15 January 2009

Cinta

Cinta adalah ikatan jiwa seseorang terhadap sesuatu yg dipandang dpt membahagiakan.
Jika ikatan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan rindu.
Sehingga relalah seseorang jadi hamba kepada kekasihnya.
Mahu mengorbankan segala yg dimiliki demi kekasihnya.

Dalam cerita Zulaikha ketika cintanya kepada Yusuf as teramat sanggat sehingga sampai
kepada puncak kerinduan. Di rela mengorbankan harta dan kecantikanya. Dia memiliki emas
permata kalung dll.Namun semua itu dia korbankan demi cintanya kepada Yusuf as
Setiap orang yg berkata "Hari ini aku melihat Yusuf as" maka dia berikan sebuah kalung.
Demikian seterusnya sehingga kalungnya habis.
Segala-galanya diberikan nama "Yusuf"
Dia lupa segalanya selain yusuf kerana kerinduanya yang mendalam. Jika dia menghadapkan
ke langit, seolah-olah nama Yusuf itu termaktub disana.

Diceritakan bahawa ketika Zulaikha telah beriman dan telah menjadi isteri Yusuf as,
dia malah suka menjauhi Yusuf as. Dia lebih suka menyepi untuk beribadah serta memutuskan
dirinya untuk beribadah. Ketika Yusuf as memanggilnya ke bilik di siang hari, maka dia
menolaknya sampai datang malam. Namun ketika Yusuf as memanggilnya di malam hari, dia
menundanya sampai siang hari.

Dan dia berkata "wahai Yusuf, dahulu aku mencintaimu sebelum mengenali Dia, maka kini
setelah aku mengenali Nya, maka tidak ada lagi cinta selain Nya, dan aku tidak
perlukan pengganti Nya".

Sehingga Yusuf berkata kepadanya "Sesungguhnya Allah telah memerintahkan ku untuk
demikian, dan Dia mengkhabarkan bahawa Dia hendak mengeluarkan dua orang putera dari
rahimmu yang keduanya akan menjadi Nabi".
Kemudian Zulaikha berkata"Jika Allah memerintahkanmu demikian dan menjadikan aku sebagai 'Jalan' untuk itu, maka aku mentaati perintah Allah". Kemudian dengan suka hati dia
melayani Yusuf as...

No comments: