Semua kekawan aku pun seronok kerja kat sini. Kalau lari pun budak budak baru yang ada bond dgn company (ikat lima tahun). Ya la mereka masuk basic tak la besar kalau nak banding dengan senior yg dah lama keja. Tapi dia kena ingat, dengan umur dia mana boleh kalau nak di bandingkan dengan abang-abang mereka, memang patutlah.. Aku pun kekadang tu tak puas hati dengan kawan aku yang slow macam siput gaji dia besar dekat 2k lebih daripada aku. Tapi bila aku fikir semula dengan umur dia patutlah dia dapat gaji macam tu...
Tapi aku bukan nak cerita pasal dia, apa yang aku nak cerita ialah...
Setelah semua yang kami lalui begitu menyeronokan... tiba tiba semangat kami jadi luntur, ini kerana Chief di berhentikan kerja atas alasan kesihatan, sam @ tiger dan syahrul pulak hantar notis berhenti kerja. Mereka semua orang lama, Chief dah hampir 9 tahun kerja, sam pulak dekat 15 tahun cuma syahrul je org baru.
Sam akan ke Saudi bulan depan dia dapat kerja dengan gaji yang lumayan disana Aku dapat rasakan selepas kekawan aku tau sam berhenti kerja, semangat mereka mula luntur, kalau dulu rasa company aku tu je yang terbaik tapi sekarang ada yg lebih baik.Untuk hijrah ke oversea tak jadi masalah kerana ramai kekawan aku yang telah ada pengalaman. Mereka pernah di hantar untuk oversea assignment dari norway, syira qatar dubai viatnam hingga bangladesh. Semua tempat mereka pergi, tinggal keluarga untuk 6bulan hingga bertahun (ragavan la). Mereka dah lali dengan semua masalah, yang penting pengorbanan mereka dibalas... Jadi bila sam hantar notis, maka ramai yang mungkin baru sedar... ehh tempat lain pun ok rupanya...
Terima kasih sam, kau tunggu la kekawan yang akan bersama sama kau di sana. Niat kau pun baik kau nak buat ibadat di tanah suci. Aku doakan kau berjaya. Cuma Station akan kehilangan seorang rakan yang susah sama susah, senang sama senang. Dan selepas ini mungkin ramai yang ikut jejak langkah kau... Aku stay cini kot sampai station tutup... maklumlah anak ramai... Kalau kau baca blog aku sam... Aku minta maaf atas segalanya...
Begitu juga kau chief semoga berjaya...
Cheif (Azani Mohd Noor)
Sam@Tiger Semoga berjaya...
2 comments:
nt jom hijrah kat paka
hehe..meh le ddk sini
ambe bleh tumpang skaki
nk ngajo kerteh hehe
lol..double meanin tuhh hehe
Ab Az tak mboh la pindah Paka.
Tak bersedia utk jadi org ganu sepenuh masa..
Nanti kalau dah pandai berenang, baru boleh ddk sana...
Post a Comment