10 January 2009

Kerana Nyamuk...

Kerana nyamuk adik ipar aku dan suami nya masuk hospital...

kerana nyamuk mereka kena demam denggi...

Kerana nyamuk kelambu di bakar... opps

Kerana nyamuk kita tak tidur lena...

Kerana nyamuk kita berabis duit beli ubat nyamuk (bukan utk nyamuk sakit)...

Kerana nyamuk orang bercakap dalam kelambu...

Tetapi kita semua sedia maklum, nyamuk juga pernah berjasa dalam agama...

begini ceritanya...

Namrud adalah seorang raja yang mengaku dirinya tuhan. Nabi Ibrahim as di utus untuk mengajak namrud dan rakyatnya supaya beriman dengan Allah. Tetapi dakwah Nabi Ibrahim ini ditolak olah Namrud. Setelah tidak tahan dengan dakwah Nabi Ibrahim maka Namrud laknatullah mencabar Nabi Allah Ibrahim as, supaya Tuhan Nabi Ibrahim as berperang dengannya.

Raja Namrud pun mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih untuk menghadapi Tuhan Nabi Ibrahim a.s. Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu Nyamuk. Senjata buatan manusia yang paling hebat pun tidak mampu menepis serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi kulit tentera Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali.

Beliau bagaimanapun berjaya melarikan diri menuju keIstananya. Seekor dari nyamuk ini telah mengekori nya. Semasa Namrud menutup pintu biliknya dalam keadaan ketakutan maka salah satu daripada sayap nyamuk ini telah tersepit dan tanggal. Nyamuk yang terbang dengan sebelah sayap ini telah berjaya masuk kedalam telingga Namrud dan apabila ia menghisap cecair otaknya menyebabkan Namrud menjerit kesakitan. Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya dicucuk oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, Nabi Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang halus.

Diceritakan bahawa semasa ditanya pada nyamuk ini apa yang ia minta atas jasanya, maka nyamuk ini menjawab... ia hanya mahu supaya sayap nya yang hilang itu dikembalikan...

No comments: