02 January 2009

BBQ

Dalam kepekatan malam, kami sekali lagi mengadakan majlis ringkas BBQ diatas bumbung... Majlis ini seperti mana biasa dibuat, hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat saja. Tetapi malam tadi majlis ini dihadiri oleh cik cyla (seorang guru baru di SMKA Segamat) hehehe. Seperti biasa menu adalah ayam bakar, udang, coleslow buatan sendiri , salad sayur dan kacang panggang...
Dalam keadaan hujan renyai-renyai ayam dan udang ini menjadi mangsa kami...

Aman dan Ejah tak makan banyak, mereka kekenyangan keropok lekor trengganu yang di bawa oleh Ayah long wifeku... Abby tak makan ayam... Bcop dah tido (kalau buat masa dia jaga, nanti dia pulak kena panggang. So aku, wife aku muhammad dan cyla je yang makan...

Kalau sesiapa berhajat sila daftar nama kalian satu majlis akan dibuat khas (SMS je) Buat masa ini aku masih menggunakan uzap (ossim) untuk cuba merampingkan perut kerana tak tahan melihat makanan... sapa yang harus disalahkan....

1 comment:

Zaki said...

aleh!! kita tahulah rumah dia tiga tingkat, boleh buat BBQ atas bumbung. Kita pun tengah buat bumbung ni, tapi tak nak buat BBQ, kita orang nak buat kenduri.Jemputlah sekali.