Wahai Diri Bukan Aku Tidak Mahu Dikau Memilikinya, Tetapi Demi Kemuliaan Mu Jua Bersabarlah....
11 January 2009
Qunut Nazilah
Sesungguhnya saudara-saudara kita dalam kesusahan, apa yang dapat kita buat untuk kita menolong mereka pada masa ini adalah doa-doa. Dengan amalan soleh dan doa maka bantuan Allah telah turun kepada sahabat - sahabat nabi. Dalam peperangan Badar Nabi dan sahabat tiada senjata dan peralatan yang canggih, apa yang mereka buat ialah solat dan doa, dengan amalan ini bantuan Allah bersama mereka.
Semoga saudara-saudara kita tabah, sabar dalam menghadapi ujian dari Allah.
Marilah kita sama-sama membantu mereka dengan berdoa setiap kali kita melakukan solat dan kebaikan yang lain...
“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment