Bersabda Rasulullah saw:
"Apabila ahli syurga memasuki syurga, mereka akan ditempatkan di tempat-tempat menurut kadar kelebihan amal masing-masing. Kemudian mereka akan diberi tahu tentang datangnya hari jumaat sekadar hari-hari di dunia, lalu mereka bertamu kepada Allah. Arsy Allah akan turun dan menjelma untuk mereka sekian di sebuah taman dari taman-taman syurga. Maka akan dibangunkan di sana pentas-pentas yang banyak, ada yang dari cahaya, ada yang dari mutiara, ada yang dari batu yaqut, ada yang dari permata manikam, ada yang dari emas dan ada yang dari perak. Serendah-rendah darjat ahli syurga (meski tiada seorang pun yang boleh dikatakan rendah di situ) duduk di atas timbunan kasturi dan kafur. Mereka tidak akan merasakan orang-orang lain yang duduk di atas kursi-kursi lebih utama dari mereka.
Abu Hurairah ra berkata"Wahai rasulullah! Apakah kami akan melihat tuhan kami? jawab beliau "Ya Apakah kamu masih ragu tentang penglihatan terhadap matahari dan bulan?" Kami sekelian menjawab "Tidak" Kata beliau seterusnya " Demikianlah kamu tidak akan ragu lagi tentang penglihatan terhadap tuhan kamu. Di majlis itu kelak tiada seorang pun yang berada di sana, melainkan Allah akan berkata kepada mereka "Wahai fulan bin fulan! Ingatkah kau di hari itu, kau berkata begini dan begini, lalu Dia mengingatkan orang itu sebahagian kesalahannya di dunia dahulu. Maka orang itu berkata "Tidak kah Engkau mengampuniku? Berkata Allah " Tentu! kalau tidak kerana keluasan ampunanKu, niscaya kau tidak akan mencapai kedudukan ini"
Sedang mereka dalam keadaan begitu, beraraklah awan diatas kepala mereka seraya menurunkan hujan air wangi ke atas mereka sekelian, yang tidak pernak mereka hirup bau-bauan seperti itu sebelumnya. Maka Allah berkata "Bangkitlah dan pergilah melihat anurgah besar apa yang telah Aku sediakan untuk kamu. Ambilah apa saja yang kamu ingini" Mereka pun bangkit mendapatkan suatu pasar yang telah dikelilingi oleh para malaikat, tidak pernah mata mereka melihat, tidak pernah telinga mereka mendengar dan tidak pernah terlintas sesuatu seperti itu di dalam hati mereka. Mereka lalu berebut mengambil apa saja yang mereka ingini, tanpa dijual atau dibeli.
Disitulah ahli-ahli syurga akan bertemu satu sama lain. Orang yang mendapat kedudukan yang tinggi di syurga akan menemui orang-orang dibawahnya (meski tiada seorang pun yg dapat disebut rendah di dalam syurga itu). Orang yang ditemui itu ada kalanya akan terharu melihat pakaian teman yang datang menemuinya. Belum sempat habis berbicara denganya tiba-tiba pakaian yang di atas tubuhnya bertukar dengan pakaian lain yang lebih cantik dan lebih menarik lagi. Hal ini terjadi supaya tiada seorang pun yang berdukacita di dalam syurga."
Selanjutnya riwayat itu mengatakan pula "Kemudian kami kembali ke rumah masing-masing, dan kami pun di sambut oleh isteri-isteri kami dengan berkata "Selamat datang, engkau kembali, sedang engkau kini lebih tampan dari masa kau pergi meninggalkan kami tadi" Menjawablah dia"Hari ini kami duduk bersama Tuhan kami Ynag Maha Agung, sebab itulah kami bertukar rupa seperti tyang kamu lihat sekarang"
Hadis Riwayat Tirmidzi.

No comments:
Post a Comment