18 February 2009

Memori...

Hampir 9 tahun aku di YTL Power, aku berkongsi bilik dengan Mr bun atau nama sebenarnya Krishnarajah atau kris (nama yg biasa aku panggil dia). Dalam 9 tahun itu jugalah segala pahit maung, suka duka (selalu duka), stress dan lain lain aku hadapi.
Umur kami hampir 20 tahun berbeza, dan dia lah yg lebih tua dpd aku. So dalam ketuaan umurnya itulah dia biasanya akan berlagak sebagai bapa yang memerintah atau mengawal anaknya.
Dia selalu menegur aku dalam setiap pekerjaan aku, kalau aku buat kerja ada saja yang tak kena. Dan aku jugalah yang biasa menyiapkan kerja kerjanya yang selalu ditinggalkan.
Dan dia akan mengeluarkan idea2 yang dia sendiri tidak berjaya untuk membuatnya...
Dalam hal Agama juga dia selalu berdebat dengan aku, biasanya dia yang mulakan dulu...
Dia tanya aku tentang islam dan kemudian dia akan membandingkan dengan agamanya...
Bagi aku soalannya bukanlah soalan yg ikhlas...

So aku kekadang tu terlalu stress bila melayan kerenahnya...

Kekadang tu kesihan juga aku dengan dia, anak takde, kawan sikit, kawan akan lari bila dia datang... so bila sifat kesihan aku baru nak lahir dan belum pun sifat ini membesar, aku dikenakan nya balik...

Sampai ada sekali tu aku dah geram, aku cakap aku dah tak nak tolong anjing tersepit lagi, dah la kena tolong, gigit orang balik pulak tu SAKIT tau...

So bila aku di minta untuk kerja out station aku akan rasa sangat gembira...

Tapi pada hari isnin lepas, semasa aku di rompin, bos aku call dia kata kris masuk hospital sakit jantung... terkejut aku... pagi tu aku tengok di buat kerja macam biasa cuma mukanya je pucat sikit... dan minggu lepas dia selalu mengucapkan Thanks setiap kali aku tolong buat kerja dia...

Sebelum ni tak pernah dia kata apa2, dan dia pernah cakap dengan aku, kita tak boleh baik sangat, u dgn i kena ada gap, walaupun level aku dengan dia masa tu sama.... aiman tak kisah aku cakap dalam hati...

Dan semasa aku tiba di cherating aku dapat call lagi dia dah tak ada.......

Walaupun aku tak rapat dengan dia tetapi 9tahun dalam satu lab telah menyebabkan sifat kemanusiaan aku terusik...

Esok aku akan masuk office, aku berharap semuanya berjalan lancar...

7 comments:

SpEkmATaKu said...

erm nk ckp pe nie..condolence ke???
abg azam dh cuba n die y xmo..xdpt hidayah nk buat lagu mane...dia y mereject hidayah itu..kn hidayah sume org dpt kn???taufik je certain2 people dpt kn??btol kn kalau salah huhu~~~

GigiPalsu said...

Tapi kat akhirat, orang keliling kita akan cuba melepaskan diri masing2, dia akan kata kenapa kau tak ajak aku, kenapa kau tak paksa aku, kenapa kau tak ikat aku bawa gi masjid dll...
Tu la dakwah kena buat sebenarnya, kita tidak boleh beramal sendiri, tanpa menghiraukan sekeliling...
Tu yg rasa terkilan dan takut apa nak jawab nanti. 9th ddk ngan kita dia tak dapat apa2...

Zaki said...

aku pun sedih jugak atas pemergian 'abang angkat' kau tu.

sorang demi sorang kawan kita
pergi, bila pula masa kita ye?.

kueh bakar said...

tdak di awal sesaat.
tdak di lewat sesaat

aza ni said...

cik zaki, tu pakar councelling dia...infact dia council semua orang

aza ni said...

rasanya cik azam pernah bercerita dan memberi pandangan tentang tulisan harun yahya padanyakan.

aza ni said...

silaplak, dr zakir naik,kan