25 February 2009

Merapu...

Masih aku teringat...
Semasa aku dalam ting 5 aku pernah tanya kawan aku apa beza Dip dgn Deg...
Mereka pakat2 gelak aku... aiman x kisah...
Aku dari dulu tak suka merambu...
Balik sekolah aku kat umah...
Klu nak gi pasar malam aku ajak bapak aku atau kakak aku....
Aku tak pandai jalan sorang2...
Sampai sekarang.... Balik kerja duduk rumah...
Aku tak pandai nak kekedai kopi...
Dlm berbelas tahun aku kawin, boleh dikira aku kekedai kopi pakcik aku yang hanya 8 meter dari rumah mertua aku, tu pun baru sekarang...
Aku lebih selesa keluar ngan keluarga...

Tapi kat surau ngan kt tpt keja aku boleh bergaul....
Aku bukan anti sosial...

Aku pun tak tau aku nak tulis apa, aku cuma merapu je buat masa ini...
Kekadang tu aku teringat zaman muda2...
Jauh beza muda2 zaman ini dengan zaman dulu...
Tapi faktor yg mempengaruhi muda2 ni sama saja...
Keadaan sekeliling, keluarga, kawan, zaman, media, dlll....

Berbalik dengan ayat yang aku warnakan merah tu ialah...
Korang yang baca article ni tak ada ke kwan2 or saudara mara yang ada Deg in Chemical Engineering or Chemistry....
Boleh la apply keja kat tempat aku.....
Tension keja sorang2...
Bosan....
Ngantuk...
Gambar Masa Konvo, aku, mak aku dan abah aku....
Gambar Konvo, abah aku, tunang aku, mak aku, bakal maa aku, aku dan bakal ayoh aku...(masa tu la)

23 February 2009

Jawatan 0...


Sesiapa yang merasakan dirinya atau ada kawan2 nya layak sila rebut peluang ini...

Jawatan sebagai Jurutera kimia @ Ahli kimia...
Kelulusan Deg in Chemical Engineering @ Deg In Chemistry...
Berpengalaman atau Tiada...
Berpengalaman di dalam makmal satu kelebihan...
Ringan tulang dan ringan mulut...
Ada sifat untuk belajar dan nak belajar...
Boleh menerima arahan tanpa banyak soal...

Permohonan boleh dialamatkan ke...
YTL Power Services SDn Bhd
YTL Power Station Pasir Gudang
P.O Box 149
81709 Pasir Gudang

Cepat rebut peluang ini, hantarkan resume korang secepat mungkin...
Lagu cepat anda hantar, lagu cepat anda masuk keja maka lagi cepat saya dapat cuti dan lagi ringan beban kerja saya...

Mereka yang berbangsa India digalakan memohon...
(Saya nak cuti raya, bos saya pun nak cuti raya maknanya kau kena kerja la)

Untuk Bangsa Cina pun boleh la...
Untuk Bangsa Melayu.... kau kerja sorang boleh tak, masa raya puasa...
(dah sembilan tahun aku dan bos aku dapat balik kampung masa cuti raya puasa)

19 February 2009

Hari ini ....

Pagi ni seperti biasa selepas menghantar ejah dan aman ke sekolah agama aku terus menuju ke Pasir Gudang tempat aku mencari keperluan aku dan keluargaku. Selepas membeli sarapan dan surat khabar di Kebayan Jalan Perak aku terus masuk ke plant ....

Seronok sebenarnya bila dpt jumpa kawan2, bercerita dan terus bercerita...

Pagi ni aku banyak kerja, PUS acid cleaning, lab analysis dan lain lain...
Maklum lah 3 hari tak masuk office semua kerja jadi menimbun...
Aku terpaksa buat semua kerja tu dalam satu masa, Sambil menunggu acid cleaning aku ambil sample dan terus buat analysis, dalam masa tengah buat analysis tu, fire alarm (bell alarm) betul2 kat atas kepala aku dalam lab tu berbunyi, terasa stress betul, lama pulak tu bunyi. Aku call control room minta dia orang reset, setelah beberapa minit baru boleh reset... lega rasa...
Siap analysis aku pergi semula ke PUS untuk meninjau process acid cleaning tersebut...
Begitulah aku hari ni gi mari gi mari....
Penat...
Penat....
Penat...

Selepas zohor masa aku nak ambil anak kunci kat bilik aku, ada kawan aku datang nak minta tolong repair kan notebook dia, aku cakap kau letak dulu kat atas meja aku, bila aku ada masa aku check...
Tapi bila tengok muka dia yang dah seminggu bawak notebook gi mari gi mari carik aku, maka kesihan pulak pada dia...
Ok la aku tolong, tapi tak janji boleh siap... dia kata ok...
Masa aku repair kan notebook tu, kami pun berbual dari satu cerita ke satu cerita yang lain...
Sampailah cerita pasal masjid...
Masa tu dia kata dia ada gi satu masjid...
Aku: Apa nama masjid tu...
Dia : Masjid Syead.... kat Pulau Pinang
Aku: Ramai orang sembahyang kat masjid tu...
Dia: Ramai, tapi kebanyakan mamak la... melayu kurang...
Aku: oohhhhh...
Dia: Tapi aku hairan la... Ada ke masa aku sembahyang kat situ, imam tu takbir lepas tu diam je....lepas tu takbir semula lepas tu rukuk... sampailah ke salam... imam tu tak baca fatiha atau pun surah...
Aku: Ehh ye ke...
Dia: Ya la... pelik aku tak pernah aku jumpa masjid macam tu...
Aku: Kau sembahyang apa masa tu??????
Dia: ZUHUR dia kata dengan muka selamba...
Aku: Eh memanglah zembahyang zuhur ngan Asar imam baca tak kuat sekadar dengar sendiri je, kalau sembahyang Subuh, Maghrib Isyak je imam kena baca kuat tu pun rekaat pertama ngan kedua je....
Dia: Tak lah aku pernah sembahyang kat kluang imam baca kuat... (dengan muka selamba)
Aku: Kau sembahyang jumaat kot...

Aku nak gelak tak sampai hati, dalam hati merintih ya Allah berilah hidayat kepada kawanku ini...
Ilmu kena cari, dia tak datang dengan sendiri...

18 February 2009

Memori...

Hampir 9 tahun aku di YTL Power, aku berkongsi bilik dengan Mr bun atau nama sebenarnya Krishnarajah atau kris (nama yg biasa aku panggil dia). Dalam 9 tahun itu jugalah segala pahit maung, suka duka (selalu duka), stress dan lain lain aku hadapi.
Umur kami hampir 20 tahun berbeza, dan dia lah yg lebih tua dpd aku. So dalam ketuaan umurnya itulah dia biasanya akan berlagak sebagai bapa yang memerintah atau mengawal anaknya.
Dia selalu menegur aku dalam setiap pekerjaan aku, kalau aku buat kerja ada saja yang tak kena. Dan aku jugalah yang biasa menyiapkan kerja kerjanya yang selalu ditinggalkan.
Dan dia akan mengeluarkan idea2 yang dia sendiri tidak berjaya untuk membuatnya...
Dalam hal Agama juga dia selalu berdebat dengan aku, biasanya dia yang mulakan dulu...
Dia tanya aku tentang islam dan kemudian dia akan membandingkan dengan agamanya...
Bagi aku soalannya bukanlah soalan yg ikhlas...

So aku kekadang tu terlalu stress bila melayan kerenahnya...

Kekadang tu kesihan juga aku dengan dia, anak takde, kawan sikit, kawan akan lari bila dia datang... so bila sifat kesihan aku baru nak lahir dan belum pun sifat ini membesar, aku dikenakan nya balik...

Sampai ada sekali tu aku dah geram, aku cakap aku dah tak nak tolong anjing tersepit lagi, dah la kena tolong, gigit orang balik pulak tu SAKIT tau...

So bila aku di minta untuk kerja out station aku akan rasa sangat gembira...

Tapi pada hari isnin lepas, semasa aku di rompin, bos aku call dia kata kris masuk hospital sakit jantung... terkejut aku... pagi tu aku tengok di buat kerja macam biasa cuma mukanya je pucat sikit... dan minggu lepas dia selalu mengucapkan Thanks setiap kali aku tolong buat kerja dia...

Sebelum ni tak pernah dia kata apa2, dan dia pernah cakap dengan aku, kita tak boleh baik sangat, u dgn i kena ada gap, walaupun level aku dengan dia masa tu sama.... aiman tak kisah aku cakap dalam hati...

Dan semasa aku tiba di cherating aku dapat call lagi dia dah tak ada.......

Walaupun aku tak rapat dengan dia tetapi 9tahun dalam satu lab telah menyebabkan sifat kemanusiaan aku terusik...

Esok aku akan masuk office, aku berharap semuanya berjalan lancar...

12 February 2009

ON Satu Dua Jalan...

Penat betul aku minggu ni, kerja yang biasa di buat oleh dua orang aku buat sorang sorang... Mr Bun cuti lagi hari ni, Mr Tan KL pula tak habis habis call aku pasal DG20... Water Treatment Plant plak macam macam hal dari valve selalu failed kemudian merebak pulak ketempat lain, tadi cation strainer pulak pecah habis menyembur air, sedangkan pump GBP 12 tak siap siap lagi dikerjakan ...
Kesihan aku tengok kawan aku dari makanikal dept sampai sakit pinggang (hari ni MC) mengerjakan pump GBP 12 tu...
Cerita pasal GBP 12 ni sebenarnya dah lama sakit, setelah dapat base baru bulan lepas sampailah hari ini ia masih gagal lagi untuk beroperasi. Setiap kali dikerjakan penyakit nya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Semalam kontrektor luar dipanggil untuk mengerjakan pump ini, setelah siap mereka meminta aku untuk memeriksa keadaan pump ini. Sebenarnya aku dah dua tahun tak pegang alat tu, last aku pegang masa aku ambil condition monitoring data kat slag cement. Jadi teorinya dah lupa walaupun tak semua. Mr Vibrator plk half day masa tu, dia just inform aku satu jam sebelum kena ambil data dari pump tu ...

Aku kalau nak ambil data tak jadi masalah, masih ingat lagi tapi nak bagi sebab kenapa pump tu ada masalah tu yang jadi masalah sekarang ...tapi aku buat pandai je...

Setelah suis di ON kan tiba tiba pump sebelahnya jalan sama (parellel) aku pun hairan. Semua mata tertumpu ke GBP11. Biasanya kalau kita ON pump GBP 12 maka GBP 12 lah yang akan jalan , ni tak dua pump jalan serentak bila satu di ON kan...kalau satu pump jalan, pressure lebih kurang 6bar, ni dua dua pump 3 bar each. Maka kelangkabut la semua. Kemudian aku suruh kawan aku off kan suis GBP11, tapi ia masih juga jalan. Tutup breaker jalan juga. Off GBP 12 dia pun off sama, so ON balik GBP12, GBP11 run sama, pening semua, pelik pelik , macam macam teori keluar dari dia orang. Ada yang nak panggil bomoh cina, nak panggil bomoh hujan, ada yang nak panggil misteri nusantara dan lain lain...
Tapi yang pasti semua pelik. Kemudian aku panggil electrikal incharge untuk periksa keadaan, bila dia datang di tengok semua elect supply off tapi pump tu jalan juga, maka dia kata ni reverse flow la tengok tu pump reverse rotation. Laaaaa check valve ada masalah rupanya....Back flow laaa...
Semua orang tak perasan termasuk la aku, hairan juga sebab GBP11 tu berbunyi, ada pressure dll tapi tak perasan reverse flow...
So ini lah kali pertama aku jumpa masalah macam ni yang semua tak perasan termasuk la pakar dari luar tu....
Tapi aku dapat belajar sesuatu dari hal ini ....
Selepas tu aku pun meneruskan kerja aku dengan memeriksa GBP12 tapi sayangnya pump tu tetap gagal melepasi standard...
Puas di adjust atas bawah semua tak menjadi...
Minggu depan dengar khabar GBP 12 akan dimasukkan kedalam bilik bedah untuk dibedah siasat dengan lebih mendalam... Semua organ organ nya akan dikeluarkan untuk diperiksa
So kita doakan la semoga semuanya selamat dan berjaya...

Kelihatan Pakar Dari Luar sedang mengerjakan GBP12...

09 February 2009

Tafsir Mimpi...

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda, “Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bagian dari 46 bagian kenabian. Mimpi ada tiga macam: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari setan. Jika salah seorang di antara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian shalatlah.”
(Muttafaq ‘alaih)

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi
bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab,
"Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan
menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama.

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Jika seseorang mengalami mimpi yang tidak disukai, disunnahkan melakukan lima perbuatan. Yaitu, mengubah posisi tidur, meludah ke kiri sebanyak tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk, bangun dan shalat, dan tidak menceritakan mimpinya
kepada siapa pun.

Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Pelaku mimpi hendaknya memelihara etika yang perlu dipegang teguh dan memiliki batasan-batasan yang selayaknya tidak dilampaui. Demikian pula halnya dengan pentakwil.”

Etika pelaku mimpi ialah:

Pertama, dia tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang hasad sebagaimana dikatakan Nabi Ya’kub as kepada Nabi Yusuf as,
“Ayahnya berkata, ‘Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudarasaudaramu, maka mereka akan membuat makar untuk membinasakanmu.’” (Yusuf: 5)

Kedua, jangan menceritakan mimpinya kepada orang yang bodoh. Nabi saw. bersabda, “Janganlah kamu menceritakan mimpimu kecuali kepada orang yang dicintai atau kepada orang
yang pandai.”

Ketiga, janganlah menceritakan mimpi kecuali secara rahasia karena dia pun melihatnya
secara rahasia pula. Jangan menceritakannya kepada anak-anak dan wanita. Sebaiknya mimpi itu diceritakan menjelang awal tahun dan pada pagi hari, bukan sesudah keduanya lewat.

Etika pentakwil ialah sebagai berikut.

Pertama, jika saudaranya menceritakan mimpi kepadanya, maka katakanlah, “Aku kira mimpi itu baik.”

Kedua, hendaknya menakwilkan mimpi dengan cara yang paling baik. Diriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda, “Mimpi akan terjadi sebagaimana ia ditakwilkan.” Juga diriwayatkan bahwa beliau bersabda, “Mimpi itu bagaikan kaki yang menggantung selama belum diungkapkan. Jika telah diungkapkan, maka terjadilah.” Demikian yang disebut dalam as-Silsilah ash-Shahihah.

Ketiga, menyimak mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya dengan jawapan yang mudah dipahami.

Keempat, jangan tergesa-gesa menakwilkan mimpi. Lakukanlah dengan hati-hati.

Kelima, menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia merupakan amanat. Jangan menakwilkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir, dan ketika terbenam.

Keenam, memperlakukan pelaku mimpi secara berbeda. Janganlah menakwilkan mimpi raja seperti menakwilkan mimpi rakyat, sebab mimpi itu berbeza karena perbezaan kedudukan pelakunya.

Ketujuh, merenungkan mimpi yang dikemukakan kepadanya. Jika mimpi itu baik, maka takwilkanlah dan sampaikanlah kabar gembira kepada pelakunya sebelum mimpi itu ditakwilkan.

Jika mimpi itu buruk, maka janganlah menakwillkannya atau takwilkanlah bagian mimpi yang
takwilnya paling baik. Jika sebagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebagian lagi keburukan, maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat dan paling kuat pokoknya. Jika pentakwil mengalami kesulitan, bertanyalah kepada pelaku mimpi ihwal namanya, lalu takwilkannya berdasarkan namanya itu.

Abu Sa’id Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami dari Ali bin Muhammad al-Waraq, dari Ahmad bin Muhammad bin Nashr, dari Yusuf bin Bilal, dari Muhammad bin Marwan al-Kalbi, dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas bahwa Aisyah berkata, “Rasulullah terkena sihir. Maka, beliau jatuh sakit, sehingga kami mengkhawatirkannya. Ketika beliau berada antara tidur dan terjaga, tiba-tiba turun dua malaikat: yang satu berada di dekat kepala Rasulullah dan yang lain berada di dekat kaki beliau. Malaikat yang berada dekat kepala berkata kepada malaikat yang berada dekat kaki, ‘Mengapa dia sakit?’ Malaikat bertanya demikian supaya Nabi saw. memahami persoalannya.
Temannya menjawab, ‘Terkena sihir.’
‘Siapa yang melakukannya?’
‘Lubaid bin A’sham, orang Yahudi.’
‘Di mana dia melakukannya?’
‘Di sumur Dzarwan.’
‘Bagaimana mengobatinya?’
‘Kirimlah orang ke perigi itu dan keringkan airnya. Jika tampak sebuah batu besar, singkirkanlah karena di bawahnya terdapat tali busur yang berpintal sebelas dan diletakkan di dalam uncang. Setelah itu bakarlah ia. Insya Allah dia sembuh. Jika dia menyuruh orang, hendaknya dia mengeluarkan uncang itu.’”

Ibnu Abbas melanjutkan, “Nabi pun bangun dan beliau telah memahami apa yang dikatakan
kepadanya oleh malaikat. Beliau menyuruh ‘Ammar bin Yasir dan sekelompok sahabatnya ke perigi tersebut yang airnya telah berubah seperti inai. Kemudian perigi itu dikeringkan. Setelah tampak batu besar, ia pun digulingkan, dan tampaklah di bawahnya uncang yang berisikan tali busur bersimpul sebelas.

Kemudian mereka membawanya kepada Rasulullah. Maka, turunlah surah al-Falaq dan surah
an-Naas. Kedua surah ini berjumlah 11 ayat dan sama dengan banyaknya buhul yang berjumlah 11 pula. Setiap kali beliau membaca satu ayat, lepaslah satu buhul. Setelah seluruh buhulnya terbuka, Rasulullah dapat bangkit dan seolah-olah terlepas dari ikatan. Buhul itu pun dibakar.

Nabi menyuruh kita berlindung kepada Allah melalui kedua surah tersebut. Lubaid mengunjungi Rasulullah. Meskipun beliau menceritakan kejadian di atas, pada wajah Lubaid tidak tampak perubahan apa pun.”

Hadits di atas menunjukkan kebenaran masalah mimpi dan keberadaannya di dalam banyak
hadits, sehingga terlampau panjang untuk menceritakannya.

Untuk Download Buku Tafsir Mimpi Menurut AlQuran & Sunnah Tekan Sini

08 February 2009

Basikal...

Cinta kolestrol dah datang, cinta yang bahaya dan membawa mudarat.
Untuk menolak cinta ini perlukan kekuatan mental seperti mengurangkan pengambilan minyak dan lemak.
Tapi ini mustahil kerana istariku paling suka masak ayam goreng, telur goring masak merah yang berminyak dll.

Untuk berjoging dah tak larat, selalu gi taman tasik just berjalan je tu pun 2 pusingan dah penat. Kat tempat keja banyak duduk dari berjalan.
So semua ini tak berjaya menurunkan lemak yang ada.

Salah satu cara berbasikal, ianya mudah seronok dan santai, cuma displin diri diperlukan. Biasanya balik kerja jam 6 sampai 6 45 ptg, aku berbasikal mengelingi taman, kekadang tu bersama isteri dan anak2 kekadang tu sorang2 je...

Pagi minggu plk aku berbasikal dari jam 7 hingga 8. ok gak demi untuk menurunkan apa yang naik dan tak nak turun.
Insaallah aku nak try beberapa bulan dulu sebelum buat medical checkup. Nak tengok kesannya.



Peraturan dan Tip Ketika Menunggang Basikal

Gunakan isyarat tangan yang betul.

Untuk menukar laluan, perhatikan dahulu sebelah kiri dan kanan.

Pastikan laluan yang anda ingin masuk kosong dan perhatikan kiri kanan sekali lagi sebelum menukar laluan.

Jangan menunggang berhampiran kenderaan besar seperti lori atau bas dan elakkan laluan yang sibuk.

Jangan menunggang semasa hujan atau pada waktu malam.

Sentiasa mematuhi peraturan dan papan tanda jalan raya.

Jangan bersaing atau berlumba.

Pakai kasut yang sesuai dan elakkan seluar yang besar di bahagian bawah untuk mengelakkan ia tersangkut ke dalam rantai atau tayar.

07 February 2009

Abby...

Abby dah besar sekarang...
Pantas masa berlalu....
Sedar tak sedar 28 Feb ni maka genaplah 3tahun...
Walaupun dah besar abby tetap yang paling manja...
Mungkin sebab masa dia 2 tahun dia dah dapat adik...
Abby paling suka cerita spongbob, wonder pet, popeye dll
Apa yang dia lihat dia akan kait dengan katun yang dia tengok...

Tahun lepas bday dia dapat magnatic board...
Dari situ dia berkarya...
Dia lah anakku pertama yang boleh lukis cat&dog, spongbob dgn sempurna...
Ada sekali tu dia tulis huruf A & B dengan sempurna tanpa diajar ...

Seronok tgok perkembangan anak-anak ni...


Dodoi...

Lagu zaman kanak2 dulu...

Biasa masa dalam buai, didodoi dgn lagu ni...

Bila dengar mata terus tutup...

Oh bulan di manakah Bintang

Sudah terlindung di Kayu Ara

Oh sayang dimanakah Bujang

Sudah menjadi orang Perkasa

Oh bulan di manakah Bintang
Sudah terlindung di Kayu Ara
Sudah terlindung di Kayu Ara

Bcop blh tido walaupun bising
Abby yam tido bila dengar zikir...
Bila ejah tdo, aman dunia...
Buat la apa pun, tetap x leh tido...




MUAT TURUN oh Bulan


05 February 2009

Cuti CNY...



Kenapa aku tak balik kampung masa cuti CNY lepas...
Masalahnya ialah aku cuma ada sebuah Kancil 660 je untuk memuatkan tujuh orang ahli keluarga aku...
Jadi camna aku nak bawok mereka balik, aku pun tak sedar yang anak aku dah ramai...
Sampai la bini aku pesang...

Isteriku.."Guane nih? Penuh kete. Dok muak ayoh mung wey!

Aku lak jawab..."Betol jugok.Guane nok buat nih? Lamo dok sapa kampong...Tujuh oghang dokleh sumak masuk kete kancil nih. Kecik do 'oh."

Kami pun memerah otak untuk menyetelkan problem itu.

Tiba2 abby yam anak pompuan aku yang bongsu berkata..."Ayoh..Mok...Mek tau doh guane nok buak. Kiter sekarang ada tujuh oghang. Ayoh ngan mok tamboh la BIBIK sorang lg, bru jadi 'LAPANG'..."


Cerita ini adalah rekaan semata mata , Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati...

03 February 2009

Tugas...

Malam ini Power Plant tempat aku keja akan StartUp (Berjalan) setelah hampir 2 bulan berihat. So semasa 2 bulan Plant ShutDown (berihat)aku setiap hari hanya bertemankan laptop di dalam ofice bersama abang bun. Kekadang rasa bosan gak, dari pagi hingga petang...tak ada aktiviti...tapi macam banyak keja (acting)...

Aku bila plant shutdown memang releks abis, naik kebas punggung dibuatnya...
Tapi untuk department lain ex machanical, elec &Cni diaorang sibuk...
Maklumlah masa shutdown la semua kerja kena buat...
Tapi bila plant running dia org releks sikit, sebaliknya untuk aku bermula lah kerja-kerja rutin yang dah hampir 9 tahun aku buat...
Kekadang tu pejam mata je... buat keja... dah biasa
Kekadang tu buat silap gak...
Kekadang tu bosan gak...
Tapi yg penting setiap hari hanya 2 hingga 3 jam je keja rutin, yg lain tu just to make sure everything is ok...
Water Treatment Plant ok...
Chlorination Plant ok...
Boiler water chemistry ok...
Auxiliary system ok...
Gas billing ok...
DG20 TNB billing ok...Pokcik kayooo...
Lube oil ok...

eehhh banyak juga keja rupanya...


Ni la meja aku...saja bagi sepah nampak banyak keja...


Mawar 4560 dan Mawar jingga bersama keluarga dalam office aku...
Aku dengar kau yang akan menyetat plant malam ni... semoga berjaya...


Dua orang putera aku di beri penerangan olah En Zamal...

01 February 2009

PayaPaya...

Abby suka cerita Pepaya & Popeye...


Abby nak kuat minum susu...Tengok ni abby cakap "Popeye cilor man tut tut..."


Pepaya nak kuat makan betik...


Popeye nak kuat makan spinach...

Selipar jepun...



Bila tengok bcop pakai selipar jepun pagi tadi aku teringat zaman kecik2 dulu. Masa tu tak kenal lagi TV (cerita katun) apa lagi play station atau computer games. Jadi masa cuti sekolah banyak masa di habiskan dengan aktiviti luar...

Salah satu yang seronok main baling selipar.Selipar disusun berdiri menyokong satu sama lain. Kumpulan pertama membaling sehingga susunan selipar tu jatuh semuanya... selepas tu kumpulan satu lagi akan baling kumpulan kedua...hahaha…dulu, kalau geram sgt dgn org tu, mesti baling kuat2 selipar biar dia rasa sakit bila kene…jahatnyer…

Selalunya guna selipar marco, tak pun tat ling..getah keras tali kaler biru tua atau biru muda.. kena badan birat ooo ..