05 January 2009

Perjanjian Sekolah

Sekolah Agama Bandar Seri Alam


Hari ini satu perjanjian terlah termaktub antara aku dan isteriku berkenaan menghantar anak ku kesekolah. Tahun ini tiga orang anak ku akan kesekolah, muhammad ke sekolah kebangsaan dan khadeeja serta abdurrahman ke sekolah agama. Mereka semua masuk jam 7:15 pagi. Jadi isteriku akan menghantar muhammad manakala aku pula menghantar khadeeja dan abdurrahman. ok not a big deal...

Pagi ini aku berjumpa pihak pengurusan di sekolah agama berkenaan kelas abdurrahman yang sepatutnya bermula jam 10:15 hingga 11:35, waktu ini kurang sesuai kerana ini bermakna aku akan menghadapi masalah pengangkutan. kerana jam 11:30 abdurrahman sudah sepatutnya ke sekolah kebangsaan.... so aku pun berjumpa dengan ustazah mengadukan perihal masaalah ku ini. Tapi apa yang ku dapat "Encik masalah encik ini saya tak dapat tolong, apa yang dapat encik buat adalah encik hantar seperti biasa dan selepas tiga minggu baru saya proses".
Jadi hari ini uztazah itu menyuruh aku menghantar anakku separti sepatutnya...

Aku tak dapat terima alasan ini kerana tiga minggu adalah lama dan bermakna anakku tak dapat kesekolah... sedangkan pada jam 7:15 terdapat kelas untuk sesi pertama. So aku nekad pergi ke kelas dan berjumpa guru kelas. Maka aku pun menerangkan dengan panjang lebar tentang masalah aku ini sambil memegang anakku aman. Aku kata kat ustazah tu takkan la saya nak cutikan anak aku ini untuk tiga minggu plk...

Lalu ustazah itu pun akhirnya bersetuju menerima kemasukkan anakku ke kelasnya dengan syarat aku buat surat rayuan perpindahan nya... Alhamdulilah selang 10 minit kemudian aku pun menghulurkan surat rayuan.
Selesai masalah..

Aman dan ejah di Sekolah Agama
Ejah dalam kelas..(yang kecik tu)


1 comment:

aza ni said...

sesungguhnya Allah akan memudahkan urusan hamba-hambaNya yang akrab denganNya.