19 February 2009

Hari ini ....

Pagi ni seperti biasa selepas menghantar ejah dan aman ke sekolah agama aku terus menuju ke Pasir Gudang tempat aku mencari keperluan aku dan keluargaku. Selepas membeli sarapan dan surat khabar di Kebayan Jalan Perak aku terus masuk ke plant ....

Seronok sebenarnya bila dpt jumpa kawan2, bercerita dan terus bercerita...

Pagi ni aku banyak kerja, PUS acid cleaning, lab analysis dan lain lain...
Maklum lah 3 hari tak masuk office semua kerja jadi menimbun...
Aku terpaksa buat semua kerja tu dalam satu masa, Sambil menunggu acid cleaning aku ambil sample dan terus buat analysis, dalam masa tengah buat analysis tu, fire alarm (bell alarm) betul2 kat atas kepala aku dalam lab tu berbunyi, terasa stress betul, lama pulak tu bunyi. Aku call control room minta dia orang reset, setelah beberapa minit baru boleh reset... lega rasa...
Siap analysis aku pergi semula ke PUS untuk meninjau process acid cleaning tersebut...
Begitulah aku hari ni gi mari gi mari....
Penat...
Penat....
Penat...

Selepas zohor masa aku nak ambil anak kunci kat bilik aku, ada kawan aku datang nak minta tolong repair kan notebook dia, aku cakap kau letak dulu kat atas meja aku, bila aku ada masa aku check...
Tapi bila tengok muka dia yang dah seminggu bawak notebook gi mari gi mari carik aku, maka kesihan pulak pada dia...
Ok la aku tolong, tapi tak janji boleh siap... dia kata ok...
Masa aku repair kan notebook tu, kami pun berbual dari satu cerita ke satu cerita yang lain...
Sampailah cerita pasal masjid...
Masa tu dia kata dia ada gi satu masjid...
Aku: Apa nama masjid tu...
Dia : Masjid Syead.... kat Pulau Pinang
Aku: Ramai orang sembahyang kat masjid tu...
Dia: Ramai, tapi kebanyakan mamak la... melayu kurang...
Aku: oohhhhh...
Dia: Tapi aku hairan la... Ada ke masa aku sembahyang kat situ, imam tu takbir lepas tu diam je....lepas tu takbir semula lepas tu rukuk... sampailah ke salam... imam tu tak baca fatiha atau pun surah...
Aku: Ehh ye ke...
Dia: Ya la... pelik aku tak pernah aku jumpa masjid macam tu...
Aku: Kau sembahyang apa masa tu??????
Dia: ZUHUR dia kata dengan muka selamba...
Aku: Eh memanglah zembahyang zuhur ngan Asar imam baca tak kuat sekadar dengar sendiri je, kalau sembahyang Subuh, Maghrib Isyak je imam kena baca kuat tu pun rekaat pertama ngan kedua je....
Dia: Tak lah aku pernah sembahyang kat kluang imam baca kuat... (dengan muka selamba)
Aku: Kau sembahyang jumaat kot...

Aku nak gelak tak sampai hati, dalam hati merintih ya Allah berilah hidayat kepada kawanku ini...
Ilmu kena cari, dia tak datang dengan sendiri...

2 comments:

SpEkmATaKu said...

entry y amat klakor
tp itu la reality
huhu~~risau2 huhu~~

Zaki said...

sapa le agaknya kawan kau tu. biar aku teka....mogan..bukan, wong...bukan jugak?.