Tak terlintas dihati ini untuk menjadi seorang guru. Ayah aku seorang guru awal-awal lagi dah warning anak2 nya jangan jadi cikgu macam ayah kerana kerjanya susah. Tapi mungkin darah seorang guru mengalir dalam badan ku, di tahun akhir pengajian ku difakulti kejuruteraan aku terpanggil untuk menjadi guru.Minat ku utk menjadi pendidik membuak-buak.Kawan2 selalu cakap aku ada tokoh seorang guru kerana masa study aku selalu explain kat kekawan kalau mereka tak paham lecture.
Sekarang dah 5 tahun aku menjadi guru.Dunia perguruan penuh cabaran.Orang luar selalu cakap kerja cikgu senang,kerja separuh hari. Mereka tak tahu kerja seorang guru separuh mati. Bayangkan masuk kerja 7.10 , budak balik pukul 2.30 petang. Guru sempat rehat cuma 120 minit, kalu nasib tak baik dapat relief rehat cuma 80 minit.waktu tu digunakan untuk makan, kadang2 kalau hari pact nak makan pun tak sempat.Lepas pukul 2.30 stay back buat kerja2 kerani seperti kira point salah laku, hantar surat salah laku, masukkan data murid etc. Aku dah biasa tiap2 hari balik pukul 4 kadang2 pukul 5.balik rumah tanda buku.
Aku mengajar matematik 5 kelas purata satu kelas 35 orang. seminggu 3 kali latihan(3 buku seorang pelajar).Jadi seminggu aku tanda buku 35x3x3=315 buku.Kadang2 aku selalu subkan kerja pada suamiku untuk masukkan markah pelajar .
Kadang2 aku terpikir aku ni jadi hamba kerja. Anak2 aku serahkan pada bibik. Anak orang aku ajar sampai pandai tapi anak sendiri terabai.
Ragam murid sekarang yang tidak minat belajar,betul2 menguji kesabaranku.Bayangkan aku mengajar kat depan bagai nak rak mereka pandang sebelah mata.kadang2 langsung tak pandang.Biasanya kelas belakang ,untuk kawal kelas satu cabaran bagiku.Terpaksalah aku jadi garang untuk menyelamat keadaan.Biasanya guru yng baru posting selalu tension.Guru baru,menangis dalam bilik guru sudah menjadi pekara biasa.
Walaupun dunia guru masa kini penuh cabaran minatku untuk mendidik tak pernah luntur.Aku ikhlas mendidik mereka.baru2 ini 49 pelajar ku mendapt A bagi subject matematik dalam PMR.Itu satu hadiah paling berharga buatku.Doaku semoga keikhlasanku dibalas Allah dengan mengurniakan aku anak yang soleh,pandai dan keluarga yang bahagia.Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang faham kesibukan seorang guru dan banyak membantu aku dalam kerja2 menaip.
Gambar Hiasan Supaya kita Lebih bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada
Juhaida (Pemenang Peraduan Mengarang Tahun 5)
2 comments:
tahniah sbb student2 eda ramai dpt
A..berkat kesabaran..tulah ayoh
alih half anak die jd cikgu
termsk la menantu die hehe
im comin soon hehehe
Insaallah Ab Az nak tengok mu tahun depan...
Eda tension...
Cyla tension gila...
Menantu lagi lagi tension(bukan lagi lagi senario)...
Post a Comment