Cinta kolestrol dah datang, cinta yang bahaya dan membawa mudarat.
Untuk menolak cinta ini perlukan kekuatan mental seperti mengurangkan pengambilan minyak dan lemak.
Tapi ini mustahil kerana istariku paling suka masak ayam goreng, telur goring masak merah yang berminyak dll.
Untuk berjoging dah tak larat, selalu gi taman tasik just berjalan je tu pun 2 pusingan dah penat. Kat tempat keja banyak duduk dari berjalan.
So semua ini tak berjaya menurunkan lemak yang ada.
Salah satu cara berbasikal, ianya mudah seronok dan santai, cuma displin diri diperlukan. Biasanya balik kerja jam 6 sampai 6 45 ptg, aku berbasikal mengelingi taman, kekadang tu bersama isteri dan anak2 kekadang tu sorang2 je...
Pagi minggu plk aku berbasikal dari jam 7 hingga 8. ok gak demi untuk menurunkan apa yang naik dan tak nak turun. Insaallah aku nak try beberapa bulan dulu sebelum buat medical checkup. Nak tengok kesannya.
Peraturan dan Tip Ketika Menunggang Basikal
Gunakan isyarat tangan yang betul.
Untuk menukar laluan, perhatikan dahulu sebelah kiri dan kanan.
Pastikan laluan yang anda ingin masuk kosong dan perhatikan kiri kanan sekali lagi sebelum menukar laluan.
Jangan menunggang berhampiran kenderaan besar seperti lori atau bas dan elakkan laluan yang sibuk.
Jangan menunggang semasa hujan atau pada waktu malam.
Sentiasa mematuhi peraturan dan papan tanda jalan raya.
Jangan bersaing atau berlumba.
Pakai kasut yang sesuai dan elakkan seluar yang besar di bahagian bawah untuk mengelakkan ia tersangkut ke dalam rantai atau tayar.
6 comments:
haha tau xpe..mula kn dari skrg..
mulakn gaya hidup sehat..
ajak je eda join skali..
wlpn dia xda pe y perlu d turunkn
perlu penambahan ada la hihi =P..
nnt sbrg perubahan beritahu la hihi..
Jom ikut aku pegi senamrobik kat bukit layang2. Aku pasti kalestrol kau turun 10 kilo sekali senamrobik.
aku tadi nak comment.. tapi salah typo..apa yang cuba aku tulis adalah"satu yang bagus..teruskan..aku cadangkan dari sekarang jangan berkereta lagi untuk ke plant, rasanya 30 minit kot dari rumah ke plant..., dapat 2 faedah, jimat minyak untuk kereta, kurangkan minyak untuk badan....
spekmataku- memang nak hidup sihat tapi ikan goring x elak guana???
Zaki - aku takut gi bukit layang2 nanti mata aku plk bersenam- juling oooo...
Azani - chief... kalau gi plant kau tanya uncle jaganathen dulu.. kenapa dia dulu bawa basikal sekali je, pas tu taubat nak bwk lagi...
dia kayuh basikal tu pukul 5 pagi...bahayalah...dia dalam kelam tu..bukan kenderaan boleh nampak dia..agaknya serik kena hon kot..
Post a Comment