27 May 2009

Buih...

Cik Azam masuk... Cik Azam Masuk... walkie talkie aku berbunyi.
Masuk jawab aku...
Cik Azam, di sini ada 3 orang pegawai dari DOE nak berjumpa dengan Cik Azam...kata seorang pengawal.
Ok sekejap lagi saya turun... jawab aku sambil berdebar.
Dalam hati aku kenapalah mereka datang hari ini, dah lah baru sekejap tadi aku kena audit ISO, dan bos aku pulak tak ada hari ini (dia ada kursus kat KL)

Kedatangan mereka yang secara mengejut benar benar membuatkan aku risau..., sambil turun tangga sempat aku melihat mereka dari tingkap, kelihatan tiga orang pegawai berpakaian jaket hijau yang melambangkan mereka dari DOE (Department of Environment). Mereka bertiga masih muda dalam lingkungan duapuluhan.

Aku menarik nafas lega... untuk menyedapkan hati, mereka tu budak lagi....
Sampai di Pos Pengawal, aku memperkenalkan diri aku pada mereka, dan mereka juga menyapaku dengan mesra... Alhamdulilah dalam hatiku.

Kemudian aku, menjemput mereka ke bilikku untuk berbincang...
Sampai di bilikku, aku bertanya, tentang tujuan kedatangan mereka...
mereka menjawab, kedatangan mereka adalah kerana mereka menerima aduan dari public yang plant aku telah mencemarkan alam sekitar....

Aku..??? Pencemaran dari segi apa?, mereka menjawab effluent yang kulepaskan ke laut telah menghasilkan buih yang banyak dan ini dikuatiri merbahaya pada alam sekitar...

Aku pun menerangkan kepada mereka dengan panjang lebar, berkenaan dengan proses penghasilan tenaga elektrik, dan bagaimana air laut digunakan sebagai cooling medium di condenser... dan air laut ini hanya dicampurkan dengan hypochlorite yang juga dihasilkan dari air laut ini. Selepas melalui condenser air laut ini akan mengalir ke outfall menuju ke laut dan bla bla bla.....

Setelah berpuas hati dengan penerangan aku, aku pun cuba untuk divert perbualan kami, ke arah lain... kemudian salah seorang bertanya... ada tak student Uitm praktikel kat tpt kerja aku pada tahun 2005. Aku dengan pantas menjawab ada nama dia xxx sekarang dia kerja di xxx dan bla...bla....bla. Dia kemudian berkata dia tu class mate saya. OOOOOO kata aku...

Selepas itu, perbualan kami pun lebih menjurus kepada benda2 yang tiada kaitan dengan tugas...
Dan aku kemudian membawa mereka melawat persekitaran plant aku....

Cik Azam saya terpaksa mengambil sample effluent untuk tindakan lanjut boleh... tanya salah seorang pegawai...
Boleh jawab aku...
Aku kemudian membawa mereka ke outfall untuk mengambil sample...

Buih-buih yang menyebabkan aku didatangi pegawai DOE

Pegawai DOE sedang mengambil sample...

Cik Fara mengambil sample...

Sedang cik fara mengambil sample, dia terjumpa dengan bunga yang biasa digunakan oleh orang india, dalam upacara keagamaan mereka.... sorry gambar tak sempat rakam...
Ehhh.. ada bunga india la... kata nya.
Aku cakap kat dia, ni mesti dia orang buang abu mayat kat sini....
Bila mendengar, je terus dia melompat...
Tak lama kemudian...

Kelihatan dalam bulatan, lima orang india sedang menghanyutkan abu mayat ke laut...

Apa lagi, melompat lah mereka yang sedang mengambil sample tu...
Kesihan mereka, demi menjalankan tugas....
Setelah selesai, mengambil sample, aku mengajak mereka balik ke plant aku untuk membasuh apa yang patut...
Sebelum balik, mereka berpesan... ok la Cik Azam jangan risau nanti saya call bila saya dapat result dari jabatan kimia...
Ok terima kasih kata aku...

Alhamdulilah... hari ini aku dah dapat kawan baru dari DOE.

4 comments:

SpEkmATaKu said...

bess gak klu dpt mandi buih nie
bubble bath nie haha n_n

aza ni said...

buih dari blowdown pit kot?

Zaki said...

ni mesti kau dosing chlorine banyak sangat kat air laut tu, aku mesti report kat DOE....apa nama tu, fara?

GigiPalsu said...

Spekmataku: Blh gak kalau nak join mereka mandi (yg dlm bulatan tu), tak tau la kalau balik rumah mesti gatal2 badan tu....hahaha

Chief:Blowdown pit mana tu, tak pernah aku tengok buih sebanyak tu, setahu aku tak ada plk si zaki tu buka blowdown valve....

Ki: Aku dosing cl2 tak la tinggi mana, ikan ikan blh senyum lagi berenang2 di bar screen...
kau klu nak report kat fara je...kat si saiful tak blh ke????

Best juga kat tepi pantai tu pasir putih bersih, sempat juga bercanda di tepian pantai... mcm lagu sudirman...