Wahai Diri Bukan Aku Tidak Mahu Dikau Memilikinya, Tetapi Demi Kemuliaan Mu Jua Bersabarlah....
07 January 2009
Bas Sekolah
Petang tadi ejah dan muhammad balik dari sekolah sambil merunggut rungut. Dia kata bosan la dah la van sekolah kecik isi pula ramai.
Sepanjang kira kira 3 km (jarak sebenar) tapi setelah dicampur tolak menjadi 10-15km (berpusing pusing) perlu ditempuh untuk sehala (dari sekolah ke rumah).
Van sekolah yang sepatutnya 12 - 15 orang telah di sumbat untuk memuatkan hampir 25 orang sampai tak boleh masuk. Muhammad mengadu beliau terpaksa berdiri dalam van untuk balik dari sekolah. Dalam van boleh berdiri ke? kan van ni rendah macam mana boleh berdiri ?. Tapi itulah realitinya...
Teringat aku di bangladesh keretapi penuh dengan penumpang...
Aku rasa beginilah keadaan muhammad dan ejah dalam van sekolah. Kesihan aku melihat budak2 tu balik petang tadi... aku pun hairan macam mana tergamak pengusaha bas sekolah ini menaikan tambang setiap tahun tetapi mutu dan nilai perkhidmatan terlalu teruk.
Kekadang tu pemandu bas ni tertinggal anak ku... apa dah jadi ni... aku tak kira aku call pemandu tu suruh pergi ambil anak aku walaupun kelas sudah bermula sejam.
Ini hak aku, hak anak aku... sepatutnya mereka menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. Ini tidak bila untung kecil merunggut... untung tapi tak banyak.
Sepatutnya mereka sedar wang yang di bayar mesti di balas dengan perkhidmatan yang sempurna. Ini baru keselesaan belum cerita tentang keselamatan...
Kerajaan bertindak tegas terhadap kenderaan persendirian bagaimana dengan kenderaan awam...
Membebel pun tak guna kalau tiada tindakan. Darah naik penyakit datang. Sabar selawat buat tindakan.
1. Tanya kepada pengusaha bas kenapa macam sardin? tak boleh ke kurangkan muatan?
2. Cari bas lain... tapi semua sama????
Insaallah komen anda diperlukan untuk mengatasi masallah ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ishk xpatot btol
dlm van kena berdiri
itu sudah satu penderaan
mental n fizikal tue
tula sepatotny government
pn apply wajib kn seatbelt tuk bus
sek..baru la sorg dpt satu seat
1.macam pernah dengar je cerita ni, kat mana ye.
2.macam mana nak bagi komen, aku pun hadapi masaalah yang sama.
Eh..bila masa pulak kau pergi bangladesh.
Post a Comment