25 January 2009

Gerhana Matahari...

Pada tarikh 26hb January 2009 fenomena gerhana matahari akan berlaku kira kira dalam waktu asar. Peristiwa yang jarang berlaku akan berlaku dan kita insaallah berpeluang untuk melihatnya. Berikut saya sertakan sedikit maklumat tentang gerhana ini....

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh tu bulan menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana cincin.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Jenis- Jenis Gerhana Matahari.

Berikut adalah beberapa jenis perbezaan gerhana ini...

  1. Gerhana Matahari Penuh

  2. Gerhana Matahari Cincin

  3. Gerhana Matahari Cincin-Penuh (gerhana matahari hibrid)

  4. Gerhana Matahari Separuh

1. Gerhana Matahari Penuh

Pada gerhana matahari penuh, seluruh matahari tertutup oleh bulan. Saat gerhana matahari penuh ini, ukuran bulan sama besar atau lebih besar dari matahari.

2. Gerhana Matahari Cincin

Pada gerhana matahari cincin, ujung umbra tidak mencapai permukaan Bumi. Hanya perpanjangan umbra saja (yang disebut antumbra atau anti umbra) yang mencapai permukaan Bumi. Meski seluruh bulan berada di depan matahari, tetapi ukurannya lebih kecil dari matahari, akibatnya tidak seluruh matahari tertutupi. Bagian tepi matahari yang tidak tertutupi bulan tersebut, masih bercahaya, sementara bagian tengahnya gelap tertutup bulan. Karena itu gerhana ini dinamakan gerhana matahari cincin.

3. Gerhana Matahari Cincin-Penuh (Gerhana Matahari Hibrid)

Gerhana matahari cincin - penuh adalah gerhana matahari yang jarang terjadi. Pada gerhana matahari jenis ini, di sebagian tempat di muka Bumi, akan dilihat sebagai gerhana matahari cincin, sedangkan di tempat lain gerhana matahari penuh.

Hal ini bisa terjadi karena pada saat puncak gerhana, puncak kerucut umbra Bulan berada (hampir) tepat di permukaan Bumi, dan pada lokasi ini akan dilihat gerhana matahari penuh. Sedangkan pada lokasi di timur dan barat lokasi tadi, bayangan gelap yang jatuh di permukaan Bumi bukanlah umbra, tetapi perpanjangan umbra (antumbra), sehingga untuk fasa penuh pada lokasi ini yang teramati adalah gerhana matahari cincin.

4. Gerhana Matahari Separuh

Pada gerhana matahari separuh, saat puncak gerhana terjadi, tidak seluruh bulan menutupi matahari dan tidak seluruh bulan berada di depan matahari.

Dikenal juga istilah gerhana sentral dan gerhana non-sentral. Gerhana sentral adalah gerhana yang terjadi dengan garis penghubung Matahari-Bulan berpotongan dengan permukaan Bumi. Jika garis hubung tersebut tidak memotong permukaan Bumi, gerhana tersebut dinamakan gerhana non-sentral. Gerhana matahari penuh, gerhana matahari cincin, dan gerhana cincin-penuh termasuk gerhana sentral. Sedangkan gerhana matahari separuh, ada yang sentral ada yang tidak.



Amalan Sunnah Semasa Gerhana.

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I'tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I'tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

No comments: