi kejahatannya , maka syaitan akan menyapu wajahnya seraya berkata"Demi ayahku wajah ini tidak akan berjaya"

Diriwayatkan oleh Hudazaifah ibnul Yamani r.a katanya " Mereka berkata"Ya Rasulullah saw, berapakah ketetapan umur-umur umatmu?" " jawab beliau "saat kematian mereka antara usia enampuluh dan tujuhpuluh" Mereka bertanya lagi " Ya rasulullah bagaimanakah dengan umur delapanpuluh tahun" Jawab beliau " Sedikit sekali umatku yang dapat mencapainya. Semoga Allah merahmati orang2 yang mencapai umur tujuhpuluh tahun dan semoga allah merahmati orang2 yang mencapai umur delapan puluh".

Semua yang berlaku ada hikmahnya yang tidak terjangkau dek akal kita, bayangkan 11 tahun terlantar sakit,kita nampak ia penderitaan dan menyusahkan tetapi disisi allah ia adalah penghapus dosa dan penambah pahala. Dalam hadis Qudsi dikatakan "Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"
Dan itu juga satu peluang untuk anak2 berkhidmat kepada orang tuanya. Sebenarnya allah memberi peluang yang terbentang luas di hadapan mata untuk memdapatkan ganjaran sebanyak mungkin dari khidmat itu.
nabi bersabda "Berbakti kepada orang tua lebih utama dari pada solat, sedekah, puasa, haju, umrah dan jihad fisabilillah"
Nabi bersabda "Orang tua itu kunci pintu syurga.Peliharalah itu jika kamu mahu, atau kamu tingalkan saja"
Abu yala dan lainya berkata"siapa berbakti kepada kedua orang tuanya beruntunglah dia, Allah akan panjangkan umurnya. Alhakim merawikan :memaafkan isteri orang, maka isterimu akan memaafkanmu dan berbaktilah kepada kedua orang tuamu, maka anakmu akan berbakti kepadamu.

6 comments:

aza ni said...

Innalillahi wainna lillahi raji'un.Semoga rohnya di rahmati Allah hendaknya.
Maafkan saya Ustaz kita tak tahu.

GigiPalsu said...

Amin...
Daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali...

Zaki said...

Nenek isteri aku umurnya dah dekat 100 tahun, masih sihat lagi tapi kadang2 perangai macam budak2....kena banyak sabar nak jaga org tua ni.

GigiPalsu said...

Ki...
Betul tu, banyakan bersabar...
Kalau kau 100 tahun tak tau nak cakap, camna agaknya?

ibundo said...

salam, mengingatkan kpah pada emak kpah yag sakit berbelas tahun sebelum menyambut panggilan Ilahi.
Semuga rohnya dicucuri rahmat. al fatihah.

GigiPalsu said...

Kpah...
Sama sama kita sentiasa berdoa untuk mereka, yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita...